Review Tropika Mommy Spa | Aromatherapy Massage Cream & Belly Cream

Friday, September 01, 2017

Assalamualaikum. Wanita mengandung ni memang banyak kerenahnya. Lain wanita lain ragam dia. Ada takda masalah sepanjang mengandung, ada juga yang alah sampai lah bersalin. Alhamdulillah, Ayue takda lah banyak sangat ragam, cuma masalah otot tegang, letih, lesu dan banyak sangat angin yang ada dalam badan memang tak boleh nak dielakkan.

Ayue tak pasti wanita lain, tapi Ayue jenis yang angin penuh satu badan. Dari pagi sampai lah ke malam, memang sendawa saja kerjanya. Kadang-kadang bila kena pedih ulu hati tu, adoi lah, sakitnya bila sendawa. Sampai pening dan loya dibuatnya. Bukan masalah tak makan, dah makan pun masih ada angin lagi. Macam mana tu? Jadi Ayue anggap saja angin satu badan ni adalah pembawakan kehamilan Ayue. Hehe. Lain orang kan lain pembawakannya?


Baru-baru ni Ayue ada cuba Aromatherapy Massage Cream dan Belly Cream dari jenama Tropika. Ramai rasanya yang kenal dengan jenama ni terutamanya golongan ibu bapa sebab Tropika ni sangat terkenal dengan Baby Herbal Cream nya. Ayue sendiri pakai tau sebab krim tu sangat best, ringan dan tak melekit. Kakak ipar Ayue yang perkenalkan pada Ayue sebenarnya. Anak buah Ayue guna Baby Herbal Cream tu untuk legakan selsema, batuk dan kembung perut. Bukan saja bayi dan kanak-kanak yang sesuai dengan krim ni, Ayue yang dah tua bangka ni pun serasi tau.


Jadi Ayue pun cuba lah Aromatherapy Massage Cream dan Belly Cream dari Tropika ni sebab bahannya dari bahan semula jadi iaitu Minyak Kelapa Dara (Virgin Coconut Oil).



Tropika Mommy Spa | Aromatherapy Massage Cream | Harga RM49.90


Mommy Spa Aromatherapy Massage Cream ini diadun daripada minyak kelapa dara bersama Habbatus Sauda, Capsicum dan minyak kayu putih yang bertindak sebagai aromaterapi bagi membantu meredakan tekanan, ketegangan otot dan masalah kelesuan seterusnya menyegarkan lagi tubuh badan anda sepanjang tempoh hamil dan berpantang.



Memang sesuai sangat lah dengan Ayue sebab badan Ayue memang rasa letih, lesu, dan lenguh otot pun sepanjang mengandung ni. Bau dia pulak sedap, macam aromatherapy tu. Best je la bila sapu ke badan. Paling penting bila nak sapu krim-krim macam ni, Ayue sentiasa pastikan yang krim ni tak melekit. Yela, kita nak buat kerja, renyah, takkan nak kulit kita melekit kan?



Aromatherapy Massage Cream ni cepat meresap ke dalam kulit dan tak tinggalkan kesan melekit. Jadi Ayue selesa sangat bila pakai. Ayue suka sebab salah satu kebaikkannya, ia boleh kurangkan angin dalam badan. Haa, macam tau-tau je angin dalam badan Ayue ni banyakkan? Pening dan loya pun makin kurang. Bukan saja masa mengandung, malah lepas bersalin pun krim ni masih boleh digunakan untuk kegunaan semasa berpantang pula. 

Antara kebaikan Aromatherapy Massage Cream yang lain adalah:
  • Sesuai untuk dijadikan sebagai minyak urut bagi ibu hamil dan wanita dalam pantang
  • Menyegarkan tubuh badan ibu selepas bersalin
  • Membantu melancarkan peredaran darah
  • Membuang angin dalam badan
  • Menyingkirkan toksin di dalam tubuh badan
  • Membantu melegakan ketegangan otot
  • Meredakan tekanan
  • Membantu mengatasi masalah keletihan dan kelesuan tubuh badan
  • Membantu menyegarkan tubuh badan sepanjang hari
  • Bebas daripada bahan kimia yang membahayakan


Tropika Mommy Spa | Belly Cream | Harga RM49.90


Mommy Spa Antiseptic Belly Cream diformulasi menggunakan adunan minyak kelapa dara bersama minyak pati Jojoba dan Tea Tree yang berkesan untuk memelihara kelembapan dan kehalusan kulit anda di samping membantu mengurangkan kesan regangan serta masalah kegatalan, kulit kering dan bersisik.



