Fungsi dan Kepentingan lindungi "Trademark" Perniagaan anda dengan MYIPO

22 January 2018

Assalamualaikum. Dalam sesuatu perusahaan atau perniagaan, TRADEMARK adalah penting kerana ia merupakan salah satu faktor utama pembeli membeli barangan mereka. Ada orang hanya membeli dengan cap-cap tertentu kerana yakin akan barang-barang atau perkhidmatan yang dijamin kualitinya. Hebat bukan? Masalahnya, ramai yang tahu tentang MyIPO seperti yang Ayue ceritakan dalam entry Ayue yang lepas, tapi mereka tak tahu tentang servis-servis yang ditawarkan. Takpa, biar Ayue jelaskan pada anda.

Baca : http://www.ayueidris.com/2017/12/lindungi-harta-intelek-anda-di-perbadanan-harta-intelek-malaysia-myipo.html


Trademark merupakan tanda yang digunakan pada barangan atau perkhidmatan yang terdiri daripada perkataan, logo, gambar, nama, huruf, nombor atau kombinasi daripada unsur-unsur tersebut. Antara fungsi-fungsi bagi Trademark seperti :
  • Fungsi Asal – Trademark ialah ia dapat menunjukkan sumber yang bertanggungjawab mengeluar atau menjual sesuatu barangan atau perkhidmatan.
  • Fungsi Pemilihan – Trademark memudah dan mempercepatkan pengguna membuat pilihan semasa membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan.
  • Fungsi Kualiti – Pengguna memilih Trademark tertentu kerana berkeyakinan barang barang atau perkhidmatan berkenaan terjamin kualitinya.
  • Fungsi Pemasaran – Peranan Trademark selaku alat pengiklanan sangat berkesan. Menjadi kebiasaan pengguna membeli sesuatu keluaran kerana terpengaruh dengan iklan yang berterusan.
  • Fungsi Ekonomi – Trademark yang telah ‘established’ di pasaran menjadi aset yang sangat bernilai. Trademark tersebut boleh dilesenkan atau di ‘franchise’kan.

Kepentingan Pendaftaran Cap Dagangan

Keistimewaan pendaftaran harta intelektual didalam cap dagangan adalah melalui penggunaan dalam urusan perniagaan dan disediakan untuk:

Hak Eksklusif – Pemilik cap dagangan berdaftar mendapat hak ekslusif untuk menggunakan cap dagangan berkenaan dalam urusan/perjalanan perdagangan. Pemilik cap dagangan juga berhak mengambil tindakan undang-undang ke atas sesiapa yang mungkin menggunakannya tanpa kebenaran.

Bukti sah undang-undang – Sijil pendaftaran yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar menjadi bukti sebagai pemilik yang sah ke atas sesuatu cap dagangan. Bukti ini diterima di mahkamah dan juga pihak penguatkuasaan. Ia juga merupakan dokumen penting untuk membuktikan ‘kesahan’ hak milik cap dagangan dalam urusan pengeksportan barangan ke luar negeri.


Nampak tak betapa pentingnya Trademark ni? Bukan Trademark saja-saja ya. Macam Ayue sendiri, Ayue dan sumai agak mementingkan Trademark terutama bab barang dapur. Contohnya macam nak beli sos cili, Ayue hanya akan beli sos jenama Kimball sebab sedap untuk dibuat cicah dan letak dalam masakan. Tapi suami Ayue pula sukakan jenama heinz. Untuk masak lauk dia Ayue akan guna sos tu. Kalau guna sos lain dia akan tahu tau.

Sama juga dengan barangan lain seperti ubat gigi, syampu, serbuk teh, beras dan macam-macam lagi lah. Untuk kegunaan harian pun dah pentingkan sesuatu Trademark, ini kan pula barangan lain yang agak mahal seperti kasut, jam dan sebagai. Mesti lagi nampak kepentingan Trademark ni pada pembeli. Jadi bila anda daftarkan Trademark anda, takda lah orang lain sewenang-wenangkan tiru dan gunakan tanpa segan silu.

Pendaftaran Trademark adalah sah selama sepuluh (10) tahun dari tarikh pendaftaran dan perlu diperbaharui setiap 10 tahun. Untuk maklumat lanjut tentang Trademark, boleh layari :
Website : www.myipo.gov.my
Facebook : www.facebook.com/Ipmalaysia
Instagram : www.instagram.com/myipo
Twitter : www.twitter.com/myipo



xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.