Follow Me Antibakteria Body Wash

Thursday, July 20, 2017

Follow Me baru sahaja memperkenalkan rangkaian antibakteria terbaharu dengan formula antibakteria yang dapat menghapuskan 99.99% bakteria berbahaya. Rangkaian baharu ini menawarkan bukan sahaja pengalaman mandian yang unik, tetapi juga memberi perlindungan tambahan untuk anda dan keluarga anda.


Dengan rangkaian yang lengkap yang merangkumi pembersih badan, pembersih tangan dan pensanitasi tangan, Follow Me Antibakteria Pembasuh Badan diperkenalkan dengan 3 varian yang berbeza, iaitu Natural Fresh, Extra Cool dan Family Protection; manakala Follow Me Antibakteria Pembasuh tangan juga diperkenalkan dengan 3 varian, iaitu Natural Care, Active Care dan Family Care, sementara pensanitasi tangan mempunyai 2 varian: Natural Fresh dan Family Care. Rangkaian lengkap ini bertujuan untuk memberi perlindungan tambahan kepada pengguna di dalam dan di luar kawasan rumah.

Selain daripada formula anti-bakteria yang berkuasa, ia juga mempunyai aroma yang menyegarkan tubuh dan minda anda. Setiap varian, iaitu Natural Fresh, Extra Cool dan Family Protection mempunyai aroma unik yang sesuai untuk seisi keluarga.


“Menyedari betapa pentingnya untuk menjaga kebersihan diri secara manyeluruh, Follow Me berhasrat untuk menawarkan rangkaian kebersihan diri anti-bakteria yang terbaik untuk memastikan anda dan keluarga anda sentiasa dilindungi," kata Jessky Hah, Pengurus Produk untuk Follow Me.




Amalan kebersihan diri yang baik merupakan langkah yang penting dalam usaha mencegah daripada bakteria berbahaya. Namun demikian, ia amat sukar untuk sentiasa menjaga tahap kebersihan diri yang baik disebabkan oleh bakteria yang berada di persekitaran kita. "Dengan Follow Me Antibakteria, kita tidak perlu risau lagi kerana rangkaian antibakteria yang dirumuskan khas ini bukan sahaja memberi pengalaman mandian yang menyeronokkan, ia juga dapat membantu menghapuskan bakteria 99.99% yang berbahaya bagi mengelakkan anda dan keluarga anda daripada jangkitan atau penyakit," tambah Hah.

Rangkaian Antibakteria Follow Me yang terdiri daripada Antibakteria Pembasuh Badan (1000ml) RM 11.90, Antibacterial Pembasuh Tangan (450ml), RM6.50 dan Pensanitasi Tangan Segera (55ml) RM 3.90. Rangkaian produk ini kini berada di semua pasar raya seluruh negara.


xoxo,

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page