Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF 2017

Thursday, November 16, 2017

Assalamualaikum. PPZ ni memang penuh dengan aktiviti. Ada saja aktiviti yang dibuat untuk menarik perhatian orang ramai. Hari tu Ayue baru saja hadir ke Majlis Penyampaian Hadiah Mencipta Logo Sahabat Zakat, kali ni pula untuk Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF 2017.


Pertandingan mencipta video ini telah bermula sejak 15 Ogos lalu sehingga 30 September baru-baru ini. Terbuka buat semua warganegara Malaysia berusia 18 tahun keatas, hanya perlu mencipta video kreatif menggunakan telefon pintar berdurasi 3 minit. Pemilihan pemenang berdasarkan jumlah Like & Share paling banyak.

Majlis dirasmikan sendiri oleh Yang Berusaha Tn. haji Mohd Rais Haji Alias, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP. Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video Jom Kreatif 2017 ini dihadiri dan dimeriahkan oleh barisan pengurusan PPZ-MAIWP, para pemenang, rakan media blogger dan tetamu undangan. 


Untuk pengetahuan anda, PPZ telah menerima sebanyak 50 penyertaan video untuk pertandingan kali ini. Dan hanyaa 12 orang yang terpilih sebagai pemenangdan diraikan pada hari tersebut.


Senarai pemenang Pertandingan Mencipta Video Jom Kreatif 2017

Tempat pertama RM2000 : Muhammad Hanif bin Ngarisan
Tempat kedua RM1500 : Syahidah binti Baharudin
Tempat ketiga RM1000 : Nurhidayah binti Atmin
Anugerah pilihan ramai RM1000 : Muhammad Hanif bin Ngarisan
Saguhati RM500 x 9 pemenang :
  • Nurmanisya binti Shah rudin
  • Muhammad Adam bin Ibrahim
  • Muhammad Fairullah bin Hamran
  • Mohd Amirul Ashraf bin Abdul Aziz
  • Bik Puteri Nur Anis bt Noor Azmi
  • Nabeel Fakrur Razy Bin Jufri
  • Anis Asyikin binti Alias
  • Muhammad Zuhaili bin Razali
  • Muhammad Norazi Nazreel bin Mohd Yazid


Tahniah kepada pemenang. Rugi betul rasanya Ayue tak join pertandingan ni. Asyik terlepas peluang je. Next time kena join ni. Mana lah tahu ada rezeki kan? Amenn.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari :

You Might Also Like

1 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page