Nubex Lancar Syiling Perak Edisi Khas Zodiak Virgo

Tuesday, September 12, 2017


 Nubex Sdn Bhd, pengeluar dan pengedar sah untuk jongkong emas dan logam bernilai lain di Malaysia hari ini memperkenalkan pula syiling khas Virgo sebagai pelengkap kepada tawaran syiling khas Zodiak yang dilancarkan semenjak November tahun lalu. Dengan jumlah pengeluaran terhad 3000 keping sahaja, Nubex adalah pelopor kepada penghasilan syiling khas bertema di Malaysia dengan rekod jualan ke stok terakhir dalam purata masa kurang 30 minit untuk setiap keluaran menerusi laman dagang www.nubex.my

Koleksi syiling perak tulen Virgo tampil dengan berat 3.11g, berdiameter 25mm, berserta sijil dan kad perakuan sesuai disimpan sebagai koleksi unik mahupun sebagai cenderamata. Koleksi syiling yang menampilkan personaliti Virgo direka menerusi cetakan motif raksasa menzahirkan sisi lain keunikan individu berbintang ini. Syiling ini ditawarkan dengan harga apungan di antara RM17 – RM21 (tertakluk kepada pasaran harga perak harian) seunit.

“Purata masa jualan syiling bertema kami adalah 30minit sehingga stok terakhir. Kami optimis menghasilkan syiling edisi khas secara bulanan istimewa buat pengumpul syiling mahupun mereka yang mahu berjinak dalam simpanan perak dan emas,” menurut Bakhtiar Abd Majid, Ketua Pegawai Eksekutif Nubex Sdn Bhd. Sehingga kini, sebanyak 9 koleksi daripada siri Zodiak telah dikeluarkan oleh syarikat ini termasuk koleksi terbaru, Virgo.

Maklumat berkaitan mengenai siri khas koleksi syiling Zodiak turut boleh didapati menerusi laman mikro www.zodiacmonsters.com. Menariknya, pembeli boleh meletakkan nama beserta nombor rujukan khas syiling perak di laman ini untuk paparan atas talian selain kemudahan jualan semula di masa akan datang.

Untuk maklumat lanjut berkenaan koleksi lain syiling emas, perak, dinar, dan dirham, layari laman atas talian www.nubex.my. Ikuti laman sosial Nubex di Facebook dan Instagram menerusi akaun @nubex_my untuk jualan produk terkini dan perkembangan semasa.




xoxo,

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page