Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A

Tuesday, July 18, 2017

Assalamualaikum. Anda tahu tak sekarang ni di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sedang mengadakan Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A? Syukur alhamdulillah Ayue diberi kesempatan untuk lihat dengan mata sendiri khazanah agung ni. Bukan senang ya kita nak dapat peluang macam ni kerana ianya dibawa khas daripada pemegang persendirian barang peninggalan Nabi Muhammad SAW dari Jordan, Turki, India, Syiria, Mekah dan Madinah.


Nak ke sana tu tak tahu lah bila kan, masih belum ada rezeki, jadi bila artifak ni sendiri sudah ada di Malaysia, mestilah Ayue grab peluang yang ada ni. Di pameran ni terdapat 27 artifak asli Rasulullah SAW, para sahabat dan tokoh-tokoh Islam yang lain. Bukan replika tau.

Untuk anda yang tak berkesempatan melihat artifak-artifak ni, Ayue kongsikan sedikit mana yang sempat Ayue ambil gambar semasa di pameran tu ya. Tapi tengok gambar dengan lihat dengan mata sendiri mestilah lain perasaannya. Jadi Ayue sangat-sangat galakkan anda untuk lihat sendiri artifak ni sementara ia masih ada di Malaysia ok.


Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A

Capal Rasulullah SAW
Diriwayatkan dalam hadis Rasulullah SAW bahawa Qatadah bertanya kepada Anas Bin Malik RA tentang bagaimana bentuk Capal Rasulullah. Anas mengatakan bahawa Capal Rasullah menggunakan dua buah Qibal (Pelana Capal) iaitu batas depan capal berupa tali yang diletakkan antara dua jari kaki.

Kain Penutup Makam Rasulullah SAW
Sebahagian besar ruangan Makam Baginda tertutp dengan kain tenunan yang dibuat dari kain sutera murni, berwarna hijau lembut dengan kain katun yang kuat, dan dimahkotai oleh sabuk yang mirip dengan penutup Kaabah, tetapi berwarna merah. Seperempat bahagian dari kain bertuliskan ayat Al-Quran yang mulia dari surah al-fath, terbuat dari garis kapas dan benang emas dan perak.

Masuk saja di ruangan ini, Ayue sudah terbau bau haruman kain penutup makam Rasulullah SAW ni. Memang wangi dan bau ini adalah bau semulajadi ya. Bukan pewangi yang sengaja diletakkan.

Tapak kaki Rasulullah SAW
Jejak tapak kaki Baginda ini tercetak semasa Baginda memasuki bumi Yaman pada kali pertama, dikatakan terdapat 44 jejak tapak kaki Baginda Rasul yang terdapat dalam simpanan pengumpul persendirian, muzium dan para keturunan Rasulullah (habaik)

Janggut Rasulullah SAW

Serban Rasulullah SAW
Rasulullah SAW selesa dengan memakai penutup kepala. Baginda mempunyai serban penutup kepala dengan ciri-ciri berlainan iaitu kupiah yang diperbuat dari kulit kayu, kain dan kulit unta. Serban baginda melebihi 5 meter berwarna hitam dan hijau iaitu warna kesukaan baginda mengikut yang terdapat koleksi-koleksi serban baginda.

Tongkat Rasulullah SAW
Salah satu lagi khazanah penting bagi umat islam ialah mengenai Tongkat. Dalam tamadaun Islam memakai tongkat atau bertongkat, adalah salah satu akhlak atau tatacara kehidupan para nabi, orang-orang salih dan ulama-ulama Islam zaman dahulu.

Darah Bekam Rasulullah SAW
Al-Mubarakfuri menulis bahawa: "Malik bin Sinan ayah Abu Said Al-Khuadri telah menyedut darah dari pipi Rasulullah SAW sampai menelannya dalam Perang Uhud. Nabi SAW bersabda, "Ludahkanlah" Malik bin Sinan menjawab, "Demi Allah, aku tidak akan meludahkannya." Dan kemudiannya berbalik ke dalam peperangan.

Busur Baginda Rasulullah SAW
Busur nabi berukuran 152cm panjang dan diperbuat daripada kayu Al Ayusiah. Berat busur adalah 286gram, busur ini digunakan untuk istiadat pelepasan perang dan mempunyai 5 mata anak panah yang mana telah digunakan untuk 3 peperangan.

Pasir Makam Rasulullah SAW
Tanah atau debu yang diambil dari Makam Nabi semasa kerja-kerja pembaikan, yang dipelihara dalam 17cm bekas kaca. Berikut adalah debu yang diambil dari Makam Nabi oleh seseorang dengan kebenaran apabila Sultan Uthmaniyyah menaiki takhta pada tahun 1255 (1839).

Kunci Makam Rasulullah SAW
Kunci makam Baginda Rasulullah SAW diganti kali pertama pada tahun 1411 dan gantian kedua pada pemerintahan Kerajaan Islam Uthmaniyyah pada tahun 1847. Kunci Makam ini diganti sekali lagi pada tahun 1937 oleh kerajaan Arab Saudi. Kunci ini (seperti dalam pameran) dijaga oleh Ali Zainal Abidin TOeh, setelah berlaku perselisihan berkaitan amanah menjaga Makam Baginda Rasulullah SAW, kunci ini dipegang oleh keturunan Saidina Ali sehingga sekarang.

