Koleksi Baju Raya Jakel | Cantik, Mampu Milik hingga saiz 5XL

10 June 2017

 Assalamualaikum. Tiap kali Ramadan, Jakel tak pernah lupa untuk membuat lelong gila-gila untuk mempromosikan koleksi baju raya 2017 kepada pelanggannya. Tahun ni Jakel kembali dengan kempen Jakel Barulah Raya untuk membuat pelanggannya tak senang duduk, termasuklah Ayue. Baju raya Jakel ni dah lah cantik, design up-to-date, dan murah pula tu! Geram je Ayue tengok tau. Kalau bukan sebab perut ni dah boyot, mahu juga Ayue sambar berpasang-pasang baju.


Seperti tahun-tahun lepas, Jakel akan menampilkan duta-dutanya untuk memeriahkan lagi kempen Jakel Barulah Raya pada tahun ini. Duta raya Jakel iaitu Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Al-yahya, Lara Alana (Schawalara), Upin Ipin serta duta baru Jakel, Hanis Zalikha, Hairul Azreen dan Yusuf Iskandar akan membuat aktiviti tahunan Jakel iaitu membuat promosi dan lelongan (happy hour) untuk setiap koleksi baju raya yang diilhamkan daripada mereka. Tahun ni Ayue sempat ke Jakel Shah Alam untuk melihat sendiri sesi happy hour tu. Meriah betul!







Menariknya tahun ini, untuk menghangatkan lagi kempen Jakel Barulah Raya, Jakel akan memberikan baucar Baju Raya percuma kepada 1,000 pelanggan yang terawal untuk mendapatkan Baju Melayu & Jubah Aaron Azizi secara PERCUMA. Woah! Best gila! Koleksi tahun ni pula lebih fokus pada corak dan warna yang lebih segar dan moden. Memang kena dengan citarasa masyarakat sekarang. Yela, nak dapat baju dengan rekaan yang cantik dan elegan dengan harga yang mampu milik bukan mudah sekarang ni kan.


Dari awal pagi lagi pelanggan setia Jakel dah beratur panjang untuk mendapatkan 1,000 baju melayu percuma untuk pelanggan yang terawal sampai di Jakel Shah Alam. Bukan tu je, diskaun sebanyak 85% juga diberikan untuk koleksi baju raya tahun ni. Bukan sikit-sikit diskaun tu. Sebab tu ramai yang suka ke Jakel, selain dari kualiti kain yang bagus, harga pun murah. Yang bestnya jualan hebat sempena Hari Raya ini akan berlangsung sehingga malam raya tau. Siapa yang belum sempat beli baju raya, anda masih berpeluang untuk beli baju raya dengan diskaun kaw-kaw dari Jakel walaupun pada malam raya.




Harga baju melayu bermula serendah RM89 dengan samping dan butang baju melayu secara PERCUMA. Haish, jimat banyak dah tu. Tahun ni siap ada design kurta tau. Ayue suka design kurta di Jakel sebab ia mesra wuduk. Trend, trend juga, yang wajib tu kena lah didahulukan betul tak? 




Baju kurung wanita pula bermula dari RM79 sepasang dan baju kanak-kanak bermula dari RM39.






Koleksi Baju Melayu Jakel

Tahun ni ada 4 koleksi baju raya dari duta-duta Jakel iaitu Baju Melayu Aaron Aziz, Baju Melayu Nabil Ahad, Baju Melayu Awal Ashaari dan Baju Melayu Hairul Azreen. Untuk anda yang bersize plus-size pula, jangan risau sebab tahun ni Jakel ada keluarkan baju melayu bersaiz besar hingga 5XL.

Baju Melayu Aaron Aziz

Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz ini direka khas dan khusus dengan mengetengahkan kekemasan pada leher, poket dan motif bercorak. Keistimewaan Koleksi Aaron Aziz adalah koleksi yang sememangnya berbeza dari segi penggunaan fabrik dan warna. Rekaan terbaru khas 2017 adalah dari pelbagai jenis fabrik. Antara warna-warna yang dijangkakan bakal menjadi pilihan pada tahun ini adalah warna-warna pastel atau lembut selain warna kegemaran antaranya hijau zamrud, merah cili dan biru diraja.



Baju Melayu Nabil Ahmad

Baju Melayu Nabil Ahmad berkonsepkan moden kontemporari yang menekankan kekemasan pada leher dan poket. Baju-baju ini ditawarkan dengan harga yang berbeza-beza bergantung pada rekaan dan kualiti. Ini kerana, Jakel mempunyai beberapa kumpulan sasaran dan ingin menjadikan Koleksi Nabil Ahmad ini sebagai koleksi mampu milik.



Baju Melayu Harith Iskander



Koleksi Kurta

Selain dari koleksi kurta Aaron Aziz dan Nabil Ahmad, koleksi kurta di bawah label Awal Ashaari dan Hairul Azreen ini adalah keluaran terbaru yang menarik minat para lelaki tanpa mengira peringkat umur. Kurta mempunyai keistimewaan yang tersendiri kerana ia menggunakan fabrik cotton yang bercorak disamping mempunyai kekemasan di potongan leher dan di belakang bahu serta dilengkapi dengan poket dan mesra wuduk.





Koleksi Baju Kurung

Baju Kurung Ayda Jebat

Koleksi baju kurung dibawah label Ayda Jebat berkonsepkan kurung moden dan bersesuaian dengan citarasa terkini para wanita terutamanya anda yang ingin tampak ceria dan segar di hari raya. Nampa simple saja, tapi nice. Koleksi kali ini, Jakel masih mengekalkan ciri-ciri eksklusif pada setiap rekaan dimana, permainan warna yang lebih lembut tetapi masih diberi penegasan pada design dan detailing.





