3 Pack Huggies Drypant hanya RM79.90 di Lazada

25 July 2017

Assalamualaikum. Lebih kurang sebulan lebih je lagi Ayue nak jadi ibu. Rasa excited, nervous, takut semua bergabung jadi satu. Mana tidaknya, anak pertama kan, Ayue pasti semua ibu baru mesti rasa macam tu lah. Yang paling ketara rasa excited sampaikan pantang jumpa barang baby yang cute, tangan ni gatal nak membeli. Itu belum cerita bab baby fair lagi, huru hara dibuatnya.


Cakap tentang baby fair, mulai esok, 26 Julai 2017 hingga 30 Julai 2017, Lazada Malaysia akan buat BIG BABY FAIR tau. Promosi kaw-kaw punya sehingga 80% untuk pelbagai barangan termasuklah lampin, fesyen kanak-kanak dan kelengkapan bayi dari pelbagai brand. Ada Mamypoko, Huggies, Nestle, Sweet Cherry, Pediasure, Goo.N, Wyeth, Anakku dan Fisher Price dan banyak lagi. Haa, brand favorite ibu-ibu kan tu?

Ayue ni dah jadi satu tabiat. Tiap kali nak beli barang baby dekat mana-mana, Ayue mesti buka apps Lazada dulu dan comparekan harga. Selalunya memang harga di Lazada lagi murah dari tempat lain, sebab tu banyak juga barang baby yang Ayue beli online saja. Mudah dan terus sampai ke rumah. Sambil menaip ni pun sambil tunggu barang yang Ayue order dari Lazada hari tu tau. Hehe.

Ayue perasan, tiap kali baby fair dekat mana-mana pun, benda utama yang selalu direbutkan adalah diapers. Yela, diapers ni boleh tahan juga mahalnya kan. Nak pula baby jenis kerap buang air. Aduh, berapa pack lah agaknya nak pakai sebulan tu. Mungkin sebab tu ramai ibu bapa yang suka beli stok diapers banyak-banyak kalau ada jualan murah. Penjimatan berganda.


Takpa, ni Ayue nak share tentang salah satu offer yang ada dekat Lazada Big Baby Fair esok ni. 3 Pack Huggies Drypant hanya RM79.90!! Maksudnya satu pack jadi RM26++ je. Woahhh. Serious murah gila kan? Brand Huggies kot! Jumbo pack pula tu. Semalam Ayue baru je jalan-jalan dekat pasaraya, promosi 2 pack berharga RM80++. Mahalnya!! Nasib baik tak beli. Baik Ayue tunggu sale masa Big Baby Fair nanti. Banyak betul boleh save.

Untuk ibu baru macam Ayue yang tak tahu nak pilih size apa, jangan risau. Ni Ayue sediakan maklumat pemilihan size diapers yang sesuai untuk anak anda ok. Boleh rujuk jadual dibawah.



Ini pula panduan untuk pakai Huggies Drypant. Mudah je, macam pakai seluar. Kalau tanya pendapat Ayue, Ayue lebih sukakan diapers jenis pants sebab lebih mudah dan pantas untuk pakaikan dekat anak. Lagi-lagi bila mereka dah mula pandai bergerak. Nak pakaikan diapers pun boleh jadi satu hal tau. Hehe.Tapi ikut pada pendapat masing-masing lah ya. Ada yang suka jenis tape kan?


Ayue bukan apa, Ayue berkenan betul dengan brand Huggies ni. So far belum pernah lagi Ayue dengar complain dari group Kelab Ibu Mengandung tentang diapers dari Huggies. Maksudnya memang brand ni bagus lah. Antara kelebihan Huggies yang menarik perhatian Ayue adalah lilitan getah pinggang yang selesa, ada Blue Quick Dry Layer yang berfungsi untuk menyerap cecair dengan pantas, double leak barrier, breathable untuk mengelakkan ruam lampin, terbukti secara klinikal, dan yang paling penting boleh pakai waktu malam sebab ia tahan sehingga 12jam.


Suka tak? Kalau berkenan, terus lah grab. Tak payah tunggu-tunggu lagi sebab harga RM79.90 untuk 3 pack ni hanya akan available semasa 26-30 Julai saja tau.





Bukan tu je, selain dari diskaun hebat dan jualan segera daripada jenama Huggies dan yang Ayue sebutkan tadi, Lazada juga membuat penghantaran percuma apabila anda membeli produk terpilih. Dah lah murah, free delivery pula tu. Duduk rumah scroll phone je la macam ni. Tak payah sesak-sesak nak keluar. Dah la dah sarat ni kan. Hehe.

Lepas tu, ada lagi benda best nak share ni. Lazada ni murah hati betul. Anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah hebat dengan menyertai peraduan di social media Lazada Malaysia terutamanya di LINE Lazada Malaysia tau. Hadiah pula boleh tahan hebatnya. Join lah, mana tau ada rezeki?
Tepat pukul 12 malam ni pantas-pantas buka website Lazada okey? Happy shopping!



xoxo,

post signature

Join the conversation!

  1. dah msk session mk mk da kite. dl asyik kaji makeup mn nk pkai, skrg kne kaji psl pampers mn utk si mnja .. uarghh hahaha

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.