The Wedding Heritage Tawar Pakej Lengkap Kahwin 2018/2019

Thursday, January 11, 2018

Assalamualaikum. Masa viral kes "Ditipu Wedding Planner" hari tu, allahuakbar, terus Ayue teringat kes masa Ayue nak kahwin tahun lepas. Ayue rasa Ayue hampir-hampir jadi macam mangsa-mangsa penipuan tu kot. Syukur sangat Ayue dan suami cepat sedar dan tarik diri dari Wedding Planner tu. Cuma tu lah, deposit kami RM500 lesap begitu saja.

Sedih? Memanglah! RM500 untuk bakal pengantin nilainya sangat besar tau. RM500 tu boleh tempah macam-macam okey. Tapi nak buat macam mana, dah bukan rezeki kami. Lebih baik rugi RM500 dari menanggung malu akibat ditipu wedding planner masa hari pernikahan tu nanti ye tak?

Kesian pula Ayue baca bila pengantin mengadu katering tidak hadir pada hari perkahwinan sedangkan orang dah ramai sampai. Keluarga pula yang kena bertungkus lumus masak apa yang ada untuk tetamu yang hadir. Dah lah dah keluar duit bayar katering, kena keluar duit beli barang untuk masak mengejut pula. Aduhai. Lagi kesian bila memikirkan keluarga pengantin yang kena menanggung rugi dan malu akibat perbuatan tidak bertanggung jawab wedding planner tu. Orang akan ingat sampai bila-bila tau. Silap-sialp sampai ke anak cucu. Ayue sangat simpati pada mangsa penipuan macam ni.


Baru-baru ni Ayue ada ternampak siaran langsung temubual di TV Alhijrah tentang kes ditipu wedding planner ni.


Memang betul lah kata Top wedding planner "The Wedding Heritage", bakal pengantin kena lah berfikir secara realistik. Takkan lah bayar RM5,000, tapi dapat full pakej siap makan untuk 1000 orang, pelamin, dan khemah bagai. Tak masuk akal kan. Sendiri boleh kira dan bandingkan. Dengan keadaan ekonomi kita sekarang, sangat mustahil untuk dapat harga macam tu untuk kenduri perkahwinan.

Macam kes Ayue pula, masa booking bukan main lagi kata itu boleh, ini boleh semua pakej lengkap termasuk baju BARU. Fuh, hati siapa yang tak cair kan? Dapat baju baru ikut design kita pula, memang Ayue terus book lah. Syukur masa tu tergerak nak bayar booking separuh je. Kalau bayar full RM1000, mahu keluar air mata darah dibuatnya. Yela, bila tiba masa nak bincang tentang warna kenduri dan design baju, itu tak boleh, ini tak boleh pula. Warna yang Ayue nak untuk majlis Ayue takda dalam koleksi dia. Aik? Hari tu kata semua warna ada?

Hati dah tawar masa tu. Warna tema majlis perkahwinan kan memainkan peranan penting untuk setiap majlis. Bila tak dapat apa yang Ayue inginkan, baju baru juga tak nampak bayang, jadi Ayue dan bakal suami (masa tu) buat keputusan untuk batalkan wedding planner tu. Bila teringat wedding planner tu cakap katering dia mampu buat 20 majlis dalam masa 1 hari, lagi lah kuat hati ni nak batalkan semuanya. Ayue tak nak majlis Ayue jadi carca merba nanti. Betul tak?

Ayue tertarik dengan interview tentang Banglo Kahwin atau "Bungalow Wedding" yang Ayue tengok di TV Alhijrah tu. Ayue goggle lah, apa lagi. Terus jumpa Facebook dan Instagram katering yang menawarkan servis macam tu. The Wedding Heritage.

Facebook : The Wedding Heritage Bungalow
Instagram : theweddingheritage_official
Website : www.theweddingheritage.com



The Wedding Heritage menawarkan pakej lengkap kahwin yang sangat berbaloi-baloi. Ayue tahun lepas pun kahwin dekat banglo tau, tapi dekat Melaka lah. Serious memang berbaloi. Sangat selesa untuk seisi keluarga.

Pakej lengkap kahwin 2018 / 2019 ni boleh juga dibuat di rumah sendiri ataupun di dewan. Terpulang pada anda. Kalau Ayue, Ayue lebih suka buat di banglo, tak kacau nak kemas rumah lepas habis kenduri nanti kan. The Wedding Heritage menawarkan 3 cawangan banglo kahwin di Ampang, Kota Damansara, dan Putrajaya. Kesemuanya dekat dengan bandar dan atrraction. Takda lah keluarga dari jauh bosan kalau nak keluar jalan-jalan nanti. Kan senang? Wedding venue di banglo, di tambah pula pakej lengkap yang terbaik di KL dan Selangor ni.

Bila Ayue tengok hasil gambar photographer official mereka, terus jatuh cinta! Sangat cantik, setanding dengan photographer international tau. Paling best siap dapat FREE album & unlimited photo pendrive sekali. Best kan?






Fuh, banyak juga item yang ditawarkan oleh The Wedding Heritage ni. Kalau tak percaya, cuba tengok pakej lengkap kahwin yang ditawarkan di bawah ni.




Banyak kan? Berkenan tak? Jangan risau, kalau pakej yang ditawarkan diatas tidak menepati kemahuan anda dan pasangan, atau kalau anda ada bajet tertentu anda boleh request dekat mereka untuk custom quotation. Takda masalah. Jimat! Yang penting anda puas hati dengan majlis perkahwinan yang diimpikan.

Bukan itu saja. Banglo The Wedding Heritage juga lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti bilik persalinan untuk pengantin, bilik rehat untuk keluarga dan kenalan, ruang solat dan tandas yang bersih dan selesa, kawasan parking kereta yang luas dan akses trafik yang mudah dengan pemantauan RELA, juadah makanan yang lazat dan macam-macam lagi.

Dari apa yang Ayue perhatikan, team The Wedding Heritage ni sangat membantu dan mempunyai kredibiliti wedding planner yang sangat tinggi. Mereka mampu untuk membantu anda merancang perkahwinan anda dari mula hingga akhir majlis mengikut apa yang anda impikan. Ramai pengantin TWH ni dari kalangan bakal pengantin yang sibuk dan tak cukup masa untuk uruskan majlis perkahwinan mereka sendirian seperti golongan professional, pilot, doktor dan premugari. Ada juga yang memang tidak ramai ahli keluarga untuk uruskan majlis mereka. Jadi mereka cari TWH untuk bantu mereka.


Ramai pelanggan yang dah berpuas hati dengan servis yang ditawarkan oleh The Wedding Heritage ni. Banyak feedback positif yang Ayue baca. Jadi anda jangan lah risau untuk laburkan duit anda pada mereka kerana The Wedding Heritage ni trusted Wedding Planner.





Untuk anda yang sedang mencari wedding venue dan pakej lengkap kahwin 2018 / 2019, anda boleh book The Wedding Heritage "No 1 Bungalow Wedding Venue In Malaysia" ni okey? Mesti puas hati punya, insyaAllah. Ayue doakan majlis anda berjalan lancar ya. Amenn.




xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page