Vivo Jadi Penaja Rasmi FIFA World Cup™ 2018 dan 2022

Friday, June 02, 2017

Bola sepak merupakan sukan yang cukup memikat hati penonton, dan Piala Dunia FIFA sebagai sebuah kejohanan sukan terkemuka dunia, semestinya mampu menarik perhatian ramai. Jenama telefon pintar global Vivo telah mengumumkan kerjasama dengan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk menaja Piala Dunia FIFA untuk tempoh enam tahun, melibatkan dua liga perlawanan bola sepak. Ini bermakna Vivo akan menjadi penaja rasmi Piala Dunia FIFA 2018 dan 2022.

Vivo Jadi Penaja Rasmi FIFA World Cup™ 2018 dan 2022


Penajaan Dua Tahun berturut-turut Piala Dunia FIFA

Sebagai jenama telefon pintar yang menjadi penaja rasmi FIFA World Cup, Vivo akan menaja Piala Konfederasi FIFA 2017, Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia, Piala Konfederasi FIFA 2021 dan juga Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar. Melalui pengaruh global yang cukup besar, kerjasama selama enam tahun ini bakal membawa Vivo ke tahap yang lebih tinggi khususnya melibatkan pendedahan jenama telefon pintar ini di peringkat antarabangsa. Logo Vivo akan dipamerkan dalam setiap perlawanan yang diadakan termasuklah di papan iklan yang terdapat di padang bola, tiket perlawanan, siaran media dan lain-lain lokasi promosi utama. Hak yang diberikan oleh FIFA termasuklah program pemasaran khusus seperti menjemput jurugambar Vivo untuk mengambil gambar pemain semasa sesi memanaskan badan. Tidak lama lagi, Vivo juga akan memperkenalkan telefon FIFA World Cup yang menawarkan pengalaman lain dari yang lain untuk pengguna Vivo dan para peminat bola sepak. Selain itu, kakitangan FIFA juga akan menggunakan telefon pintar Vivo sepanjang perlawanan dan Piala Konfederasi FIFA 2017 yang bermula pada 17 Jun ini bakal menandakan permulaan kerjasama di antara Vivo dan FIFA.

Sebagai acara sukan terbesar Dunia, FIFA World Cup memiliki pengaruh yang besar dan liputan meluas di seluruh dunia. Bagi mana-mana jenama dalam industri telefon pintar, termasuklah Vivo, penajaan ini merupakan satu pencapaian yang amat penting. Naib Presiden Kanan Vivo, Encik NI Xudong berkata: “Bola sepak merupakan sukan yang penuh dengan keterujaan dan cukup mengagumkan, tidak hairanlah ia mampu mewujudkan kegembiraan untuk jutaan peminat bola sepak di seluruh dunia. Semangat bola sepak manampilkan nilai disiplin yang ketat dan pentingnya kemajuan yang berterusan. Sebagai penaja Piala Dunia, Vivo berhasrat untuk melibatkan diri dalam semangat bola sepak sebegini dan menunjukkan kepada pengguna kami di seluruh dunia tentang imej Vivo yang bertaraf antarabangsa, kreatif dan menyeronokkan. Pada masa yang sama, Vivo juga akan terus membawakan sesuatu yang bersifat peribadi, bertenaga dan berjiwa muda ke dalam Piala Dunia dan sukan bola sepak secara keseluruhan.”

Dalam kebanyakan jenama dalam industri telefon pintar global, fokus Vivo kearah kemajuan berterusan telah menarik minat pihak penganjur Piala Dunia FIFA. Ketua Setiausaha FIFA, Fatma Samoura berkata: “Semakin hari, bola sepak dan teknologi semakin tidak dapat dipisahkan, bukan sahaja melibatkan para pemain malah peminat bola sepak dan ini merupakan masa yang tepat dalam memulakan kerjasama dengan jenama telefon pintar terkemuka dunia ini. Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Vivo dan berhasrat untuk terus melihat penglibatan mereka dalam edisi Piala Dunia FIFA dan Piala Konfederasi FIFA yang seterusnya.”


Pemasaran Sukan sebagai Alat untuk ke Peringkat Antarabangsa

Sejak tahun 2014, Vivo telah mengembangkan pasarannya ke Asia Tenggara dan rantau-rantau lain. Dalam usaha meletakkan Vivo sebagai produk yang bersesuaian dengan citarasa tempatan dan pelaksanaan strategi pemasaran yang berkesan, Vivo memiliki pertumbuhan yang pesat, dan mempunyai peminatnya tersendiri dalam kalangan pengguna tempatan. Vivo meneruskan pelaburannya dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), dan telah berjaya menubuhkan tujuh pusat penyelidikan utama di China dan Amerika Syarikat. Vivo juga telah menggunakan pemasaran sukan untuk meningkatkan kesedaran jenama ini di pasaran antarabangsa.

Pada tahun 2015, Vivo telah menjadi penaja dalam Liga Perdana India (IPL), sebuah persatuan sukan yang amat berpengaruh dalam negara-negara Komanwel British dan India. Pada tahun 2016, Vivo memulakan kerjasama strategik dengan NBA China sebagai Penaja Rasmi Telefon Mudah Alih, dan menjemput bintang terkenal Stephen Curry untuk menjadi duta produk untuk telefon pintar terbaharu Vivo Xplay6. Sebagai penaja Piala Dunia FIFA, Vivo berhasrat untuk mendapatkan lebih banyak perhatian di persada antarabangsa.

Dengan kemajuan teknologi dan usaha penjenamaan yang berterusan, Vivo komited untuk mewujudkan lebih banyak kejayaan cemerlang pada masa hadapan. Penajaan Piala Dunia FIFA menunjukkan perkembangan progresif Vivo dalam menembusi pasaran antarabangsa.




xoxo,

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Blog List

Blog Archive