Tips pemilihan Nursing Bra untuk ibu menyusu

02 June 2017

Assalamualaikum. Dalam pada sibuk melengkapkan barangan keperluan baby pertama Ayue, Ayue tak terlepas pandang untuk melengkapkan keperluan Ayue juga. Yela, walaupun baru pertama kali nak menjadi ibu, Ayue banyak dengar pengalaman dari kawan-kawan tentang betapa pentingnya menyiapkan keperluan kita sebelum menjadi ibu. Antara salah satu benda yang sangat penting ada maternity dan nursing bra.

Setiap ibu mesti nak yang terbaik untuk anak dia bukan? Memberi susu ibu adalah salah satunya. Ayue sendiri berazam untuk memberi susu ibu untuk anak Ayue nanti. Sebab tu awal-awal lagi Ayue dah prepare maternity bra. Bukan apa, supaya senang nanti. Takda lah bila baby dah lahir baru tercari-cari nursing bra kan? Malah sekarang ni pun Ayue dah mula pakai maternity bra sebab bra yang sedia ada dah tak selesa nak pakai.


Maklumlah, nak jadi ibu ni saiz payudara akan berubah ya. Tak macam dulu lagi. Kalau dulu Ayue memang tak suka bra yang takda besi, span nipis dan lembik. Kalau boleh bila pakai tu biar terletak je. Tapi bila nak jadi ibu ni, semua tu berubah. Tak nak pakai bra yang ada besi, tak selesa langsung. Lagi-lagi bila perut makin membesar, rasa senak tau bila pakai bra yang ada besi.

Lagipun, nanti bila baby dah lahir, penyusuan akan lebih selesa kalau pakai bra yang takda besi. Itu apa yang mak Ayue cakap lah. Ayue pula jenis yang suka survey dan baca dulu tentang benda yang Ayue nak beli sebelum invest. Jadi Ayue nak share sedikit dengan anda tips pemilihan nursing bra untuk bakal-bakal ibu macam Ayue. Penting untuk kita pakai bra yang sesuai semasa dan selepas kehamilan tau.

Masa yang sesuai untuk beli maternity/nursing bra

Mula beli maternity bra masa 16 minggu kehamilan dan ke atas kerana payudara akan mula menghasilkan susu pada minggu ini. Itu secara amnya. Tapi bergantung pada individu ya, ada orang masa dah hujung kehamilan baru payudara membesar. Tak perlu beli banyak sebab payudara anda akan makin membesar. Masa yang paling ideal untuk membeli nursing bra adalah pada bulan terakhir kehamilan. Haa, masa ni nak beli banyak pun boleh. Nak beli berapa? Berapa bra yang anda gunakan sehari, macam tu juga lah yang anda kena sediakan untuk nursing bra anda tu.


Pilih saiz nursing bra dengan tepat

Cara untuk dapatkan saiz yang paling sesuai adalah dengan mengukur saiz anda sendiri. Anda perlu ukur saiz payudara anda setiap 6-8 minggu supaya anda tau saiz yang anda gunakan tu tepat.


Cara nak ukur mudah saja. Ambil pita ukur, ukur lilit bahagian dibawah:

1) Saiz bidang (bahagian bawah payudara) = Band size
2) Saiz bidang bersama payudara = Cup size

Untuk band size, anda perlu tambah 4" untuk no genap dan 5" untuk no ganjil.

Contoh pengiraan saiz bra yang betul:
Band size : 29" (29 + 5 = 34")

Untuk cup size pula, anda perlu tolakkan dengan cup size anda untuk dapatkan size nursing bra anda.

Cup size  : 36"
Cup size (36") - Band size (34") = 2"

Perbezaan ini lah yang tentukan size cup anda. Rujuk senarai bawah ni untuk tentukan size cup anda.


Jadi, size nursing bra yang Ayue kira tadi adalah 34C. Mudahkan? 