Rasanya kesan regangan ataupun stretch marks memang menjadi masalah utama setiap ibu yang mengandung. Siapa yang tak risau kalau tiba-tiba badan dia penuh stretch marks? Bukan senang nak hilang tau. Ada yang bertahun nak hilangkan kesan stretch marks tu. 

Awal bulan 8 hari tu Ayue ada juga rasa gatal-gatal pada bahagian perut ni. Nak garu takut naik stretch marks pula, tapi memang dah naik pun. Sedih! Walaupun tak banyak, tapi bila dah ada, Ayue nak kena fikir macam mana nak hilangkan stretch marks ni. Boleh stress dibuatnya tau.Menyesal pula tak cari alternatif awal-awal untuk elakkan stretch marks. Ingatkan dah 8 bulan stretch marks tak naik, rupanya tak. Salah sendiri.



Bila Ayue cuba Tropika Mommy Spa Belly Cream ni, rasa gatal tu dah takda. Rasa sejuk dan best je dekat bahagian perut ni. Kulit pun makin lembut. Ada ibu yang risau nak sapu sebarang krim dekat perut sebab takut ada efek pada baby kan? Jangan lah risau sebab bahan-bahan Belly Cream ni dari Minyak Kelapa Dara dan bahan semula jadi yang lain. Sebab tu Ayue tak risau pun nak gunakannya pada perut.

So far stretch marks ni masih ada, yela perut masih memboyot. Makan masa nak hilangkan stretch marks tu. Yang penting kena konsisten bila gunakan sesuatu produk. Jangan pula ingat sapu hari ni, esok dah hilang. Haha. 

Antara kebaikan Belly Cream ni yang lain adalah:
  • Mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit
  • Meningkatkan ketegangan dan keanjalan kulit
  • Mengurangkan kesan regangan pada kulit perut
  • Meningkatkan penghasilan kolagen dalam lapisan kulit
  • Membantu mengatasi masalah kulit kering dan bersisik
  • Mengatasi masalah alahan, radang dan kegatalan
  • Melindungi tubuh badan daripada jangkitan bakteria dan kuman
  • Mencegah kerosakan kulit akibat sinaran UV
  • Mendingin dan menyegarkan lagi kulit anda
  • Bebas daripada bahan pengawet dan kimia yang boleh membahayakan kesihatan
  • Bertindak sebagai aromaterapi yang dapat menenangkan ibu bersalin

Ibu mengandung diluar sana yang ada masalah macam Ayue, boleh lah cuba Aromatherapy Massage Cream dan Belly Cream dari Tropika ni okey. Recommended!


Sedikit info tentang syarikat Tropika

Untuk pengetahuan anda, Tropika telah berada 7 tahun di pasaran. Ia diasaskan oleh perniagaan keluarga yang berminat tentang kesihatan semula jadi dan kesejahteraan dan aromaterapi. Dengan menggunakan sifat-sifat alam dan bahan-bahan sumber secara beretika, Tropika telah berjaya membangunkan pelbagai produk urut dan penjagaan kulit. Sasaran pasaran Tropika adalah ibu dan anak-anak mereka. Malah ada juga produk semulajadi untuk orang dewasa.

Tropika mempunyai syarikat pengedaran sendiri di UK (eksport untuk EU dan UK market) dan kini Tropika telah mengembangkan perniagaannya ke Timur Tengah (eksport). Bukan itu saja, Tropika juga akan mula menjelajah pasaran Jerman dan China tahun depan.

Tropika telah terlibat secara aktif dalam pameran antarabangsa di London dan Hong Kong sejak 2016 (Produk Semulajadi & Organik Eropah / Asia, Fest Malaysia, Pameran Bayi). Paling penting adalah Tropika telah diperakui oleh pihak berkuasa untuk tradisi GMP, ISO22000: 2005 termasuk HACCP dan GMP untuk pengeluaran makanan dan notifikasi EU. Wah, hebat sungguh. Nampak sangat produk keluaran Tropika ni bagus dan mendapat sambutan hingga ke luar negara. Baru-baru ni Tropika Baby Herbal Cream telah dicalonkan sebagai pemenang untuk Readers Choice Award 2017 tau.

Nanti Ayue akan cerita pula tentang produk bayi yang akan Ayue gunakan pada baby Ayue ya. Tak sabarnya nak tunggu si kecik ni keluar. Hehe. Doakan semuanya selamat ya. Amenn.



Untuk produk lain dan maklumat lanjut tentang Tropika, boleh layari:
Website : http://www.tropikabeauty.com.my
Facebook : https://business.facebook.com/TropikaHQ
Instagram : https://www.instagram.com/tropikahq



xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page