Resepi Mudah | Tomyam Merah Ala Thai Sedap

Saturday, October 28, 2017

Assalamualaikum. Ayue selalu tertanya-tanya, tomyam sedap pedas kaw-kaw dekat kedai dan restoran Thai tu macam mana lah agaknya mereka buat. Apa resepi yang mereka guna sebab memang sedap sungguh. Kalau tak takda lah penuh je kedai mereka tu kan? Lagi-lagi yang memang pure dari Thai tu, fuh, sampai susah nak dapat seat kadang-kadang.

Ayue pula memang suka nikmati makanan tu betul-betul dan kahi bahan apa yang digunakan dalam masakan tu. Lepas tu sambil makan bincang dengan suami baham-bahan tu. Haa, cara macam ni lah yang Ayue buat untuk tau sesuatu resepi tu.Kaji sampai lah dapat rasa yang Ayue nak tu.


Untuk resepi tomyam ala thai ni pula, Ayue tau yang mereka guna tomyam paste. Cuma Ayue tak tahu yang mana satu. Kebetulan hari tu masa nak bayar dekat kaunter, Ayue ternampak tomyam paste yang digunakan oleh tukang masak. Ayue pun apa lagi. Terus beli dan cuba lah.

Tomyam paste ni, kalau ikutkan memang dah lengkap dah.Takpayah nak campur apa-apa lagi. Tapi selera Ayue ni lain sikit. Ayue tambah bahan-bahan kering yang lain untuk naikkan lagi rasa sedaptomyam merah ni. Haa, tak payah bebel panjang lah. Joom tengok resepi tomyam merah Ayue ni ya.


Resepi Mudah Tomyam Merah Ala Thai Sedap

Bahan-bahan

  • 1 inch Lengkuas -dihiris
  • 1 batang Serai - diketuk
  • 4 biji cili padi - diketuk
  • 3 keping Daun Limau Purut
  • 1 tangkai Daun ketumbar
  • 3 suda Tomyam paste jenama Maepranom
  • 250g Seafood Sotong Udang
  • Air 3 cawan
  • 2 mangkuk Cendawan
  • Carrot
  • Sayur kubis bunga
  • Tomato


Cara Masak

  1. Masak air dalam periuk dan masukkan lengkuas, serai,cili padi, daun limau purut.
  2. Masukkan seafood/ayam/daging ikut selera anda banyak mana pun.
  3. Masukkan pula carrot,kubis bunga dan cendawan.
  4. Biarkan mendidih dan masukkan tomyam paste.
  5. Akhir sekali masukkan tomato.
  6. Siap




Kalau anda nak masukkan sayur-sayur lain pun boleh juga. Ikut selera anda okey. Portion Ayue masak ni untuk 2 orang saja. Kalau keluarga anda ramai, kena lah tambah portion nya ya. Resepi yang sama juga Ayue guna untuk masak daging atau ayam selain dari seafood. Serious sedap. Guna saja paste ni dan olah ikut citarasa kita. Ayue paling suka letak daun ketumbar last sekali untuk bagi wangi tomyam. Mak aih, sedap nya.

Oh ya,untuk tomyam yang creamy, anda tambahkan saja susu cair ya. Sukatannya Ayue agak-agak saja sampai sedap rasa tekak ni. Nak masak ni bak kata mak Ayue kena berani main campak-campak.Tak boleh ikut buku sangat. Hehe. Jadi masak ikut kata hati. Kalau anda rasa sedap, sedap lah tu. Jangan risau.

Selamat menjamu selera :)




xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page