3 Resepi Milk booster Semulajadi untuk Tambah Susu Badan Ibu

02 November 2017

Assalamualaikum. Sepanjang berpantang ni, fokus Ayue memang perbanyakkan susu badan je sebab Ayue memang dah nekad nak susukan baby Ayue sampai umur dia 2 tahun kalau diizinkan. InsyaAllah. Tapi masalahnya susu Ayue tidak lah semeriah sesetengah ibu diluar sana sampai berbotol-botol dapat sekali pump.

Rezeki susu untuk baby Ayue cukup untuk dia saja. Syukur sebab masih ada.Cumakalau boleh Ayue nak usahakan sampai Ayue boleh buat stok susu (EBM) supaya senang kemudian hari. Maklum lah, Ayue kan banyak kerja luar. Jadi kalau ada stok EBM, mudahlah Ayue nak pastikan baby Ayue sentiasa ada bekalan susu.


Ayue memang suka cuba yang semulajadi dulu berbanding pelbagai produk yang ada dipasaran. Yela, nak natural ni lah lagi bagus kan. Tapi bergantung juga pada badan seseorang. Ada orang mudah saja cari milk booster nya. Ada juga yang susah. Tapi takpa, ni Ayue nak senaraikan resepi-resepi milk  booster semulajadi yang Ayue dah cuba okay?


Senarai Resepi Milk booster



Milk booster 1
  • Longan Kering - segenggam
  • Kurma Merah (red dates) - segenggam
  • Buah Goji - 2 sudu
  • Gula Batu - secukupnya
  • Air 1 periuk

Cara Masak
Cuci dan rebus semua bahan hingga kembang. Tunggu sehingga suam baru minum.




Untuk milk booster 1, rasanya sedap sangat. Macam air laichee kang gitu. Ada yang tak letak buah goji. Tapi Ayue suka letak. Hehe. Selalu Ayue buat untuk bekalan sehari saja. Air pun ikut suka Ayue nak letak banyak mana. Terpulang ok?



Milk booster 2
  • Longan Kering - segenggam
  • Kurma Merah (red dates) - segenggam
  • Buah Goji - 2 sudu
  • Buah Betik muda - Sebiji
  • Gula Batu - secukupnya
  • Air 1 periuk

Cara Masak
Potong betik. Cuci dan rebus semua bahan hingga kembang. Tunggu sehingga suam baru minum.



Susah juga nak dapat betik muda ni. Ayue lupa nak snap gambar, jadi Ayue ambil dari facebook saja. Pun sedap juga. Boleh makan betik muda tu lagi bagus.


Milk booster 3
  • Longan Kering - segenggam
  • Kurma Merah (red dates) - segenggam
  • Halba - 2 sudu
  • Gula Batu - secukupnya
  • Air 1 periuk

Cara Masak
Cuci dan rebus semua bahan hingga kembang. Tunggu sehingga suam baru minum.

Yang ni pula,halba akan ubah rasa air ni totally macam air halba saja. Ayue kurang gemar yang ni. Tapi ada orang serasi dengan halba sebagai milk booster, jadi mereka lebih prefer resepi yang ini.



Haa, ni lah dia milk booster yang Ayue dah cuba. Ada juga cuba yang lain seperti susu dengan kurma, lobak putih masak air. Tapi tu semua dah biasa kan. Saja Ayue nak senaraikan resepi milk booster ni dalam blog Ayue. Boleh jadi rujukan untuk anda dan Ayue bila dapat baby lagi nanti. Eh? Hehe.

Oh ya, yang paling serasi dengan Ayue adalah milk booster 1 berbanding yang lain. Anda boleh lah cuba semuanya dan cari mlikbooster anda sendiri ya? Selamat mencuba!






xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.