Cassa Detik | Banglo Perkahwinan Dengan Suasana Hijau di Kuala Lumpur

Friday, November 03, 2017

Assalamualaikum. Bila anda merancang saja untuk berkahwin, salah satu perkara penting yang perlu anda ambil berat adalah tempat dimana berlangsungnya majlis perkahwinan anda tu. Seriously sangat penting. Trust me, been there, done that! Dan Ayue sangat-sangat tekankan pada bakal pengantin, pilihlah tempat yang sesuai untuk majlis anda. Bukan apa, untuk elakkan sebarang kejadian yang tak diingini. Kahwin sekali je, mesti lah nak perfect di mata kita kan?

Masa Ayue nak kahwin tahun lepas, setahun sebelum tarikh kahwin Ayue dah mula cari dewan, tapi malangnya dewan berhampiran rumah semuanya dah PENUH!. Bayangkan setahun sebelum tarikh kahwin pun dewan dah penuh, inikan pula yang cari lambat kan. Nak buat di rumah Ayue pula macam tak sesuai sebab kawasan rumah Ayue tu sempit jalannya. Tak selesa tetamu nanti.

Jadi Ayue cuba lah cari tempat yang luas dan besar supaya family dan tetamu-tetamu yang hadir pun selesa sepanjang di majlis Ayue. Kebetulan dalam taman Ayue tu ada homestay banglo, jadi Ayue sewa homestay tu dan jadikan tempat majlis perkahwinan Ayue atas persetujuan owner rumah. Memang sangat selesa dan cantik jadinya. Yela, Rumah banglo kan? Letak khemah keliling rumah pun cantik. Tetamu dan sedara mara yang datang juga selesa.

Tapi tu di Melaka. Untuk anda yang mencari banglo mewah untuk dijadikan tempat perkhawinan di Kuala Lumpur, Ayue ada tempat yang paling sesuai untuk anda pertimbangkan. Cassa Detik, Banglo perkahwinan dikelilingi suasana hijau No.1 di bandar Kuala Lumpur.




Sedikit info tentang Cassa Detik

CASSA DETIK merupakan SEBUAH BANGLO PERKAHWINAN yang menawarkan kemudahan terpencil dari hiruk pikuk kota dan juga menampilkan pemandangan hijau Kelab Golf Di Raja Selangor. Kedudukannya amat strategik iaitu hanya 2.0 km dari IKEA, My Town, Sunway Velocity, Bukit Bintang & KLCC.

CASSA DETIK memberi pilihan kepada warga kota yang inginkan majlis perkahwinan dalam suasana dikelilingi kehijauan taman tanpa bersusah payah ke destinasi yang jauh dengan keluasan halaman banglo perkahwinan seluas 20 000 kaki persegi.





CASSA DETIK menawarkan pakej perkahwinan premium dengan harga mampu milik. Kelebihan memilih Banglo Perkahwinan Cassa Detik :

SUASANA MAJLIS DI RANTAUAN
Majlis perkahwinan yang diadakan di Cassa Detik mampu mengembalikan suasana majlis kahwin tradisional apabila saudara-mara jauh dan dekat dapat berkumpul beramai-ramai sebelum majlis berlangsung. Pakej perkahwinan Cassa Detik lengkap dengan penginapan sehari sebelum berlangsungnya majlis. Ini memudahkan sanak saudara kerana tidak perlu mencari tempat menginap luar dari lokasi majlis. Suasana kemeriahan majlis kahwin tradisional dapat dikembalikan apabila berkumpul begini.


HARGA MAMPU MILIK
Daripada segi masa dan bajet kahwin pelanggan, berbanding majlis di dewan, pengurusan Cassa Detik memberikan lebih kelonggaran selepas majlis selesai untuk keluarga pengantin membungkus makanan dan merehatkan diri. Jadi bagi tetamu yang terlewat masih sempat berjumpa pengantin.

Sebutharga Cassa Detik boleh juga diubahsuai dengan bajet pengantin. Deposit untuk menempah tarikh majlis hanya sebanyak RM1 000.00 sahaja. Pengurusan memberi masa dan ruang untuk pengantin mengumpul bajet perkahwinan sehingga 3 bulan sebelum majlis untuk membuat pembayaran yang seterusnya.


