Sediakan rumah anda dengan Tefal Pure Chef Sempena Ramadan dan Raya

Saturday, June 03, 2017

Assalamualaikum. Semua sedia maklum yang Tefal merupakan pembuat peralatan memasak dan kelengkapan rumah yang terkemuka di dunia. Bagi memudahkan peminat setia produk Tefal untuk membeli barangan Tefal dalam dunia teknologi digital ni, Tefal telah bekerjasama dengan Lazada untuk membuat kedai "online" nya. Kedai “online” Tefal ini akan menampil lebih daripada 180 product Tefal yang terdiri daripada penjagaan linen, bahan elektrik memasak, alat memasak dan peralatan dapur.


"Di Tefal, kami percaya dalam kemudahan dan memudahkan pengalaman memasak pengguna kami sambil melengkapkan rumah mereka dengan produk-produk berkualiti yang boleh membantu kehidupan mereka. Pelancaran kedai online kami di Lazada Malaysia adalah sejajar dengan komitmen kami untuk meningkatkan kehidupan pelanggan melalui platform digital," kata Jack Wong, Pengurus Negara, Groupe SEB Malaysia. "Sistem online yang disediakan oleh Lazada Malaysia akan membolehkan pengguna untuk cepat memahami, memilih dan membeli produk Tefal dengan mudah, dengan itu menawarkan pengalaman membeli pelanggan yang lebih memuaskan."



Siapa yang selalu shopping di Lazada mesti sudah tahu sistem yang ada di Lazada sangat teratur dan sangat mudah untuk mencari barang. Rangkaian produk Tefal jelas diasingkan mengikut kategori, pelbagai pilihan, harga dan diskaun-diskaun. Mudahlah untuk pelanggan membuat keputusan berdasarkan maklumat produk yang sedia ada dan Tefal akan hantar produk terus ke depan pintu pelanggan.

Tambah Wong, "Kebelakangan ini, kami memperhatikan bahawa pengguna mengharapkan maklumat boleh didapati bila-bila masa, di mana sahaja sambil menguna peranti pilihan mereka. Oleh itu, kami sentiasa mencari jalan untuk membawa perkhidmatan dan pengalaman membeli pelanggan ke tahap tinggi yang seterusnya. Lazada Malaysia menawarkan ekosistem dan platform eCommerce digital yang memberi sokongan, itulah sebabnya kami yakin kerjasama dengan Lazada Malaysia akan memberi manfaat kepada semua orang, terutamanya pelanggan-pelanggan kami.



Kedai online Tefal (www.lazada.com.my/tefal-official-store) di Lazada Malaysia telah dilancarkan secara rasmi pada 12 Mei, dan menawarkan tawaran eksklusif kepada pelanggan. Pelanggan akan menikmati diskaun sehingga 70% ke atas produk Tefal dipilih, dan tambahan 10% diskaun dengan pengunaan baucar "TEFALSIS10".

"Kami berasa amat terhormat kerana dapat berkerjasama dengan jenama alat memasak yang terbaik di dunia, Tefal, untuk kolaborasi kedai-dalam-kedai (shop-in-shop). Sebagai pemimpin industri eCommerce, kami berharap kami boleh meningkatkan pengalaman membeli-belah pelanggan kami dengan mempamerkan pelbagai produk alat memasak dan rumah melalui Tefal di platform kami. Kami berharap dapat bekerjasama dengan Tefal pada bulan-bulan yang akan datang terutama sebagai persediaan ke arah pelancaran kempen Ramadan, yang berlaku dari 19 Mei - 30 Jun 2016," kata Hans-Peter Ressel, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia.



Masa demotrasi masakan menggunakan produk Tefal oleh Shiela Rusly, Ayue ada bawa balik resepi yang dikongsikan oleh Sheila Rusly untuk cuba sendiri di rumah. Memang sedap sungguh resepinya. Anda boleh cuba resepi yang Ayue dah kongsikan di bawah ni ya:

Baca : Resepi Rendang Ayam

Untuk maklumat lanjut dan produk terbaru mengenai Tefal, sila layari www.tefal.com atau hubungi perkhidmatan pelanggan di + 603-7802 3000.

Website : www.tefal.com
Facebook : https://www.facebook.com/mytefal
Hashtag : #myTefal



xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Blog List

Blog Archive