Review | Youthtube Time Capsule Foundation

22 October 2017

Assalamualaikum. Kalau diikutkan sebenarnya Ayue ada beberapa jenis foundation yang Ayue suka dan semuanya memang Ayue pakai ikut kesesuaian dan acara tertentu. Kalau siang Ayue lebih suka foundation yang lightweight dan nampak natural. Manakala malam atau ketika photoshoot pula Ayue akan guna yang full coverage. Baru lah dapat tutup semua cacat cela yang ada di kulit muka ni.

Cuma kadang-kadang bila datang mood malas atau Ayue dalam keadaan nak cepat, tak sempat lah nak tepek macam-macam dekat muka ni. Mana tak nya, cuaca sekarang kan panas terik, kena lah pakai sunblock, moisturiser bagai supaya kulit kekal hydrate. Lepas tu baru dapat tepek foundation. Aduhai, banyak makan masa sungguh. Mana ada masa nak pakai semua tu kalau kita nak cepatkan?


Ni ha Ayue nak share dengan anda satu foundation yang all in one. Semua produk asas yang kita perlu tepek pada muka dah siap sedia ada dalam foundation ni. Jadi tak perlu lagi nak pakai banyak-banyak produk dah. Anda cuma perlu guna Youthtube Time Capsule Foundation, foundation yang sesuai untuk anda yang tak suka buang masa untuk bersiap.




Youthtube foundation ni merupakan serum foundation yang menggunakan formulasi terkini yang diimport khas dari France dan Switzerland dan diadun oleh ahli kimia yang berpengalaman memformulasikan kosmetik Dior untuk pasaran Asia. Maklum lah, kulit orang Asia ni kan cepat berpeluh dan cepat berminyak. Kalau boleh nak pakai foundation yang ringan texture nya, tidak melekit dan tidak berminyak. Kalau tidak belum sampai tengah hari lagi kulit muka dah penuh minyak. Betul tak?

Lagi-lagi yang jenis kulit macam Ayue ni. Kulit jenis kombinasi. Ada bahagian berminyak dan ada bahagian yang kering. Kena lah pakai foundation yang tahan lama dan tidak berminyak kan. Ayue dah cuba Youthtube foundation ni. Memang tidak berminyak untuk jangka masa yang lama dan sangat ringan texture nya. Sesuai untuk pelbagai jenis kulit dari yang normal hingga ke kombinasi dan untuk kegunaan harian.



Antara ciri-ciri dan manfaat lain yang ada pada Youthtube Time Capsule Foundation ni adalah:

Ciri-Ciri
  • Tekstur ringan 
  • Mudah diratakan pada seluruh wajah
  • Pantas meresap pada kulit 
  • Water-based 
  • Tidak melekit/berminyak 
  • Diuji secara klinikal 
  • Tahan lama - sehingga 8 jam 
  • Mudah dibersihkan 
  • Selamat digunakan - berdaftar dgn ‘national pharmaceutical regulatory agency (npra), ministry of health malaysia’ 

Manfaat
  • Melindungi sel-sel kulit dari sinar uv 
  • Melindungi kulit daripada unsur radikal bebas 
  • Merangsang pertumbuhan sel-sel kulit baru dengan pantas 
  • Melembapkan kulit 
  • Menganjalkan kulit 
  • Meremajakan kulit 
  • Mencerahkan kulit 
  • Menyama-ratakan tona kulit 
  • Memudarkan garis-garis halus & tanda-tanda penuaan 
  • Memudarkan parut/cela/jeragat pada wajah 
  • Mengecilkan liang-liang pori l menampilkan wajah yang berseri/’glowing’

                
Dalam Youthtube ni, selain dari foundation, ia juga ada serum, UV protection dan moisturiser, sebab tu lah banyak manfaatnya bila kita pakai foundation ni. Siap boleh melindungi kulit dari sinar UV dan melembapkan kulit lagi tau. Paling penting, Youthtube ni telah pun mendapat kelulusan KKM dan selamat digunakan. Anda boleh tengok NOT KKM yang dicetak pada bahagian bawah botolnya untuk kepastian.


Bercakap tentang botol. Kalau anda perasan, packaging Youthtube ni sangat menarik kan? Botolnya berbentuk crown. Nampak eksklusif gitu. Nak letak dekat meja solek pun nampak cantik je. Ayue suka sebab ia menggunakan sistem pump. Jadi lebih hygiene tiap kali anda pakai. Kalau anda nak lihat tarikh luput pula, boleh tengok dekat bahagian bawah botolnya juga. Selalunya tarikh luput adalah 2 tahun dari tarikh manufacturing nya.





Ayue suka bau Youthtube ni tau sebab bau dia wangi macam buah gitu. Takda bau pelik bahan kimia sangat. Dah la nak apply cuma perlu 3-5 minit saja, tak perlu anda nak beli macam-macam lagi produk berasingan sebab dalam ni dah ada 4 manfaat dah. Foundation, Serum, UV protection dan Moisturiser. Jimat duit okey. Harga pun mampu milik. Jauh lebih jimat berbanding produk antarabangsa tu ha.


Anda boleh tengok gambar before dan after Ayue pakai foundation ni. Ayue cuma pakai 1 pump saja untuk keseluruhan muka untuk efek lightweight macam ni. Boleh abaikan eyebag tu ya, maklumlah, orang baru ada baby ni kan, eyebag memang selambak. Hehe. Kalau anda nak full coverage pula, Ayue cadangkan anda guna 2-3 pump ya? Nak tanggalkan foundation ni pula mudah saja. Ayue hanya guna wet tissue.


Untuk anda yang nak tahu kandungan bahan-bahan yang digunakan oleh Youthtube ni, boleh tengok senarai dibawah ni ya.


Bahan utama :
  • SWISS MARINE COLLAGEN EXTRACT 
  • FRANCE ANTI-AGING 
  • STEM CELL 
  • VITAMIN C 
  • VITAMIN E 
  • SPF 35

Bahan sampingan yang lain
  • AQUA
  • CYCLOPENTASILOXANE
  • ETHYLHEXYL
  • METHOXYCINNAMATE
  • TITANIUM DIOXIDE
  • MALUS DOMESTICA FRUIT CELL CULTURE EXTRACT
  • CITRUS AURANTIUM DULCIS (ORANGE) CALLUS CULTURE EXTRACT
  • RHODODENDRON FERRUGINEUM LEAF CELL CULTURE EXTRACT
  • ASCORBIC ACID (VITAMIN C)
  • COLLAGEN
  • MICA
  • IRON OXIDES
  • PEG/PPG-18/18 DIMETHICONE
  • SODIUM CHLORIDE
  • TOCOPHERYL ACETATE
  • DISODIUM EDTA
  • FRAGRANCE



Info produk
Youthtube Time Capsule Foundation
Berat bersih : 15 ML / 0.5FL. OZ
Harga RM87.00


Kalau anda nak cuba foundation ni, boleh tengok instagram mereka untuk maklumat lanjut okay?
Instagram : @youthtubemy



xoxo,

post signature

Join the conversation!

  1. Packaging dia memang nampak menarik !

    ReplyDelete
  2. coemlnya kak ayue! mula mula baca ingatkan youtube. banyak jugak manfaat foundation ni.

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.