Koleksi Kanak-kanak

Pakaian kanak-kanak masih dikekalkan dengan label Upin Ipin, tapi rekaan yang sedia ada diolah kepada rekaan baju melayu bercorak. Bagi pembelian koleksi baju melayu Upin Ipin turut diberi percuma samping dan butang baju melayu. Tahun ni, koleksi pakaian kanak-kanak di bawah label Yusof Iskandar juga ada selain daripada Lara Alana.


Koleksi Schawalara

Baju Melayu Awal Ashaari

Koleksi pakaian raya Baju Melayu di bawah label Awal Ashaari ini direka khas dan khusus dengan mengetengahkan kekemasan pada leher, poket dan motif warna. Disamping itu, mengetengahkan potongan “shirt” tanpa pesak seperti kebiasaan baju melayu, Ia mampu memberikan kekemasan apabila digayakan bersama sampin. Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan dan lebih menarik lagi, pelanggan akan diberikan percuma samping beserta butang baju melayu.



Disamping itu, terdapat juga keluaran kurta Awal Ashaari bagi mereka yang gemarkan penampilan secara ringkas ketika berhari raya. Rekaan ini diperbuat daripada material yang berkualiti dengan menggunakan fabrik cotton untuk memberikan keselesaan kepada si pemakai. Selain mempunyai jahitan yang kemas, ianya juga mempunyai kekemasan pada bahagian bahu agar ianya nampak terletak cantik apabila digayakan.


Baju Kurung Moden Scha Al-Yahya

Koleksi Baju Kurung Moden di bawah jenama Scha Al-Yahya menggunakan fabrik dari himpunan fabrik-fabrik berkualiti dari jenis fabrik kapas sulam, chiffon, lace dan banyak lagi. Baju-baju ini ditawarkan dengan harga yang berbeza-beza bergantung pada rekaan dan kualiti. Ini kerana, Jakel mempunyai beberapa kumpulan sasaran dan ingin menjadikan Koleksi Scha Al-Yahya ini sebagai koleksi mampu milik untuk semua lapisan masyarakat. Baju kurung Scha Al-Yahya diperkemaskan dengan beberapa jenis detailing seperti jahitan manik, perincian lace dan permainan dari segi “cutting” supaya ia nampak menarik dan tidak terlalu sarat. Lebih menarik, kesemua baju Scha Al-Yahya didatangkan dalam pelbagai saiz, bermula dari S hinggalah ke XL.





Baju Kurung Kanak-kanak Perempuan | Lara Alana

Koleksi Lara Alana yang direka dengan lebih 20 rekaan ini menggunakan jenis fabrik yang lembut dan bersesuaian dengan kulit kanak-kanak. Memberikan kelainan pada baju kurung kanak-kanak, Rekaan kali ini dihiasi dengan butiran beads dan lace untuk menceriakan lagi karektor kanak-kanak di musim perayaan nanti





Baju Raya Kekeluargaan Schawalara




Koleksi Hanis, Hairul, Yusof

Baju Melayu Hairul Azreen

Diperbuat daripada fabrik cotton material yang bersesuaian dengan keadaan cuaca di negara kita. Mempunyai keunikan kerana ianya berkonsepkan moden yang mana di bahagian sisi diberi potongan tepi. Setiap rekaan ini juga mempunyai detail poket dibahagian dada bagi memberikan sedikit unsur klasik dan bahagian tepi kiri untuk membolehkan pemakai menyimpan barangan peribadi. Selain daripada itu keluaran kurta ini juga bermotifkan mesra wuduk dimana bahagian lengan boleh dilipat dan dibutangkan di bahagian tepi bagi memudahkan pengambilan air sembahyang.



Baju Kurung Hanis Zalikha

Setiap rekaan yang dihasilkan oleh jenama ini pasti memberikan kepuasan yang maksima kepada peminat Hanis untuk beraya bersama koleksi ini. Jakel mengekalkan konsep elegan, versatile dan classy serta mengangkat kecirian tradisional menjadikan koleksi gabungan ini memiliki keistimewaan tersendiri. Dihasilkan dengan berkonsepkan moden dan elegan. Setiap koleksi rekaan mempunyai pilihan warna yang berbeza. Penggunaan fabrik sangat selesa, setiap design dijahit kemas. Dilengkapi butiran beads dan sulaman lace menambahkan lagi ciri-ciri eksklusif. Keluaran ini juga menyediakan koleksi dengan harga mampu milik dan boleh dibeli di semua cawangan Jakel.





Baju Raya Kanak-kanak Lelaki | Yusof Iskandar

Baju melayu dibawah label Yusof Iskandar dihasilkan bermotifkan potongan leher “round neck” dimana ianya membantu memberikan keselesaan kepada kanak-kanak. Penggunaan fabrik cotton yang bermutu tinggi agar ianya sesuai dengan semua kulit kanak-kanak. Pilihan warna untuk koleksi ini juga boleh disuai padankan dengan baju melayu dewasa, supaya para pelanggan boleh menyuaipadankan dengan keluarga.





Baju Raya Kekeluargaan Hanis, Hairul, Yusof



Fuh, banyak betul koleksi baju raya Jakel yang cantik-cantik. Rambang mata dibuatnya. Anda jangan lupa serbu Jakel di kawasan anda okey? Jakel Barulah Raya!



Untuk maklumat lanjut mengenai Kumpulan Jakel, boleh layari
Website : www.jakel.my
Facebook : https://www.facebook.com/GedungTekstilJakel
Instagram : https://www.instagram.com/jakel_shahalam/


xoxo,

post signature

Join the conversation!

  1. teringin baju melayu ucop tu tapi taktau nak belikan untuk sapa hehe

    //shfyqhazhr

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.