Susu Ibu Jadi Banyak Dengan Femilac Milkbooster

Saturday, August 26, 2017

Assalamualaikum. Dah menjadi impian setiap ibu yang melahirkan bayi pasti mahu menyusukan bayi mereka sendiri tanpa bantuan susu formula. Yela, 9 bulan kita mengandungkan mereka, mesti kita nak yang terbaik kan. Tiada susu yang terbaik selain daripada susu ibu itu sendiri. Sebab tu Ayue sendiri kalau boleh nak menyusukan baby Ayue sehingga umurnya 2 tahun.

Tapi, kadang-kadang tak semua ibu bernasib baik. Ada yang rezeki susu mereka kurang dan ada juga yang tiada langsung. Macam-macam usaha dah anda buat, tapi masih tidak nampak hasilnya. Akhirnya anda mengalah dan terpaksa menggunakan susu formula untuk mengisi perut anak anda supaya tidak lapar. Sedihnya.


Ada juga ibu yang menyusukan anak masih mencari pelbagai kaedah, supplement dan booster untuk menghasilkan susu yang mencukupi untuk anak-anak mereka kerana susu yang ada cair dan tidak cukup. Apa yang Ayue tahu, anak lelaki lagi kuat menyusunya kan? Kalau susu cair dan tidak cukup, mesti lah mereka meronta minta lagi. Pening lah kepala si ibu pun.

Bila si ibu mula stress, letih dan penat, susu mereka akan makin berkurang. Bila dah kurang, lagi lah stress kan. Itu belum tambah lagi dengan pengambilan pil perancang, faktor pemakanan, sakit, salah teknik mengepam dan lain-lain lagi. Semua tu menyumbang kepada faktor mengurangan susu ibu.

Ayue ada satu petua nak share dengan anda ni. Untuk anda yang berniat untuk menyusukan anak anda secara eksklusif macam Ayue, anda kenalah menyusu dengan kerap. Menyusu dari awal selepas anda bersalin lagi. Itu lah namanya menyusu secara eksklusif. Masa awal-awal tu anda jangan risau jika susu anda sedikit kerana perut bayi anda masa tu masih kecil lagi. Susu yang dihasilkan oleh anda insyaAllah cukup untuk keperluan anak. Semuanya berdasarkan konsep 'demand' dan 'supply'. Lagi banyak anda menyusukan anak anda, lagi banyak susu yang terhasil mengikut keperluan anak anda. Percaya lah.


Selain daripada tu, anda yang kekurangan susu  boleh juga cuba ikhtiar lain. Ada banyak jenis milk booster yang ada di pasaran, tapi yang Ayue nak share dengan anda ni adalah Femilac Milkbooster. Banyak juga feedback yang Ayue dengar tentang Femilac Milkbooster ni. Selepas mereka consume Femilac Milkbooster, breast mereka #tibetibebengkak kerana ia menghasilkan susu yang banyak dan berkualiti. Seronok bukan kepalang lah.




Ayue sendiri bukan lah datang dari keluarga yang susunya banyak. Ada juga diantara adik beradik Ayue yang susunya banyak, ada pula yang kurang. Nasib Ayue belum tentu lagi, jadi salah satu option yang Ayue akan cuba nanti mesti lah Femilac Milkbooster ni kerana ia sangat mudah dimakan. Hanya perlu kunyah saja. Dijamin Halal pula tu.


Ni pula testimoni dari orang ramai tentang Femilac Milkbooster. Semuanya positif dan puas hati tau.



Majlis pelancaran Femilac Milkbooster Malaysia telah pun diadakan hari tu dengan tema pastel. Ia dilancarkan dan dirasmikan oleh CEO Feedmilk iaitu Puan Anys Syuhada. Cantik dan meriah betul majlis pelancaran tu.



Anda yang ingin mencuba Femilac Milkbooster ni boleh juga dapatkan trial sample dengan hanya RM13 dimana didalamnya mempunyai 12 tablet dalam satu packaging okey? Sangat eksklusif.


Anda boleh terus ke butik ataupun hubungi stokis-stokis Femilac Milkbooster. Jangan risau, ramai stokis Femilac Milkbooster ni tau. Merata ceruk ada. Anda nak COD pun boleh.


Untuk maklumat lanjut tentang Femilac Milkbooster atau Feedmilk, anda boleh layari :

Facebook : https://www.facebook.com/Femilac-HQ-1630025720660864/
Instagram : http://www.instagram.com/feedmilk
Website : www.feedmilk.com



Alamat Boutique : Feedmilk Boutique
H50-1, Jalan Serai Wangi, M16/M,
Alam Avenue 2, 40200, Shah Alam.

BUKA :SELASA-AHAD ( 11.00 AM - 8.00 PM )
Waze : Feedmilk Boutique


Alamat Hq: Feedmilk Boutique Sdn. Bhd. (1160172-U)
No 9A Tingkat 1,Jalan Keluli AK7 / AK
Seksyen 7, 40000, Shah Alam, Selangor



xoxo,

post signature

You Might Also Like

2 comments

  1. bgs juga ada sample mcm ni, utk cuba kan. tk membazir kut la x sesuai ke. harga pn berpatutan.

    ReplyDelete
  2. Isteri saya gunakan jenama lain, memang berkesan la, berbotol botol dok simpan dalam freezer. Susu banyak .. sampai kena beli pump elektrik nak cepat dan mudahkan susu yang keluar disimpan.

    ReplyDelete

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page