RUANG YANG LUAS SELESA
Terdapat bilik persiapan pengantin, ruang solat, ruang rehat tetamu yang berhawa dingin sepenuhnya. Banglo perkahwinan Cassa Detik turut menyediakan penginapan 2 hari 1 malam jika menempah perkahwinan di sini. Ruangan ini sangat selesa bagi segenap lapisan umur atau mereka yang mempunyai anak kecil untuk menyusukan bayi.


PEMBEKAL BERPENGALAMAN
Semua pembekal yang bernaung di Banglo perkahwinan Cassa Detik mempunyai pengalaman hampir 20 tahun. Di samping itu, setiap tempahan pelanggan akan diuruskan oleh ‘perancang majlis’ merangkap ‘pengurus majlis’ pada hari perkahwinan supaya berjalan lancar.

Cassa Detik memberikan ilham terbaru masa kini dan nasihat yang terbaik utk bakal raja sehari. Pengurusan turut menyediakan penyelaras letak kereta secara percuma untuk mengawal lalulintas semasa majlis dijalankan. Setiap item yang disediakan oleh pengurusan akan dipastikan kualiti berada pada tahap yang terbaik.


PUSAT SEHENTI MAJLIS KAHWIN
Antara faktor utama pelanggan memilih untuk melangsungkan majlis perkahwinan di Cassa Detik dengan pakej lengkap adalah kerana kekangan masa komitmen kerja. Ada juga pelanggan yang tinggal di kawasan pangsapuri yang hanya mempunyai ruang terhad untuk melangsungkan perkahwinan di rumah sendiri. Pengurusan Cassa Detik memastikan pelanggan tidak perlu lagi berpenat lelah untuk menguruskan perkahwinan mereka.

Para pelanggan yang lalu juga menganggap harga pakej lengkap yang ditawarkan di Cassa Detik adalah pakej harga mampu milik dan paling berbaloi jika dibandingan dengan dewan kahwin atau di hotel. Pakej yang ditawarkan sangat menarik serta banyak item percuma yang diberikan. Oleh itu, memilih Cassa Detik adalah umpama ‘Pusat Sehenti Perkahwinan’ bagi pelanggan.









Cassa Detik juga menawarkan pakej untuk :
  • Majlis Akikah 
  • Majlis Hari Jadi
  • Majlis Rumah Terbuka Korporat
  • Majlis Pelancaran Korporat
  • Hari Keluarga
  • Majlis BBQ

Allahuakbar. Cantik betul setup canopy di banglo Cassa Detik ni. Berkenan betul Ayue dengan canopy transparent dengan lampu liplap tu. Tepi swimming pool pula. Nampak sangat eksklusif okey. Anda yang impikan perkahwinan eksklusif macam ni boleh lah ambil pakej yang ada ditawarkan oleh Cassa Detik ni. Sangat berpatutan dan berbaloi-baloi. Dah lah tempatnya strategik, terletak tengah-tengah bandar pula. Memang mudah lah tetamu nak datang.




Untuk pakej tahun depan, kalau anda nak dapatkan harga diskaun, anda kena book sebelum hujung tahun ya.

> Harga RM 29.90,1000 pax sebelum diskaun RM 34.90
> Harga RM 34.90, 1000 pax sebelum diskaun RM 39.90
> Harga RM 39.90, 1000 pax sebelum diskaun RM 44.90

Bermula dari RM29.90 per pax hingga RM39.90 per pax. Anda pilih lah pakej yang sesuai dengan kriteria yang anda mahu ya. Nak add-on ke apa semuanya boleh dibawa berbincang.



Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi :

Web : www.cassadetik.com
Fb : https://www.facebook.com/cassadetik/
IG : cassadetik
Contact Person : 017-6801336 or 012-3605416
Whatsapp : cassadetik.wasap.my / Infocassadetik.wasap.my



xoxo,

You Might Also Like

1 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page