Resepi Mudah | Rendang Ayam Raya Sedap

Saturday, June 03, 2017

Assalamualaikum. Hari tu Ayue ada kongsi resepi Nasi Hujan Panas dari Sheila Rusly kan? Kali ni Ayue nak share resepi Rendang Ayam nya pula. Gabungan nasi dan ayam ni memang sedap gila. Cukup serba serbi. Sampai jilat jari lah bak kata orang. Makan dengan nasi sedap, makan dengan ketupat dan lemang masa raya nanti pun sedap.


Baca : Resepi Nasi Hujan Panas Sheila Rusly


Haa, tak nak lah mukadimah panjang sangat. Ayue terus share resepinya ya?




Resepi Rendang Ayam

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam
  • 10 biji bawang merah | Diblend
  • 1 biji bawang putih | Diblend
  • 3 inci halia | Diblend
  • 5 tangkai | Di blend
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 kotak santan
  • 3 ketul asam jawa
  • Kerisik
  • Gula Melaka
  • 5 helai daun kunyit


Bahan-bahan blended

  • 30 tangkai cili kering
  • 20 tangkai cili padi
  • 3 inci kunyit hidup
  • 3 inci lengkuas



Cara-cara masak

  1. Panaskan kuali Tefal hingga Thermo-Spot menjadi merah.
  2. Masukkan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih halia, serai dan limau purut hingga garing.
  3. Masukkan bahan-bahan blended (cili kering, kunyit hidup dan lengkuas). Goreng hingga garing.
  4. Masukkan ayam dan gaul rata.
  5. Masukkan santan dan kecilkan api. Masak hingga ayam masak.
  6. Masukkan kerisik asam jawa dan garam. Masak hingga rendang pekat/kering.
  7. Masukkan daun kunyit dan tutup api.








Siap dah rendang ayam kita ni. Sedap gila okey. Haha. Puji diri sendiri ni. Ayue pertama kali cuba resepi ni terus menjadi. Saja Ayue buat basah sikit sebab nak makan dengan nasi. Tapi kalau anda suka rendang kering, boleh masak lebih lama lagi. Kalau nak betul-betul kering pula, masak lagi lama sampai warna rendang ni jadi lebih gelap ya.

Mudah dan senang je sebenarnya nak masak rendang ayam ni. Bahan-bahan dia je agak banyak. Tapi kalau diikutkan, kebanyakkan bahan-bahan ni dah ada dekat dapur pun. Tinggal nak tambah sikit je. Rendang ayam ni kalau makan dengan ketupat nasi, ketupat palas atau lemang, memang terangkat lah. Confirm tak pandang kiri kanan. Hehe. Anda jangan lupa cuba okey?

Oh ya, kalau anda tiada kuali Tefal, boleh je guna kuali biasa anda guna tu. Cuma kuali Tefal ni best sebab dia tak melekat. Kalau anda nak beli guna kuali Tefal ni, boleh tengok di Lazada sebab harga murah dari tempat lain. Lagipun sekarang ni Lazada tengah buat Marhaban Ya Ramadhan and Riang Ria Raya sale. Diskaun hingga 90% tau! Sale ni bermula dari 19th May hingga 30th June saja. Rugi lah kalau tak grab. Masak guna kuali Tefal ni best ok. Tak melekat dan masakan pun tak hangit.


Boleh tengok sini kalau nak beli ya : https://goo.gl/1IzUW3



xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Blog List

Blog Archive