Resepi Mudah | Daging Masak Black Pepper

Wednesday, October 18, 2017

Asalamualaikum. Lama dah sebenarnya Ayue peram resepi mudah dan senang daging masak black pepper ni. Resepi paling cepat nak masak kalau tiba-tiba suami nak makan nasi tengah-tengah malam ke apa sebab bahan yang digunakan sikit je dan memang dah sedia ada dekat dapur tu ha. Tapi resepi yang simple ni lah yang buat suami Ayue makan sampai bertambah pinggan tau. Dia kan hantu daging.

Okey lah, tak nak bebel panjang, Ayue terus resepi nya ya?



Resepi Mudah Daging Masak Black Pepper

Bahan-bahan

  • Daging -200g (Hiris tidak terlalu tebal)
  • Bawang Merah - 2 biji
  • Bawang Putih - 2 ulas
  • Cili kering - 5 tangkai
  • Kicap Manis - 2 sudu
  • Sos TIram - 1 sudu
  • Lada hitam - secukup rasa


Cara Masak

  1. Rebus cili kering hingga lembut
  2. Blend bawang putih, bawang merah dan cili kering yang sudah di rebus
  3. Masukkan daging dalam kuali dan masak hingga keluar air daging nya
  4. Masukkan cili yang sudah diblend tadi dan masak seketika
  5. Masukkan kicap, sos tiram dan black pepper
  6. Siap




Portion yang Ayue masak ni cukup untuk 2 orang saja. Kalau anda masak untuk keluarga yang besar, gandakan saja resepi Ayue tu ya. Janji rasanya sedap.


Kalau air daging kering boleh tambah air ya, sampai sampai kering pula. Guna api perlahan pun takpa. Suami suka makan daging batang pinang. Jadi Ayue masak sekejap saja daging sudah lembut dan sedap untuk dimakan. Kalau daging bahagian lain mungkin kena lama sedikit masaknya. Jadi pastikan air daging tu tak kering ya.

Senang je kan. Resepi daging masak black pepper paling mudah dan senang. Ayue lupa nak snap gambar dah siap sebab dah lapar sangat. Hehe.Cuba lah okay?




xoxo,

post signature

You Might Also Like

2 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page