Menang Perodua Axia dengan FPX & Win!

23 November 2017

Assalamualaikum. Semenjak dah jadi ibu ni, masa banyak dihabiskan di rumah dengan anak je. Belum pernah lagi Ayue keluar berdua dengan anak. Belum berani. Hehe. Jadi kalau nak beli apa-apa, semuanya kena tunggu suami. Suami pula hujung minggu baru cuti. Alahai, jenuh lah nak tunggu kan. Dah la hujung tahun ni banyak sale. Tapi takpa lah, Ayue lagi suka shopping online, mudah dan lagi berbaloi terutama bila website yang Ayue nak beli tu ada peraduan.

Sambil-sambil shopping, sambil berpeluang untuk menang hadiah. Kan best tu? Anda pernah dengar tentang FPX online Payment? Ayue pun baru tahu sebenarnya tentang FPX online Payment? ni. Jadi Ayue nak share dengan anda supaya anda mudah faham.

Dengan menggunakan FPX online payment, pengguna boleh membuat pembayaran menggunakan akaun semasa atau akaun simpanan masing-masing. FPX membolehkan pengguna membuat pembelian dengan mudah di retail website dan online stores mereka tanpa perlu mendaftar apa-apa.



Haa, bila anda shopping online, kaedah pembayaran yang anda bayar melalui bank secara online tu lah dia. Perasan tak? Jadi sempena dengan Lazada Online Revolution sale yang berlangsung daripada 11.11 dan akan berakhir 12.12 ni, FPX dan MOLPay ada buat contest FPX&Win! untuk anda yang menggunakan FPX sebagai cara pembayaran pembelian online di website Lazada mahupun apps Lazada. 

Nak tahu apa hadiahnya? Perodua Axia, iPhone 8 Plus dan beberapa lagi hadiah yang best gila. Anda hanya perlu hanya shopping di Lazada dengan pembelian minimum RM30 dan bayar menggunakan kaedah bayaran FPX dari 6 November hingga 3 Disember 2017. Ni yang buat Ayue suka shopping online di Lazada tau.

Cara-cara menyertai Kempen FPX & Win!
Hanya 4 langkah mudah untuk menyertai Kempen FPX & Win! ini.

1. Shopping di Lazada melalui website Lazada atau apps Lazada.
2. Pilih Online Banking (FPX) untuk pembayaran.
3. Ambil gambar FPX dalam cara yang paling kreatif & upload di Facebook/Instagram.
4. Nyatakan kenapa FPX adalah pilihan pembayaran anda (masukkan order number & #FPXMOLPayLazada)
5. Post anda mestilah public.


Mudah je kan? Kalau anda tak faham tentang pembayaran melalui FPX ni, meh Ayue share cara-cara pembayarannya ya?


Cara pembayaran di apps Lazada

  1. Add to cart
  2. Proceed to checkout
  3. Place your order
  4. Pilih Online Banking (FPX) dan pilihlah Online Banking anda. Bank yang menyertai program FPX pada masa ini adalah Bank Islam, CIMB Bank, Hong Leong Bank, Maybank, Public Bank dan RHB Bank.
  5. Buat pembayaran





Terma dan Syarat FPX & Win!

Untuk menyertai Daily prize & Weekend Special Campaign


  • MINIMUM RM30 mesti dibelanjakan semasa membeli-belah di www.lazada.com.my atau aplikasi Lazada menggunakan saluran Perbankan Dalam Talian (FPX) SAHAJA dalam tempoh kempen.
  • Peserta MESTI memuat naik foto kreatif mereka di Facebook / Instagram dan kapsyen mengapa FPX adalah pembayaran pilihan mereka
  • Peserta MESTI memasukkan nombor pesanan dalam kapsyen.
  • Peserta MESTI memuatkan pos mereka pada hari pembelian untuk layak menyertai peraduan ini. Mereka yang memuat naik lewat dari hari pembelian mereka tidak akan dilayan.
  • Peserta MESTI meletakkan hashtag #FPXMOLPayLazada dan pos pastikan akaun di set sebagai Public

Hanya sah untuk pembelian dari 6 November hingga 3 Disember 2017

Untuk maklumat lanjut mengenai terma dan syarat sila layari https://www.molpay.com/fpxmolpaylazada


Paling penting jangan lupa isi borang di https://www.molpay.com/fpxmolpaylazada/?registered=true dan jangan lupa sertakan resit sebagai bukti pembayaran. Kalau anda masih tak faham lagi tentang kempen ni, boleh tengok video dibawah ni ya.


Ayue sendiri dah join contest ni tau. Beli baju si kecik tu, haruslah gambar dia yang dipertaruhkan. Moga ada rezeki kami. Amennn.




Senarai hadiah kempen FPX & Win!

Grand Prize
1 Unit Perodua Axia



Weekend Special Prize
11 – 12 November 2017: Samsung Galaxy S8
18 – 19 November 2017: Lenovo Yoga 520
25 – 26 November 2017: iPad Pro 12.9 inches
2 – 3 December 2017: iPhone 7



Daily Prize
28 Units RM111 Lazada Shopping Voucher


Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari :
Website: https://www.molpay.com/fpxmolpaylazada/



xoxo,

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.