Dapatkan analisa kaki yang sakit di Sunfeet International, Pakar Orthotic & Prosthetic

Tuesday, January 23, 2018

Assalamualaikum. Orthotic & Prosthetic. Anda biasa dengar? Ayue cuma pernah dengar tentang Orthotic saja, itu pun tak berapa pasti apa sebenarnya Orthotic tu sampai lah Ayue sendiri pergi ke Sunfeet International Rehab Centre untuk cek masalah kaki Ayue yang selalu sakit ni.



Untuk pengetahuan anda, Orthotic & Prosthetic adalah:
  • An orthotist designs, fabricates, and fits custom-made orthopedic braces, or "orthoses," and fits pre-fabricated devices, and provides related patient care.
  • A prosthetist designs, fabricates, and fits custom-made artificial limbs, or "prostheses," and provides related patient care.

Maksudnya Pakar Orthotic mempunyai kepakaran dalam menyediakan pendakap ortopedik yang dibuat khas, serta menyediakan peranti pra-fabrik yang mengikut kesesuaian dan saiz anggota badan manakala Pakar Prosthetic pula lebih kepada kepakaran menyediakan anggota badan palsu dan juga menyediakan keperluan yang berkenaan.

Baru lah Ayue faham apa dia Orthotic & Prosthetic ni. Maklum lah, tak belajar medic kan. Membaca pun malas, ini lah jadinya. Hehe. Jadi sekarang dah tahu, boleh lah Ayue cari penyelesaian untuk masalah sakit kaki Ayue ni.

Orang terdekat dengan Ayue semua dah tahu yang Ayue memang ada masalah sakit kaki yang agak kronik. Itu pada menilaian Ayue lah sebab sakitnya bukan sikit-sikit sampai kadang kala Ayue terpaksa jalan terhincut-hincut. Terutama kalau Ayue nak berjalan selepas bangun dan duduk yang lama. Memang kaki Ayue akan sakit untuk dipijak. Bukan sebelah ya, tapi kedua-dua belah. Seksanya jangan cakap lah. Itu belum kira nak berjalan dalam mall ke apa, kejap-kejap kena rehat. Nasib lah suami dah memahami keadaan kaki Ayue ni.

Sebab tu tiap kali balik kampung, Ayue akan minta mak Ayue urut kaki ni untuk redha kan sedikit sakit tu. Alhamdulillah redha sikit, tapi sekejap je lah. Selang beberapa hari dah sakit semula. Faktor utama adalah sebab Ayue pernah injurt dulu dan tak buat pemeriksaan lanjut. Kedua-dua belah kaki Ayue ni pernah terseliuh yang agak teruk dan silap Ayue tak pergi buat rawatan susulan. Dan yang membuatkan kaki Ayue bertambah sakit adalah berat badan berlebihan. Kaki yang cenonet ni nak kena tampung berat yang melebihi sepatutnya. Memang sakit lah kan. Sebab itu lah sakit kaki Ayue ni sakit berterusan. Seksanya bila nikmat yang Allah beri ni tak dijaga dengan betul. 





Masa di Sunfeet, Ayue ada buat foot analysis untuk tahu keadaan kaki Ayue ni. Baru Ayue tahu yang Ayue ada masalah kaki yang sedikit FLAT atau LOW Arch. Walaupun Arch (lengkuang pada tapak kaki) pada kedua-dua belah kaki Ayue ni seimbang, tapi Flat atau Low Arch ni yang membuatkan Ayue mengalami sakit seperti sakit tumit, sakit pada bahagian tulang punggung dan sakit lutut. Saiz kaki Ayue juga berbeza. Sebelah kiri 42cm manakala sebelah kakan 43cm.







Untuk menyelesaikan masalah sakit kaki Ayue, di Sunfeet ada jual kasut yang sesuai dengan kaki Ayue supaya Ayue dapat postur berjalan yang betul untuk kurangkan sakit kaki. Ada macam-macam jenis sakit kaki yang ada, jadi sebelum membeli pastikan anda dapatkan nasihat daripada pakar di Sunfeet dulu ya.









Di Sunfeet, mereka bukan saja menyediakan khidmat nasihat berkait Orthotic dan Prosthetic, malah mereka juga menyediakan khidmat occupational therapy, pusat rehabilitasi sukan, podiatry, pedorthics dan fisioterapi.




Untuk anda yang nak buat foot analysis seperti yang Ayue buat, anda boleh ke Sunfeet Open Day akan dijalankan pada 27 Januari 2018 di outlet pertama mereka di Petaling Jaya. Anda boleh waze SUNFEET INTERNATIONAL SDN BHD untuk sampai ke sini.


Antara aktiviti yang ada ialah pertandingan mewarna untuk kanak-kanak , pelbagai promosi sehingga 15% untuk produk yang terpilih dan paling penting, public talk daripada Dato Dr Edmund Lee, Orthotic Specialist. Bukan itu saja, untuk 50 orang pelanggan terawal yang datang pada hari tersebut, akan menerima voucher bernilai RM500.

Sempena Tahun Baru Cina yang akan tiba, Sunfeet International juga menawarkan promosi yang sangat ekslusif dengan tema "Happy and Healthy Feet for Your Loved Ones" yang valid sampai 28 Februari 2018. Ianya didatangkan dalam gift box set dan sangat sesuai untuk dibawa sebagai hadiah kepada mereka yang tersayang!


Untuk maklumat lanjut, anda boleh walk-in ke Sunfeet International setiap hari daripada pukul 10am - 7pm, atau boleh hubungi 013-528 3939. Atau boleh juga layari :

Facebook : https://www.facebook.com/pg/sunfeetinternational/
Instagram : https://www.instagram.com/sunfeet_rehab_center/



xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page