Shopplus | Perkenal Sistem On-The-Go Pertama di Malaysia

Wednesday, August 09, 2017

Assalamualaikum. Dalam zaman serba serbi canggih ni, semuanya makin mudah. Terutamanya shopping. Shopping online, tak perlu lagi kita nak keluar rumah dan berhimpit memilih barang. Semuanya mudah, hanya dihujung jari. Siapa yang tidak suka kan? Pilih saja barangan yang hendak dibeli, bayar, dan barang terus sampai ke rumah. Semalam satu lagi website membeli belah online telah dilancarkan iaitu Shopplus.


Ayue dan beberapa rakan blogger lain telah hadir je majlis pelancaran Shopplus yang berlangsung di Aloft Kuala Lumpur dan disaksikan oleh YB Datuk Chua Tee Yong, Timbalan Menteri Industri & Perdagangan Antarabangsa.




Untuk pengetahuan anda, Shopplus merupakan ruang runcit digital yang mampu memberi pengalaman membeli-belah yang lebih baik kepada rakyat Malaysia untuk memperolehi produk Taiwan dengan masa yang singkat dan berpotensi untuk menjadi sebahagian daripada pasaran e-dagang yang semakin berkembang di Malaysia.

Menariknya, pembeli bukan saja boleh membeli-belah, malah anda juga boleh berkongsi dan memperolehi wang tunai serta merta daripada sistem on-the-go yang digunakan di Shopplus kerana Shopplus ni sebenarnya adalah inisiatif yang didorong oleh Malaysia dan disokong oleh kumpulan teknikal Taiwan yang menyediakan membeli-belah dengan sentuhan e-dagang.. Hanya berbelanja, kongsi dan dapatkan pungutan dan mata wang daripada sistem. Bestnya! Dah shopping, dapat balik duit? Menarik ni.

Sistem ni sebenarnya dari Taiwan dan dibawa masuk ke Malaysia di mana pengguna boleh menjadi sebahagian daripada e-dagang tanpa melabur sejumlah besar masa dan wang. Ia adalah platform perniagaan di mana rakyat Malaysia boleh membeli, berkongsi dan memperoleh wang tunai melalui sistem perkongsian ekonomi.

Menurut Encik Cheng Chun Fu, Ketua Pegawai Teknologi Shopplus, Shopplus mempunyai salah satu rebat bonus tertinggi yang menawarkan pulangan 3 kali ganda dengan usaha mudah perkongsian dan membeli belah. Anda hanya perlu kongsikan laman web ini dan pihak Shopplus yang akan menguruskan penyimpanan stok, pemasaran, pembungkusan dan penghantaran untuk pelanggan. Mudahkan?


Ayue dah tengok laman web Shopplus dan lihat sendiri barang yang ditawarkan. Antara 6 kategori utama yang ada ialah Fesyen, Barangan Digital & Elektronik, Barangan Rumah & Hiasan, Sukan & Riadah, Bayi & Kanak-kanak, dan Automotif. Kesemuanya kategori yang paling hangat dekat Malaysia ni. Ayue pula bila nampak saja kategori barangan bayi dan kanak-kanak tu, terus klik tanpa berlengah. Hehe.


Walaupun barang yang ditawarkan masih belum banyak, tapi pihak Shopplus akan sentiasa menambah itemnya dari masa ke semasa.  Jangan risau ok?


Ayue dah daftar sebagai ahli dan mendapat 100 point. Anda jangan lupa daftar untuk dapatkan point ni juga ya. Nanti bila point dah banyak anda boleh beli barangan di Point Plus dengan hanya menggunakan point saja. Untung betul.


<Daftar SHOPPLUS>


Untuk mendapat tawaran menarik, diskaun dan ganjaran membeli belah dan pulangan tunai, boleh layari : 

Untuk maklumat lanjut :
Hubungi 03-61433212
Email : service@shopplus.com.my




xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page