Material yang sesuai

Material yang paling sesuai untuk nursing bra mesti lah kain kapan (cotton). Takda yang lain. Kain kapas ni boleh serap peluh dan kita nak pakai pun selesa. Tapi kalau nak sesekali nak pakai yang bukan kapas takda masalah sebab selalunya design yang bukan kain kapas ni lebih sexy kan? Cewah!



Bra yang mudah di buka dan ditutup menggunakan satu tangan

Haa, yang ini mulanya Ayue kurang pasti yang mana satu sesuai. Jadi Ayue pergi sendiri ke butik Bmama Maternity ni untuk tengok dan cuba sendiri yang mana satu sesuai sebab ada beberapa jenis rupanya nursing bra ni. Ada yang butang tengah, butang depan, klip atas. Eh, pening dah Ayue nak pilih yang mana satu. Nasib staff dekat Bmama ni sangat helpful. Banyak juga tips yang sempat Ayue belajar dari dia.

Disebabkan Ayue pertama kali nak cuba, jadi Ayue ambil beberapa jenis nursing bra untuk lihat sendiri yang mana satu yang lebih sesuai dengan lifestyle Ayue. Yang jenis klip ke atau yang jenis butang.


Ini yang jenis klip atas. Sebelah tangan pun boleh buka.



Ini pula butang depan, Juga boleh dibuka dengan sebelah tangan.




Yang paling Ayue suka adalah yang ini. Dia ada klip atas dan juga butang depan. Bra ni jenis sport bra, takda cangkuk belakang. Material pula fully cotton. Pakai pun sangat selesa.




Untuk badan comel macam Ayue ni, Ayue sengaja ambil bra yang cangkuknya 3 atau 4 untuk fully support lebihan isi dikiri dan kanan badan Ayue ni. Lagipun cangkuk 3 atau 4 ni ada extended bra yang boleh dibeli secara berasingan. Manalah tahu nanti size badan makin membesar, bra sedia ada dah makin ketat, tapi size cup masih sama. Takkan nak beli bra baru kan? Jadi guna saja extended bra ni untuk melebarkan lagi band size anda. Takdalah ketat lagi. Anda pun selesa.


Setakat ni, ini saja tips yang dapat Ayue share dengan anda. Nanti kalau ada lagi, Ayue update ya. Untuk anda yang berminat nak ke butik Bmama Maternity yang Ayue pergi tu, boleh pergi di Manjalara. Bukan apa, benda-benda macam ni sebenarnya elok untuk kita cuba sendiri. Bila dah tau yang mana satu sesuai, barulah boleh online kan? Lagipun tak rugi ke butik ni sebab ada macam-macam yang dijual untuk ibu mengandung.

Macam Ayue, masa mengandung ni pinggang Ayue selalu sakit. Tak larat nak jalan pun kadang-kadang sampai suami kena papah. Kebetulan dekat Bmama ni ada pregnancy belt. Ayue terus grab sebab benda ni boleh support pinggang kita bila kandungan dah makin besar nanti.


Ada 3 dawai dibelakang untuk support pinggang anda, tapi dawai ni tak menyakitkan macam dawai dekat corsett tu. Hehe. Paling penting, materialnya sangat selesa. Strap yang digunakan pun tidak menyakitkan kalau terkena pada kulit.


Dekat Bmama ni juga ada juga bengkung, baju maternity, Post Partum Slimming Shapewear, panties,
supplement untuk ibu mengandung dan macam-macam lagi lah. Ayue sendiri nak pergi lagi nanti sebab nak beli bengkung.




Bengkung yang dijual dekat sini sesuai untuk ibu bersalin normal dan pembedahan. Haa, bengkungnya berbeza tau. Ayue pun baru tahu bila dah sampai Bmama ni. Rugi tau kalau anda tak datang sini. Hehe.



Bmama Maternity
G, 34, Jalan Medan Putra 4,
Medan Putra Business Centre,
52200 Kuala Lumpur

Untuk maklumat lanjut tentang Bmama Maternity, boleh layari :
Web : http://bmama.com.my/
Instagram : https://www.instagram.com/bmama_maternity



xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.