Nubex Lancar Syiling Edisi Khas Sukan PARA ASEAN Kuala Lumpur 2017

Thursday, September 21, 2017


Nubex Sdn Bhd, empunya hak pengedaran cenderamata premium bagi acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 kali ke-29 yang lalu, hari ini tampil memperkenalkan koleksi syiling bi-logam khas Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 untuk peminat sukan serta pengumpul syiling. Hadir dalam rekabentuk bi-logam, syiling dirham khas Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 diperbuat dari perak tulen 99.9% dengan berat 5.950 gram menerusi jualan di platform atas talian www.nubex.my

Syiling dirham khas Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 menampilkan lakaran rasmi logo acara sukan berprestij ini menerusi 2 kepingan perak tulen yang boleh diceraikan dengan setiap satunya mempunyai berat 2.975 gram. Tambah menarik, kedua-dua kepingan boleh dijadikan koleksi berasingan yang bernilai untuk pelaburan. Syiling bersama nombor siri ini dikeluarkan terhad hanya 2000 keping dan dijual pada harga RM35.00 bermula jam 12 tengah hari, 19 September 2017.

“Berdasarkan sambutan untuk keluaran syiling khas sebelum ini termasuk syiling kemerdekaan yang habis terjual dalam masa kurang sejam, kami optimis keluaran syiling bersempena Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 akan turut menerima sambutan memberangsangkan,” menurut Bakhtiar Abd Majid, Ketua Pegawai Eksekutif Nubex Sdn Bhd.

“Nubex adalah pelopor pertama di dunia yang memperkenalkan dua kepingan dirham (perak) yang digabungkan dalam satu keluaran syiling demi menawarkan nilai estetika tersendiri untuk pengumpul syiling tempatan dan antarabangsa. Kami mahu menyemarakkan lagi semangat Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 menerusi keluaran syiling khas ini,” ujar Fayzi Omar, Ketua Pegawai Kreatif Nubex Sdn Bhd.

Nubex Sdn Bhd yang ditubuhkan sejak tahun 2009 sehingga kini adalah pelopor utama aktiviti pembuatan serta pengedaran logam bernilai emas, perak dan lain-lain secara sah di Malaysia. Nubex turut mengedarkan logam emas yang diimport dari luar negara untuk pasaran tempatan menerusi laman dagangnya.

Untuk maklumat lanjut berkenaan syiling dinar emas dan dirham perak lain, layari laman atas talian www.nubex.my. Ikuti laman sosial Nubex di Facebook dan Instagram menerusi akaun @nubex_my untuk jualan produk terkini dan perkembangan semasa.




xoxo,

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page