Proses Jual Kereta Lebih Mudah Dengan Carsome.my

Wednesday, September 06, 2017

Assalamualaikum. Ayue ingat lagi, kereta pertama yang Ayue beli lepas 3 bulan dapat kerja tetap adalah kereta Perodua Myvi. Masa tu Myvi memang tengah hot lah. Sana sini orang keluar kereta Myvi. Ayue pun terjebak sama. Lagipun memang banyak feedback positif yang Ayue dengar tentang Myvi ni. Jadi Ayue pun ambil lah keputusan untuk beli Myvi.

Sepanjang zaman bujang, tak pernah ada masalah pun dengan Myvi Ayue tu. Kecil, comel, tak pernah meragam, dan yang paling penting, senang Ayue bajet kereta bila nak parking. Tapi tu la, bila dah berkeluarga ni, dengan baby yang bakal lahir nanti, baru lah Ayue sedar yang Myvi ni macam dah tak sesuai dengan kami. Letak satu carseat saja di tempat duduk belakang dah nampak penuh dan sempit. Itu belum campur dengan perkakas baby yang kena standby dalam kereta. Memang sempit lah nanti.

Ada juga Ayue bincang dengan suami tentang nak tukar kereta baru yang lebih besar. Suami pula macam bagi green light, tapi kena tunggu baby lahir dulu katanya. Takpa! Yang penting suami dah bagi green light, jadi Ayue pun mula lah survey sikit-sikit dulu dekat mana nak jual kereta yang mudah, pantas dan boleh dipercayai. Dan Ayue jumpa website Carsome.my.



Sedikit info tentang Carsome.my
Carsome.my ni merupakan sebuah laman web automotif pertama Malaysia yang menyediakan perkhidmatan jual kereta terpantas, paling mudah dan telus secara dalam talian. Menariknya, di Carsome, anda akan diberikan harga trade-in yang adil berdasarkan keadaan kereta anda yang sebenar. Selain Malaysia, perkhidmatan Carsome juga berada di Singapura, Thailand dan Indonesia.


Langkah jual kereta di Carsome.my


Proses jual kereta di Carsome ni hanya dengan 4 langkah mudah:

Langkah 1 : Hantar butiran kereta
Isi borang dan maklumat kereta anda di Carsome.my untuk penilaian. Anda akan terus dapat harga untuk kereta anda. Kalau anda tidak dapat anggaran harga kereta anda selepas submit, pihak Carsome akan hubungi anda untuk berikan harga secara manual.

Langkah 2 : Pemeriksaan kereta
Jika anda puas hati dengan harga yang ditawarkan untuk kereta anda oleh Carsome, kereta anda perlu diperiksa terlebih dahulu di pusat pemeriksaan Carsome yang terletak di Kelana Jaya ataupun di Jalan Klang Lama. Bergantung pada lokasi yang lebih mudah untuk anda ke sana ya. Perkhidmatan pelanggan Carsome akan hubungi anda untuk set tarikh pemeriksaan kereta anda dan beritahu dokumen apa yang anda perlu bawa.

Langkah 3 (a) : Terima tawaran
Selesai pemeriksaan, jika anda setuju untuk terima harga akhir yang ditawarkan oleh Carsome berdasarkan keadaan kereta anda yang sebenar, anda boleh terus jual kereta anda kepada Carsome dan terus ke Langkah 4. Atau, jika anda inginkan harga yang lebih tinggi, anda boleh letakkan kereta anda untuk bidaan.

Langkah 3 (b) : Bidaan secara online
Bidaan secara online akan berlangsung selama 3 jam di antara 700 dealer kereta terpakai yang diperakui di seluruh Malaysia. Mereka akan memberikan harga yang terbaik untuk kereta anda dan anda boleh lihat sendiri proses bidaan secara live. Selepas bidaan selesai, anda mempunyai masa 24 jam untuk terima harga bidaan akhir yang ditawarkan. Jika anda terima, boleh terus ke Langkah 4. Kalau anda tak puas hati pun takpa, anda boleh keluar tanpa sebarang cas yang dikenakan.

Langkah 4 : Pemindahan dan pembayaran pemilikan
Kesemua proses pemindahan dan pembayaran pemilikan dilakukan oleh pihak Carsome. Anda tak perlu fikir tentang paperwork,JPJ, PUSPAKOM dan sebagainya. Segalanya dilakukan oleh pihak Carsome untuk anda. Anda hanya perlu tunggu duit masuk ke dalam akaun bank anda dalam masa 1-2 hari bergantung pada bank yang anda gunakan.


Best kan? Sangat mudah dan pantas. Anda boleh duduk sambil minum teh ais dekat mamak sambil tunggu kereta anda dijual. Yang paling Ayue suka adalah anda tak payah nak susah-susah cari kedai atau dealer yang boleh tawarkan harga yang tinggi untuk kereta kita. Mereka mesti ambil komisyen punya. Dah rugi dah dekat situ. Yela, bila anda nak trade-in kereta lama anda kepada kereta baru, mereka mesti takkan bagi harga terbaik punyalah sebab mereka pun nak untungkan?

Lebih baik guna khidmat Carsome untuk jual kereta anda, dapat duit anda dan siap ada extra duit daripada untuk bayar kepada dealer tu anda gunakan untuk downpayment kereta anda. Lagi berbaloikan. Lepas tu, anda tak payah nak serabut kepala fikir tentang paperwork yang rumit, nak turun naik JPJ tukar nama pemilikan, semua tu boleh makan masa berhari-hari tau. Silap-silap kena ambil cuti.

Kalau jadi lah Ayue dan suami nak beli kereta baru, memang kami akan guna khidmat Carsome ni. Senang, satu tempat je boleh settle semua benda. Jimat masa, jimat tenaga, dan khidmat Carsome ni PERCUMA dan telus pula tu. Tiada cas tersembunyi tau. Dalam masa sehari saja kereta anda boleh dijual dan anda boleh lega sambil survey kereta baru pula.

Ramai yang dah guna khidmat Carsome ni tau. Setakat ni dah 3,731 biji kereta yang terjual.


Review yang Ayue baca tentang Carsome ni pun semuanya positif dan berpuas hati dengan khidmat yang ditawarkan.


Macam mana? Anda ada kereta untuk dijual? Isi borang dibawah ni dan ketahui berapa nilai kereta anda dulu ok?




Untuk maklumat lanjut, boleh layari :
Website : https://www.carsome.my
Facebook : https://www.facebook.com/CarSome.my/


Carsome - Kelana Jaya Inspection Centre
A-G-5 Parklane Commercial Hub,
Jalan SS7/26 Kelana Jaya,
SS 7, 47301 Petaling Jaya, Selangor


Carsome - Old Klang Road Inspection Centre
No. 83-G, Jalan Mega Mendung,
Kompleks Bandar off Old Klang Road,
58200 Kuala Lumpur



xoxo,

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page