Cop Mohor Rasulullah SAW
Semasa zaman Baginda Rasulullah SAW, cop mohor ini digunakan untuk menghantar surat kepada kerajaan bukan Islam. Surat pertama Baginda ditulis diatas kulit binatang dan menggunakan cop mohor daripada besi bergelang dan perak dibahagian belakang. Terdapat 7 koleksi cop mohor Baginda, kebanyakkannya ada di dalam simpanan Para Pembesar Islam dan Sahabat terdekat.

Kiswah  / Kelambu Kaabah
Kiswah pertama dikatakan diperbuat daripada kain tenunan berjalur Yemen berwarna merah. Selepas itu kain tersebut juga pernah dikatakan berwarna putih, hijau dan kuning. Bagaimanapun, akhirnya kelambu itu ditetapkan berwarna hitam ketika Dinasti Abasiyyah.

Kain Kiswah Dalam Kaabah
Kiswah Merah Kaabah diperbuat daripada kain sutera asli berwarna merah, kiswah merah ini berukuran 8 kaki x x16 kaki persegi. Kiswah merah terbahagi kepada bahagian iaitu Sitaar (Langsir) yang menutup pintu Kaabah, tirai yang menutup dinding Kaabah dan Hizam (tali pinggan) Kaabah. Kain Kiswah dalam Kaabah pernah berwarna putih, hijau dan kuning selain merah.


Kunci Pintu Kaabah (Lama)

Beras Tertulis Kalam Allah "Surah Al-Ikhlas"

Jam Matahari Mesir Kuno

Pedang Saidina Hamzah RA

Artifak Hassan dan Hussin
Artifak milik saidina Hassan dan saidina Hussin RA seperti untak, kuda, cincin, loket permata fairuz dan meterai yang diperbuat daripada perak.

Pedang Amr Ibn Al-Ass
Pedang Amr Al-As RA berukuran 94cm panjang dengan berat 994gram. Artifak ini merupakan harta rampasan perang dan pedang ini bermotifkan ukiran dari negara Monggul Islam. Bilah pedang melengkung dengan bertatahkan ukiran ayat pada belakangnya, pada hujung hulu keseluruhan pedang terukir ukiran kepala singa dan keseluruhan pedang ini adalah daripada besi. Ianya disimpan di Jordan.

Pedang Rampasan Perang 'Khalid Ibn Al-Walid RA'
Pedang ini telah digunakan oleh Khalid Al Walid dalam pertempuran Tabuk. Diperbuat daripada besi dengan ukiran imej separa haiwan pada penahan hului pedang, panjang keseluruhan pedang ini adalah 92cm dengan berat 772gram. Artifak ini disimpan di Madinah.

Al-Quran Bertatah Emas
Quran bertatah emas ini mengandungi 3 naskah lengkap. 1 berada di Muzium Turkey di Uzbalkistan dan juga berada di Pakistan seperti dalam pameran ini.

Kunci makam Ashabul Kahfi

Batu Masjid Quba'
Masjid Quba adalah masjid pertama yang pernah dibina dan dibangunkan oleh Rasulullah SAW pada tahun 1 Hijriyah atau 622 Masihi di Quba. Ia juga dikenali sebagai masjid kedua terbesar dan terkenal di Madinah. Dalam Al-Quran disebutkan bahawa masjid Quba adalah masjid yang dibangunkan atas dasar takwa.

Baju Besi
Baju besi ini dipakai oleh Panglima Perang Berkuda Kerajaan Islam Abbasiah. Kedudukan Panglima ini adalah pada bahagian penyerang di barisan kedua dalam peperangan. Manakala dibarisan pertama adalah askar Pemanah.

Kereta Kencana Istiadat Di Raja
Kereta Kencana bergelar (Kiae) (Chokro Sumilat) merupakan kereta rasmi untuk Pembesar Agama, semasa istiadat di raja. Kereta Kencana ini digunakan oleh Pembesar Agama (Mufti) yang bergelar (Pendita Alam Negara) semasa pemerintahan Islam Kerajaan Solo dan Jorkjakarta. Kereta ini digunakan pada setiap tahun dari tahun 1936 sehingga 1965.



Sangat unik dan tinggi nilai satu per satu artifak yang dipamerkan di pameran ni. Ini baru sedikit tau, ada banyak lagi yang anda kena lihat sendiri. Macam Ayue katakan tadi, tengok gambar dan nikmati sendiri khazanah agung dari Rasulullah SAW dan Para Sahabar RA ni lain rasa dia. Perasaan sepanjang Ayue di dalam pameran ni sukar nak digambarkan. Tersentuh rasa hati diberi peluang yang mungkin sekali seumur hidup ni.

Anda yang teringin juga ke pameran ini, Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W  ini diadakan selama sebulan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. 


Info Pameran Artifak Rasulullah S.A.W. dan Para Sahabat R.A.

Tarikh : 10 Julai – 23 Ogos 2017
Masa : 9.00 pagi hingga 10.00 malam
Lokasi : Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Harga Tiket

Dewasa : RM20.00 seorang
Pelajar : RM10.00 seorang
Warga Emas : RM10.00 seorang
OKU : RM10.00 seorang
Kanak Kanak 6 tahun keatas : RM10.00 seorang
Kanak-kanak bawah 6 tahun : Percuma

Tiket boleh di beli secara atas talian (online) di www.tamadunislam.com dan juga di pintu masuk pameran.

Ini pula peringat untuk anda sepanjang berada di pameran tu nanti ya.


Untuk maklumat lanjut, boleh layari :
Facebook: www.facebook.com/pameranartifak
Instagram: www.instagram.com/pameranartifak
Twitter: twitter.com/PameranArtifak




xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page