Dove mengumumkan pencarian #IamRealBeauty

Saturday, September 02, 2017

Sempena sambutan kemerdekaan negara yang ke-60, Dove ingin menyerlahkan kecantikan wanita Malaysia yang unik dan tersendiri dengan menjemput wanita-wanita di Malaysia untuk berkongsi kecantikan sebenar mereka dengan menggunakan hashtag #IamRealBeauty. Pencarian ini juga dianjurkan sempena sambutan Real Beauty Dove yang ke - 60, untuk memberi peluang kepada wanita Malaysia menjadi sebahagian daripada wajah-wajah yang akan dipaparkan dalam kempen Real Beauty Dove.


Jika Malaysia mempunyai sebuah gambar profil kemungkinan besar kita akan melihat mata yang besar, hidung dan mulut yang kecil, wajah yang cerah, dan rahang yang berbentuk v. Namun begitu, Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai rakyat yang berasal daripada pelbagai rumpun bangsa di Asia dan takrif kecantikan ini ternyata terlalu sempit dan tidak menggambarkan kepelbagaian yang menjadikan Malaysia begitu istimewa. Justeru, Dove ingin mengubah persepsi ini.

Sempena kemerdekaan tahun ini, Dove ingin mengingatkan wanita Malaysia bahawa tidak ada satu takrif kecantikan yang unggul dan universal sebaliknya terdapat banyak, dan wanita-wanita di Malaysia ingin anda berkongsi kecantikan sebenar dengan mereka. Kepelbagaian budaya dan etnik bangsa adalah kebanggaan negara ini. Oleh itu, wanita Malaysia sewajarnya yakin dengan memperagakan kecantikan masing-masing walaupun mereka mempunyai budaya yang berbeza. Seiring dengan ulang tahun Kemerdekaan Negara yang ke- 60, wanita Malaysia boleh kongsikan erti kecantikan sebenar bagi mereka, dengan memuat naik gambar di Instagram dengan hashtag #IamRealBeauty, untuk menonjolkan kecantikan wanita Malaysia tidak kira warna kulit, jenis rambut dan juga usia mereka.


Langkah-langkah menyertai #IamRealBeauty

Anda hanya perlu memuat naik gambar anda di Instagram dengan hashtag #IamRealBeauty dari 21hb Ogos hingga 1hb Oktober 2017 untuk merebut peluang untuk dipaparkan dalam kempen Real Beauty Dove yang akan datang, juga di laman sesawang Dove.com/my. Berikut ialah langkah-langkah mudah untuk menyertai:


  1. Muat naik gambar swafoto (selfie) atau gambar terbaik anda yang menyerlahkan kecantikan sebenar menurut pandangan anda
  2. Hashtag #IamRealBeauty
  3. Pastikan profil anda adalah untuk tatapan umum (public), agar kecantikan anda dapat diakses oleh pihak Dove
  4. Gambar-gambar yang dimuat naik menggunakan #IamRealBeauty akan dikumpulkan dan para wanita yang terpilih akan dipaparkan di Dove.com/my dan kempen pengiklanan Dove pada 2018.

Ikrar Real Beauty Dove
Usaha menampilkan wanita sebenar dalam kempen pengiklanannya adalah satu daripada janji yang membentuk Ikrar Real Beauty Dove yang diumumkan awal tahun ini. Ikrar Real Beauty Dove ialah komitmen kami bagi memaparkan kecantikan sebenar, yang merangkumi tiga janji kami untuk menghargai wanita di mana-mana sahaja; untuk tidak menggunakan model dalam kempen, untuk sentiasa memperagakan wanita seadanya dan untuk berusaha memberi keyakinan wanita dengan tubuh badan mereka. Itulah sebabnya kami ingin mengingatkan wanita Malaysia bahawa tidak hanya ada satu wajah kecantikan – malahan berjuta.


Ikrar Real Beauty Dove

Kami sentiasa memaparkan wanita sebenar, tidak pernah sesekali memaparkan model
Model mencerminkan satu pandangan sempit terhadap kecantikan. Dove percaya bahawa kecantikan adalah untuk semua orang dan dengan itu kami memaparkan wanita sebenar yang merangkumi pelbagai usia, saiz, etnik, serta warna, jenis dan gaya rambut sebenar.

  • Tiada model dalam kempen kami
  • Wanita sebenar diperkenalkan dengan nama mereka sendiri
  • Kempen kami mencerminkan kepelbagaian etnik dan kaum wanita di Malaysia


Kami memaparkan wanita sebagaimana mereka dalam kehidupan sebenar
Kami tidak pernah memaparkan gambar kecantikan “sempurna” yang tidak boleh dicapai, kecantikan tanpa cela yang dimanipulasi dengan menggunakan alat pengemasan

  • Tidak mengubah wajah wanita secara digital
  • Gambar – Gambar diluluskan oleh wanita yang kami paparkan


Kami membantu gadis membina keyakinan tubuh badan dan harga diri
Di seluruh dunia, 8 daripada 10 anak gadis memilih untuk menghentikan aktiviti kehidupan yang penting apabila mereka tidak puas hati dengan rupa mereka. Dove mempunyai misi untuk memastikan generasi yang akan datang merasai nikmat hubungan positif dengan rupa mereka – membantu anak-anak muda meningkatkan harga diri dan mencapai potensi penuh mereka. Selama lebih 10 tahun Projek Harga Diri Dove telah mendidik lebih 20 juta anak muda tentang keyakinan tubuh badan dan harga diri .Projek ini juga telah menjadi teladan yang baik dan merupakan salah satu projek terbesar dalam kedua - dua aspek ini. Kami bekerjasama dengan pakar imej badan terkenal di dunia dan juga universiti - universiti terkemuka dunia untuk membangunkan alat-alat pendidikan berdasarkan bukti dan validasi akademik. Kami akan mendidik 20 juta lagi anak muda di seluruh dunia tentang keyakinan tubuh badan dan harga diri menjelang tahun 2020.



xoxo,

You Might Also Like

1 comments

  1. Huaaa macam senang dan best je kalau join ni tapi malas pulak nak unprivate instagramm

    ReplyDelete

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page