3 Sebab Utama Pigeon Newborn Pure Perlu untuk Bayi Anda

Tuesday, November 28, 2017

Assamualaikum. Being a mom, mesti lah semua benda nak yang terbaik untuk anaknya kan. Sama lah Ayue pun. Sebelum bergelar ibu lagi dah macam-macam research yang Ayue buat, baca fakta sana sini untuk lengkapkan diri dengan ilmu menjadi ibu bapa. Bukan setakat tu je, ada juga Ayue ambil kira petua dan nasihat dari mereka yang berpengalaman terutama tentang penjagaan kulit bayi dan penyusuan.


Sejak dari Ayue hadir ke pelancaran Pigeon Newborn Pure tahun lepas, memang Ayue dah teringin sangat nak pakai produk Newborn Pure ni sebab Ayue sendiri dah baca kelebihan rangkaian Pigeon Newborn Pure terhadap kulit bayi terutama yang baru lahir. Kulit bayi yang baru lahir sangat lembut dan lembap tetapi sangat nipis. Jadi mereka perlukan penjagaan yang rapi. Mana tidak nya, persekitaran berada di dalam rahim ibu dan diluar sangat berbeza, ada bayi yang kulit nya sampai mengalami masalah enzema. Kesian kan?



Sebab tu Ayue suka dengan set Pigeon Newborn Pure ni. Ia mengandungi dwi lapisan perlindungan iaitu Natulayer dan memberi keselesaan untuk kulit halus bayi yang baru lahir. Natulayer menawarkan dua lapisan perlindungan dan pelembapan yang baik kerana ia menyerupai Vernix, lapisan pelembap khas untuk kulit bayi yang baru lahir. Ia juga mengandungi Ceramide yang membantu mengekalkan kulit lembut, terhidrat dan terpelihara.

Ayue sangat tertarik dengan Natulayer yang ada dalam Newborn Pure ni. Produk lain takda ya. Hanya dalam Newborn Pure. Kalau anda perasan, kadang-kadang bayi yang baru lahir ada satu lapisan putih pada kulitnya. Haa, lapisan tu lah Vernix. Lapisan yang sangat penting untuk bayi.

Antara produk yang ada dalam rangkain Pigeon Newborn Pure ni adalah
  • Purifying Body Wash
  • Nourishing Shampoo
  • Moisturizing Lotion
  • Calming Oil
  • Protective Cream



Sebelum cuba apa-apa produk pada baby Ayue, memang Ayue akan study dulu kebaikan dia. Tiga benda yang buat Ayue tertarik pada Pigeon Newborn Pure ni adalah :
  1. Selamat kerana telah melalui kawalan kualiti yang ketat.
  2. Premium kualiti.
  3. Pilihan pertama ibu-ibu

Jenama Pigeon memang sangat terkenal dikalangan ibu bapa kerana telah lebih 40 tahun berpengalaman dan mempunyai kredibiliti dalam teknologi penjagaan kulit untuk bayi yang baru lahir. Menariknya produk Pigeon ini telah diuji oleh Dematollogically bagi memastikan penggunaan yang selamat pada semua jenis kulit. Ia bebas dari Paraben, formaldehid dan juga Alkohol yang membolehkan kegatalan pada kulit bayi.

Kan banyak produk bayi yang ada dipasaran sekarang. Murah memang lah murah, tapi tidak dijamin kualitinya. Kulit bayi sangat sensitif, jangan risiko kan bayi anda ok? Lebih baik anda beli produk yang dijamin kualitinya dan selamat digunakan. 

Bau Newborn Pure ni sangat lembut dan sesuai dengan bau bayi yang baru lahir. Bau bayi kan menenangkan? Best je bila cium bayi yang baru lahir kan. Macam baby Ayue ni. Tambah pula dengan bau dari Newborn Pure ni, lagi lah wangi berganda. Tak pernah puas cium dia tau. Dari wangi-wangi sampai comotlah Ayue kerja kan. Hehe.

Setiap hari Ayue akan mandikan Qaayed dengan body wash dan shampoo. Even rambut dia secoet pun, tetap shampoo juga mengalahkan rambut ibu dia yang lebat ni. Hehe. Bau body wash dengan shampoo ni, kalau tak pakai lotion pun bau dia tahan hingga petang tau. Punya syok bau.

