9 Tempat Unik di Penang Wajib Pergi

Saturday, November 18, 2017

Assalamualaikum. Tiap kali balik ke kampung suami di Kedah, mesti Ayue akan lalu di Penang tapi kami jarang singgah sebab suami kata takda apa yang menarik pun Penang tu. Haish, takkan takda? Dia orang utara, mesti lah biasa dengan tempat pelancongan di Penang kan. Dah basi dah bagi dia, tapi pada Ayue mesti lah excited nak pergi tempat-tempat menarik tu. Lagi-lagi ramai kawan-kawan Ayue kata Penang merupakan tempat makan paling best dalam Malaysia ni. Rugi kalau tak cuba!

Jadi, untuk menarik perhatian suami Ayue, Ayue pun sediakan lah list tempat-tempat yang menarik di Penang yang masih ramai lagi tak tahu tentang betapa bestnya tempat-tempat ni. Tempat-tempat famous macam Penang Street Art, Pantai Batu Feringghi semua tu dah biasa kan? Dah tak thrill dah nak ajak suami Ayue ke sana. Kena bawa ke tempat yang lain daripada yang lain sikit, baru lah syok.

Okey, tak nak bebel panjang, jom tengok senarai travel to Penang wajib pergi yang Ayue dah sediakan ni.



9 Tempat Menarik di Penang Wajib Pergi

1. Penang Hill

Tempat wajib pergi kalau ke Penang. Dah pergi banyak kali pun, kena pergi juga sebab best! Anda yang sukakan aktiviti santai sambil melihat pemandangan cantik, boleh lah ke Penang Hill, Bukit Bendera ni dengan menaiki tren sampai ke puncak. Ada macam-macam aktiviti menarik yang boleh dibuat bila anda sudah sampai ke puncak Bukit Bendera.



Bukit Bendera adalah stesen bukit penjajah pertama yang dibangunkan di Semenanjung Malaysia. Terdiri daripada Western Hill, Bukit Laksamana, Tiger Hill, Flagstaff Hill dan Government Hill, ia terletak 6KM dari Georgetown. Terletak 821m di atas ibukota Pulau Pinang, ia biasanya kira-kira lima darjah lebih sejuk daripada Georgetown. Ia adalah hutan hujan tropika terakhir di Pulau Pinang. Flora dan fauna di sini telah dilindungi sejak 1960.

Masa Operasi: Setiap Hari: 06:30am – 11:00pm (Masuk Sebelum 10:30pm)


2. Kek Lok Si Temple

Kek Lok Si Temple juga dikenali sebagai Tokong Supreme Bliss, Kek Lok Si merupakan tokong Buddha terbesar di Asia Tenggara. Rumah untuk Pagoda 1000 Buddha yang menggabungkan gaya Thailand, Cina dan Burma dalam satu struktur. Ia merupakan sebuah tokong di Georgetown yang menjadi kunjungan pelancong untuk melihat keunikan tempat keagamaan orang Buddha. Tokong ini sangat tinggi dan di kemuncak pengunjung boleh melihat beberapa statu patung buddha dan pagoda.



Jika anda ingin melihat senibina kuno yang hebat, Kek Lok Si Temple antara tempat yang wajib anda pergi untuk dapatkan gambar panorama bangunan yang cantik. Orang photography mesti suka ni.


3. Cheong Fatt Tze Mansion

Bergantung sepenuhnya pada reka bentuk feng shui, mansion ini pada asalnya rumah seorang perindustrian China. Rumah yang dibina oleh saudagar Cheong Fatt Tze pada akhir abad ke-19 mempunyai 38 bilik, 5 halaman granit-berturap, 7 tangga & 220 vernakular kayu ram tingkap. Rumah agung ini merupakan yang terbaik dalam seni bina Cina abad ke-18 dan ke-19 yang mengambil masa lebih daripada 7 tahun untuk dibina.



Nila-biru dinding luar rumah agam ini menjadikan ia sebuah bangunan yang sangat berbeza di kawasan itu. Ia juga dikenali sebagai rumah agam biru, sebahagian rumah agam ini ditukar menjadi sebuah hotel butik mewah dan dianggap sebagai salah satu ikon Pulau Pinang.


4. Escape Adventureland

Anda yang sukakan aktiviti mencabar wajib pergi ke sini. Ia merupakan tamanyang khas untuk aktiviti zip-lining dan pelbagai aktiviti mencabar yang lain seperti terjun jatuh bebas dari platform melompat 20 meter tinggi, gelongsor tiub dan hayunan tali pokok.



Escape Adventureland tempat kegemaran penggemar setia aktiviti lasak yang ingin menguji tahap ketahanan mental dan fizikal. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan, sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa. Ayue kurang sikit aktiviti macam ni. Suami Ayue suka lah. Boleh ajak dia pergi sini, confirm dia nak punya!

Masa Operasi: Selasa – Ahad: 09:00am – 06:00pm


5. Made in Penang Interactive Museum

Haa, ni bukan macam muzium biasa yang anda pergi tu tau. Muzium yang tu bosan. Muzium yang ini best sebab anda boleh lihat karya seni yang kreatif dengan ciri-ciri imejan 3D. Ia merupakan muzium interactif 3D yang memaparkan mural dan photography untuk menarik minat tak kira golongan muda atau tua untuk bergambar dengan pelbagai kreativiti.



