Majlis Pelancaran ALOESHAFY

20 December 2017

Assalamualaikum. Bila sebut saja Aloe Vera, hampir semua orang tahu tentang kebaikan tumbuhan ni. Especially wanita sebab Aloe Vera ni memang terkenal dengan khasiatnya yang mampu mencantikkan dan menyihatkan kulit serta merawat masalah seperti jerawat, parut dan luka kecil. Ayue sendiri menggunakan produk Aloe Vera untuk menyejuk dan menyegarkan kulit bila seharian berada diluar rumah. Syok je rasa bila muka rasa sejuk dan segar.

Pokok yang mak mertua Ayue panggil Lidah Buaya ni bukan saja untuk kegunaan luaran, malah untuk dalaman juga. Apa yang Ayue tahu, Aloe Vera ni mampu untuk mengurangkan simptom alahan dan masalah penghadaman tidak lancar. Sebab tu anda boleh jumpa minuman dipasaran yang mempunyai Aloe Vera didalamnya. Sedap tau. Anda pernah cuba? 



Baru-baru ni Ayue ada ke Majlis Pelancaran ALOESHAFY, produk buatan Malaysia yang berasaskan Aloe Vera keluaran PIJ Manufacturing Sdn Bhd. Aloe Vera dilabel sebagai "Miracle Plant/Tumbuhan Ajaib" kerana mempunyai pelbagai khasiat yang untuk luaran dan dalam manusia sejak beribu tahun dulu. Aloe Vera telah digunakan secara efektif dalam perubatan tradisional, produk kesihatan dan suplemen diet, produk penjagaan diri dan kosmetik, farmasuetikal serta dijadikan makanan dan minuman. Jadi PIJ Manufacturing Sdn Bhd telah mengambil peluang untuk menghasilkan produk ALOESHAFY.




Sedikit info tentang PIJ Manufacturing Sdn Bhd

PIJ Manufacturing Sdn Bhd (PIJ Manufacturing), anak syarikat milikan sepenuhnya PIJ Holdings Sdn Bhd telah melancarkan produk ekstrak Aloe Vera berjenama ALOESHAFY dan menjadikannya syarikat pertama di Malaysia yang mengeluarkan ekstrak Aloe Vera ke pasaran tempatan dan luar negara.

Sebuah lagi anak syarikat Kumpulan PIJ Holdings, PPA Bio Sdn Bhd, telah mengkomersialkan penanaman secara organik Aloe Vera Barbadensis Miller, yang merupakan spesies Aloe Vera terbaik dunia di ladang berstatus MyOrganic seluas 120 ekar yang terletak Bio Desaru iaitu Lembah Makanan Organik Bersepadu Johor. Operasi kilang dan pemasaran ekstrak Aloe Vera dengan kapasiti pengeluaran optimum sebanyak lapan tan sebulan terletak di POIC, Halal Park, Pasir Gudang, Johor.


Majlis Pelancaran ALOESHAFY

Semasa pelancaran produk ALOESHAFY di Shah Alam baru-baru ini, Pengarah PIJ Manufacturing Sdn Bhd, Puan Sharifah Suziana Syed Ali, memaklumkan bahawa kapasiti pengeluaran di ladang sedia ada mampu mengeluarkan 10 tan daun Aloe Vera segar sebulan bersamaan dengan 120 tan setahun. Manakala untuk ekstrak Aloe Vera, PIJ Manufacturing menjangka mengeluarkan 3 tan ekstrak Aloe VEra sebulan dan bakal meningkat sekali ganda dalam tempoh 2 tahun.




Puan Sharifah Suziana Syed Ali turut memberitahu bahawa Dr. Lee Ting Hun sebagai Ketua Penyelidik, lnstitut Pembangunan Bioproduk (IBD), UTM yang merealisasikan usaha tersebut. IBD telah memulakan penyelidikan mengenai Analisis Kualitatif Aloe Vera merangkumi skop kerja testimonial produk dan ulasan untuk:

  1. Mengenalpasti kebaikan dan keberkesanan saintifik Aloe Vera 
  2. Mengenalpasti dan menentukan komponen bioaktif Aloe Vera 
  3. Mengenalpasti komponen bioaktif baru Aloe Vera
  4. Peningkatan formula sedia ada
  5. Formulasi rumusan baru atau formula terkini



Produk ALOESHAFY

ALOEHAFY telah memperkenalkan 3 produk baru mereka iaitu:


JUS ALOE VERA yang memberi manfaat diantaranya untuk :
  • Anti oksidan
  • Detoks
  • Anti-radang
  • Meningkatkan proses penyembuhan
  • Menggalakkan tahap tenaga yang sihat

Aturan pemakanan :
30ml sebelum sarapan pagi dan makan malam. Goncang sebelum minum. Simpan pada suhu bilik. Untuk kekal segar, selepas buka, simpan pada suhu dingin.

