Resepi Nasi Hujan Panas Sheila Rusly | Sedap dan Mudah

Thursday, June 01, 2017

Assalamualaikum. Keluarga mertua Ayue memang suka sangat makan nasi yang berwarna. Maksud Ayue nasi selain dari nasi putih. Terutama nasi briyani. Kalau Ayue makan memang bertambah lah sebab sedap sangat. Mak mertua Ayue memang suri rumah tangga, jadi air tangan dia tu menjadi sentiasa. Ayue dalam proses belajar segala resepi dari dia sebab suami Ayue kalau masak nasi macam tu, berselera betul dia makan. Siapa tak suka tengok suami makan bertambah kan bila kita yang masak?

Hari tu masa join event Tefal dengan Sheila Rusly, Ayue ada dapat satu resepi dari Sheila Rusly. Sedap betul masa event tu kami makan. Jadi Ayue decide nak cuba buat bila balik rumah nanti. Resepi yang Ayue nak cuba tu adalah Nasi Hujan Panas dan Rendang Ayam. Tapi dalam entry ni Ayue tulis tentang nasi dulu ya? Entry lain Ayue share resepi rendang pula.


Seriously, anda kena cuba sebab Ayue sekali buat pun dah menjadi dah. Memang menjadi resepi ni. Lagi-lagi kalau buat nasi hujan panas ni masa berbuka puasa. Aduhai, menusuk kalbu sungguh. Ada yang baru pukul 7 dah tercongok depan meja makan nanti. Haha.


Resepi Nasi Hujan Panas

Bahan-bahan

  • 4 cawan beras (beras basmati) | Basuh dan rendam 1/2 jam
  • 4 cawan air
  • 1 cawan susu
  • 2 helai daun pandan | Diikat
  • 1 kiub pati ayam (optional) | Boleh gantikan dengan garam
  • 4 biji bawang merah | Blend
  • 2 ulas bawang putih | Blend
  • 1cm halia | Blend
  • Rempah 4 sekawan (Bunga Lawang, Bunga Cengkih, Kulit Kayu Manis, Buah Pelaga)
  • Minyak/Butter/Ghee
  • Pewarna Makanan (Merah, Hijau, Kuning)
  • Daun sup. Gajus, Kismis  



Cara-cara

  1. Panaskan kuali hingga Thermo-Spot berubah menjadi merah. Masukkan ghee.
  2. Goreng rempah 4 sekawan, bawang merah, bawang putih dan halia yang diblend.
  3. Masukkan daun pandan. Biarkan seketika.
  4. Masukkan bahan-bahan yang digoreng tadi ke dalam periuk nasi dan masukkan air, kiub ayam/garam, susu dan beras. Kacau rata.
  5. Masak nasi macam biasa.
  6. Bila nasi sudah masak, titikkan pewarna menggunakan chopstick. Biar seketika.
  7. Gaul hingga pewarna tadi bercampur dengan nasi.
  8. Tabur Daun sup. Gajus, Kismis  sebelum dihidang.






Siap! Senang sangat tau. Bau nasi ni jangan cakap lah. Memang orang sebelah rumah pun menjenguk nak tengok kita masak apa. Hehe. Walaupun Ayue pertama kali cuba masak nasi hujan panas ni, alhamdulillah menjadi dan suami puji. Senyum sampai ke telinga okey!


Tips masak nasi hujan panas

  • Guna beras basmati untuk dapatkan nasi yang cantik dan panjang
  • Ayue gantikan kiub ayam dengan garam sebab suami tak boleh makan kiub ayam tu
  • Ayue guan ghee untuk menumis sebab rasanya lebih sedap
  • Kalau tiada kuali tefal, guna kuali biasa pun boleh, tumis macam biasa
  • Pastikan nasi sudah kering sebelum digaulkan dengan pewarna untuk elakkan pewarna merebak dengan banyak



Kalau anda nak beli guna kuali Tefal ni, boleh tengok di Lazada sebab harga murah dari tempat lain. Lagipun sekarang ni Lazada tengah buat Marhaban Ya Ramadhan and Riang Ria Raya sale. Diskaun hingga 90% tau! Sale ni bermula dari 19th May hingga 30th June saja. Rugi lah kalau tak grab. Masak guna kuali Tefal ni best ok. Tak melekat dan masakan pun tak hangit.


Boleh tengok sini kalau nak beli ya : https://goo.gl/1IzUW3

Selamat mencuba!


xoxo,

post signature

You Might Also Like

3 comments

  1. Terima kasih kongsi resepi nasi hujan panas kebetulan memang tengah cari resepi ni

    ReplyDelete
  2. Thank u sis. Rasa nak masak nasi lain , terjumpa resepi ni.

    ReplyDelete
  3. Gugel n found u punye resepi.. sesuai untk kwn2 nak beraya.. tqvm��

    ReplyDelete

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page