Mural-mural yang dihasilkan juga merupakan gaya hidup masyarakat yang terdapat di Penang seperti kehidupan jalanan, trradisi, makanan, tradisi, dan lain-lain lagi. Kalau bawa anak-anak mesti mereke seronok bergambar sana-sini.


6. Penang War Museum

Penang War Museum terletak di atas bukit Batu Maung iaitu kira-kira 20 minit dari kawasan bandar Georgetown. Ia telah di bina bagi memperingati kompleks pertahanan asal yang dibina oleh British sebelum Perang Dunia ke-2. Muzium ini lain daripada yang lain kerana anda dapat melihat kawasan kubu pertahanan perang British yang dibina semasa zaman penjelajahan dulu. Kubu ini lengkap dengan kemudahan terowong bawah tanah tentera dan aci pengudaraan, kubu peluru, pusat logistik, canon menembak teluk, kuarters, rumah masak dan rumah sakit perubatan tidur.



Kalau tadi anda dah pergi ke muzium yang penuh dengan kreativiti, apa kata kali ni anda pergi ke muzium yang penuh dengan sejarah pula. Yela, bila kita pergi bercuti terutama dengan anak-anak, bagus untuk bawa mereka ke tempat macam ni supaya mereka lebih mengenali sejarah tempat mereka.


7. Fort Cornwallis

Merupakan salah satu mercu tanda Penang yang sangat dikenali. Kota Cornwallis adalah kota lama berbentuk bintang 4 bucu yang terletak di timur laut Pulau Pinang. Ia didirikan pada tahun 1786, dan dinamakan sempena Gabenor Jeneral India masa itu, Charles Earl Cornwallis. Ia kini merupakan tumpuan pelancong utama di Georgetown dan memiliki kiosk informasi pelancong, sebuah kafe, dewan terbuka, galeri sejarah, pusat cenderamata serta jurupandu yang boleh membawa pelancong-pelancong melawati kawasan kubu sambil memberi penerangan tentang sejarahnya.



Kalau dulu masa belajar sejarah dapat tengok gambar je, sekarang boleh tengok sendiri bagaimana rupa Fort Cornwallis ni. Kalau nak jalan-jalan dengan suami sambil posing sana sini pun boleh juga. Banyak tempat menarik yang anda boleh ambil gambar untuk dijadikan kenangan.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 6.30pm)


8. Penang Khoo Khongsi

Penang Khoo Khongsi atau juga dikenali sebagai Leong San Tong Khoo Kongsi Clan House merupakan rumah klan Cina untuk individu dengan nama Khoo. Rumah klan ini bertindak sebagai representasi komitmen sosial dan rohani keluarga tertentu antara hubungan lanjutan, nenek moyang dan masyarakat luar.



Kuil yang terletak Cannon Street ini dibangun oleh para imigran dari desa Sin Kang, di Provinsi Hokkien, China. Anda yang ingin melihat sejarah klan Khoo Kongsi, boleh ke mini teater yang ada di situ.


9. Wat Chaiya Mangkalaram

Sebuah kuil Thailand yang dibina pada tahun 1845. Di Wat Chaiya Mangkalaram, terdapat patung Budha yang berbaring mengiiring sepanjang 33 meter dan dilapisi emas. Ia dikatakan sebagai yang ketiga terbesar seumpamanya di dunia. Bangunan utama merupakan altar untuk berdoa dan dipenuhi dengan benda - benda lainnya untuk ibadah. Tempat yang sesuai untuk dikunjungin jika anda mahu lihat ornamen-ornamen Thailand yang cantik dan unik.




Haa, ada di antara tempat-tempat ni yang anda dah kunjungi? Ayue hanya pernah ke Bukit Bendera je. Itu pun masa kecil. Memang wajib sangat dah ajak suami travel to Penang ni untuk pergi tempat-tempat menarik ni. Paling Ayue nak pergi Escape Adventureland tu. Macam seronok je nampak gayanya. Sesekali beraktiviti lasak apa salahnya kan? Baru lah fit.

Ikutkan hati, bukan saja tempat menarik di Penang tau, tapi Ayue nak sediakan list tempat makan best dan sedap di Penang sekali. Haa, baru lah lengkap. Maklumlah, kami ni kaki makan. Pantang jumpa tempat makan sedap, mesti nak terjah. Jadi sambil-sambil tu boleh lah terjah tempat makan best di Penang ni sekali kan. Alah, bukan selalu. Tapi entry ni macam dah panjang sangat pula, jadi Ayue sambung tempat makan best dan rare di Penang lain kali ok?

Dah banyak kali dah bercuti di Penang? Takpa, Malaysia ni kan besar, ada banyak lagi tempat-tempat menarik yang anda boleh pergi yang anda sendiri takkan percaya yang tempat macam tu ada di Malaysia ni. Haa, kena lah explore negara sendiri dulu baru nak explore negara orang kan? Jom tengok senarai tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di Malaysia di https://www.traveloka.com/en-my/infographic/malaysia/unseen-malaysia.



Till next entry, 

xoxo,

You Might Also Like

1 comments

  1. Wah seronok tu, Sofea mmg ada rancang nak ke penang soon.

    Tq share dear ��

    ReplyDelete

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page