Senarai Daun Herba | Mandian Dalam Pantang dan Bertangas

Sunday, October 15, 2017

Assalamualaikum. Sepanjang dalam pantang ni, selain dari air mandian set post-natal Tanamera, Ayue ada juga menggunakan air daun herba untuk mandi dan bertangas. Maklum lah, berpantang di kampung dengan mak Ayue, moden macam mana pun kena juga ada cara tradisional yang kena Ayue ikutkan. Kalau tak kena bebel lah nanti. Tapi semuanya untuk kebaikkan, jadi Ayue ikutkan saja.

Okey, Ayue tak nak bebel panjang sangat sebab sambil menaip ni pun sambil pump susu untuk si kecil yang tengah tidur tu. Kejap lagi kalau dia bangun, terbantut segala idea nak menaip. Hehe.


Senarai Daun Herba Untuk Mandian Dalam Pantang dan Bertangas

  • Daun Sembong
  • Daun Inai
  • Daun Lamuni
  • Daun Lengkuas
  • Daun Lempoyang
  • Daun Tetulang
  • Daun Mengkudu
  • Daun Tanduk Rusa 
  • Daun Tanduk Rusa Putih
  • Daun Serai Wangi
  • Daun Bidara
  • Daun Sireh
  • Daun Pandan


Senarai Daun Herba Untuk Mandian Dalam Pantang dan Bertangas

Nampak tak berapa segar sebab Ayue ambil gambar lepas beberapa hari daun ni ada dekat rumah. Ayue tak kenal sangat pun daun-daun yang digunakan ni. Ini pun mak Ayue order dengan orang kampung . Seikat hanya RM5. Keliling rumah dia memang dah ada kesemua daun-daun ni. Bila ada orang nak, dia hanya petik dan hantar ke rumah. Bagus kan? Fresh lagi. Daun nya pun segar bugar.



Cara mak Ayue guna daun ni mudah saja. Mak Ayue rebus dalam periuk besar. Separuh air digunakan untuk Ayue mandi, dan separuh lagi untuk bertangas. Air rebusan ni memang warna merah sebab ada daun inai. Daun ni boleh pakai sampai 4 kali rebusan tau. Sampai warna dia pudar lah kiranya. Ni Ayue tunjuk contoh macam mana cara bertangas.

Sumber : https://goo.gl/yFni9i

Macam mana rasa lepas mandi dan bertangas guna daun herba ni? Seriously, segar gila. Sedap sangat rasa badan ni. Rasa ringan betul. Wangi je rasa badan dengan bau herba. Bila bertangas pula, habis menitik-nitik peluh keluar. Fuh, memang best sangat lah. Ringan je rasa badan ni tau.

So ni lah dia senarai daun herba yang Ayue guna sepanjang berpantang ni. Anda boleh la cuba juga kalau ada daun-daun ni ya. Selamat berpantang!



xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page