Buat masa sekarang ni, Ayue sedang menyusu baby Ayue, jadi Ayue tak dapat nak rasa macam mana rasa Jus Aloe Vera ni kerana jus ni tak sesuai untuk wanita mengandung dan menyusu bayi serta kanak-kanak berumur 12 bulan ke bawah. Tapi Ayue dah pun tanya pada rakan-rakan yang dah rasa jus ni masa pelancaran hari tu. Meraka kata sedap takda rasa pelik pun. Yang penting khasiatnya bukan?


Manakala untuk siri produk kecantikan kulit pula, ALOESHAFY mempunyai :

ALOE BODY GEL 

Gel badan yang sesuai untuk semua jenis kulit. la dapat membantu melembap, meremajakan kulit malahan boleh digunakan untuk penjagaan kulit kepala dan rambut.


Cara penggunaan :
Guna secukupnya pada kulit dan biarkan ia menyerap secara semulajadi. Boleh juga digunakan sebagai penjagaan rambut dan kulit kepala. Guna sehari 2 kali, pagi dan malam. Berhenti penggunaan jika mempunyai radang kulit.

Lepas sapu pada kulit memang rasa segar betul. Especially kalau sapu lepas mandi. Cuma masa mula-mula sapu gel ni akan rasa sedikit melekit dan ambil sedikit masa untuk kulit terasa lembut. Tapi bau dia best! Ayue suka sapu masa malam sebelum tidur. Bangun pagi tu kulit rasa lembut gebu je.


BEAUTY SET
Set Penjagaan Wajah yang terdiri daripada Pencuci Muka, Penyembur Muka dan Gel Pelembap Muka. Amat sesuai digunakan untuk membersih, menyegar, melembap dan menghidrat kulit muka.


Cara penggunaan Beauty Cleanser:
Apply Beauty Cleanser pada kulit muka yang basah dan urut perlahan-lahan untuk menghasilkan buih. Bilas hingga bersih. Elakkan dari terkena pada mata.

Cara penggunaan Youth Essence :
Selepas cuci muka, spray Youth Essence pada muka dan biarkan ia menyerap secara semulajadi. Spary 2 kali sehari, pagi dan malam.

Cara penggunaan Aloe Plus Soothing Gel :
Guna 2 kali sehari, selepas cuci muka dan menyegar (toning). Elakkan dari terkena pada mata.


Beauty Set ni pula Ayue baru guna beberapa hari. Ayue paling suka Youth Essence tu sebab ia dapat melembapkan kulit bila Ayue rasa kulit Ayue ni kering. Spray je terus rasa segar. Lepas tu Ayue guna sebagai makeup setting spray juga. Lepas makeup spray Youth Essence ni, memang rasa lembap je muka. Anda cuba lah try nanti ok.


Agen Dropshipper

Untuk anda yang baru memulakan perniagaan, usahawan kecil dan beroperasi dari rumah, anda boleh mula dengan ALOESHAFY kerana mereka menggunakan agen dropshipper sebagai kaedah pemasaran. Anda hanya perlu aktif platform media sosial yang kini terbukti lebih cepat, mudah dan kos efektif di dalam menarik pelanggan tanpa perlu menyimpan stok atau menghantar produk kepada pelanggan. PIJ Manufacturing juga menyediakan pelan insentif menarik kepada agen dropshippers mereka dengan harga produk yang berpatutan tanpa kompromi kepada kualiti. Bagus kan?

Pada Ayue, produk ALOESHAFY sangat berkualiti dan harga berpatutan. PIJ Manufacturing mengutamakan polisi keselamatan makanan dan kualiti produk, jadi anda tak perlu risau. Malah mereka juga memenuhi akreditasi yang sepatutnya untuk industri ini, seperti ISO 22000:2005; HACCP; GMP dan yang paling penting, produk ALOESHAFY ni HALAL.







xoxo,

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.