Lepas mandi pula Ayue akan pakaikan lotion dan calming oil. Kalau ada ruam-ruam pula Ayue akan sapukan protective cream pada tempat ruam tu. Mudha je cara nak gunanya. Bila dah jadi rutin harian, sekejap je rasanya nak apply semua produk-produk ni pada baby anda. Cuma satu nasihat Ayue, setiap produk yang anda nak gunakan pada bayi anda pertama kali, sapukan sedikit dulu dan tengok kesannya selepas beberapa jam. Kalau tiada allergy atau radang, baru lah guna pada keseluruhan badan ya. Maklum lah, kulit bayi ni memang sensitif sangat. Tak salah ambil langkah berjaga-jaga kan.

Selain dari Newborn Pure, Pigeon juga ada beberapa produk lain yang menarik perhatian Ayue antara wet tissue, storage bottle, liquid cleanser dan macam-macam lagi. Liquid cleanser tu memang banyak Ayue beli sebab Ayue suka guna untuk basuh botol-botol dan breastpump part. Paling Ayue suka adalah botol pigeon.






Sebelum baby lahir lagi Ayue dah survey dan tanya ramai ibu-ibu tentang botol susu dan puting yang sesuai untuk newborn, Ramai sangat yang suggest suruh Ayue beli Pigeon with SofTouch Peristaltic PLUS Nipple bottle. Ayue pun beli lah dan memang terbukti, baby Ayue memang suka botol tu. Ayue ada juga cuba dua tiga jenis puting jenama lain, tapi baby Ayue tetap nak guna puting Pigeon.


Menariknya, pertama kali Ayue cuba masukkan ke dalam mulut dia, baby Ayue terus dah pandai hisap tau. Seolah-olah dia sedang hisap nipple ibunya. Bagus kan. Patut lah ramai sangat yang suggest suruh Ayue beli botol ni. Untuk anda yang tidak tahu, SofTouch Peristaltic PLUS Nipple bottle adalah 100% silikon, super lembut dan fleksibel untuk membolehkan pergerakan lidah bayi yang semula jadi dan licin. Tak percaya, cuba lah.

Sekarang ni Pigeon ada keluarkan Disney Softouch Nursing Bottle yang baru. Comel sangat okey. Siap ada gambar Mickey dan Minnie lagi. Available untuk botol 160ml dan 240ml. Ayue dah ada sebotol yang 160ml. Cantik sangat Ayue suka. Yela, botol Pigeon yang lain kan warna putih saja. Sesekali ada warna lain macam syok juga kan. Disney pula tu. Hehe.



Selain dari drinking bottle, rangkain Disney ni ada juga Mag Mag Straw Cup, dan Calming Soothers. Baby Ayue belum boleh guna straw cup, jadi Ayue cuma ada soother.


Kadang-kadang bila baby asyi menangis sampai Ayue tak boleh nak buat satu kerja pun, Ayue akan bagi soother ni pada dia untuk menenangkan. Memang sifat semulajadi bayi akan tenang bila dapat soother. Menariknya Pigeon Disney Claming Soothers ni, ia dibuat daripada silikon kelas paling lembut dan dibentuk untuk benar-benar sesuai dengan mulut bayi.

Antara ciri-ciri lain adalah:
  • Dibangunkan dengan kerjasama Pediatrik doktor gigi di Jepun
  • Berbentuk unik untuk mengurangkan kesan pada pertumbuhan gigi 
  • Diperbuat daripada silikon kelas paling lembut
  • Mempunyai menstabilkan psikologi dan kesan menenangkan pada bayi
  • Terdapat 3 saiz untuk disesuaikan dengan pembangunan umur bayi : S (0+ bulan), M (3+ bulan), L (6+ bulan).

Ada dua karakter yang ada boleh pilih iaitu Mickey dan Minnie. Ayue punya tentulah Mickey sebab baby Ayue boy. Comel kan? Anda kalau nak juga cepat-cepat pergi beli ok? 

Produk Pigeon boleh didapati di Parkson, Isetan, Lazada , Shopee and Motherhood.


Untuk maklumat lanjut tentang Pigeon, boleh layari:



xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page