Raya Manis Kismis California dan Blogger Cooking Challenge

10 June 2017

Assalamualaikum. Ayue ni takda lah pandai mana memasak. Cukup lah untuk isi perut kami suami isteri. Tapi Ayue memang suka join kalau ada pertandingan masak sebab nak iju kemampuan diri. Tiap kali masuk pertandingan, secara tak langsung mesti Ayue akan praktis untuk mantapkan lagi skill yang ada ni kan. Tu yang best tu. Macam tahun lepas, tahun ni lagi sekali Ayue join California Blogger Cooking Challenge.


Sempena hari raya tak lama lagi ni, Jawatankuasa Pentadbiran Kismis (RAC) telah memperkenalkan pelbagai resepi menggunakan California Raisins tau. Ayue sendiri teruja bila tengok banyak juga resepi yang boleh dibuat menggunakan kismis. Lagi-lagi menu untuk musim perayaan. Memang best lah. Boleh guna resepi kismis ni masa raya nanti kan.


Dengan bantuan Chef Rohani, California Raisins telah menyediakan beberapa resepi dengan tema "Raya Manis Kismis California" menggunakan kismis California yang berkhasiat. Menariknya kismis ni, ia boleh digunakan dalam pelbagai sajian termasuk masakan, pastri dan manisan.

Antara resepi Chef Rohani adalah:

  • "Kek" Nasi Kunyit berperisa dengan Kismis California
  • Sambal dengan kismis California dan bunga kantan
  • Creme Caramel dengan kismis California
  • Kuih Makmur (dengan inti Kismis California)
  • Bubur Cha Cha dengan kismis California
  • Kuih Lopes dengan kismis California


Kalau tahun lepas Ayue dan Naomie bergandingan dan dapat no 2, tahun ni Ayue dan Naomie sekali lagi bergandingan, tetapi dengan tambahan ahli baru iaitu +Sally Samsaiman  dan Eyza Semua ni blogger-blogger yang Ayue dah kenal dan rapat, jadi chemistry tu dah ada. Takda lah kekok masa nak masak nanti kan.

Sebelum masak, Chef Rohani ada menyediakan beberapa resepi untuk kami cuba. Seriously sedap! Paling Ayue suka adalah Kuih Makmur dengan inti Kismis California. Nanti Ayue share dengan anda kesemua resepi yang Chef Rohani buat tu ya.

Menu kumpulan Ayue untuk tahun ni adalah Churros Raisins. Sebenarnya dah beberapa hari Ayue dan Sally fikir nak buat menu apa untuk pertandingan ni. Alhamdulillah, saat-saat akhir tu dapat juga ilham masa Ayue bangun tengah malam. Dan-dan tu juga cuba, maka terhasil lah resepi Churros Raisins tu. Ahli group lain pun aprroved, jadi kami proceed dengan menu ni.


Ayue, Sally, Naomie dan Eyza masing-masing dah tahu peranan masing-masing masa bertandinga. jadi kami takda sebarang masalah pun masa memasak. Dekorasi pula kami pilih untuk buat bentuk burung merak. Kebetulan Ayue dapat ilham beberapa jam sebelum pertandingan. Nasib lah menjadi. Kalau tak risau juga sebab kumpulan lain bukan main lagi meriah dekorasinya. Ada yang siap bawa mangkuk tingkat dan patung tau.

Alhamdulillah, tahun ni kumpulan kami dapat no 2 lagi. Syukur. Ayue tak sangka pun sebenarnya sebab kumpulan lain pun mengancam resepinya. Mungkin chef tertarik dengan churros dan sos kismis yang kami sediakan. mana tidaknya, kami blend kismis tu tau. Memang terasa kismis dalam churros dan sos tu sendiri. Nanti Ayue share dengan anda resepi kemenangan kami ni ya.


Ini pula hasil masakan kumpulan lain. Menarik dan menyelerakan betul.

Champion

1st Runner Up

2nd Runner Up



Yang penting resepi tu kena guna California Raisins sebab kismis ni merupakan kismis yang terbaik dan mempunyai pelbagai khasiat. Walaupun kismis ni nampak saja kecil, tapi banyak manfaatnya tau. Lagi-lagi untuk ibu mengandung macam Ayue ni. Kismis boleh tingkatkan hemoglobin dalam darah tau. Anda kalau nak gunakan kismis dalam resepi dan masakan anda, pastikan guna California Raisins okey?




xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.