Borong pampers di Big Baby Fair Lazada

30 March 2018

Assalamualaikum. Mommy daddy tengah buat apa tu? Kalau takda buat apa-apa, apa kata sambil duduk-duduk tu scroll phone tengok apps Lazada sebab diorang tengah buat BIG BABY FAIR dari 28 March hingga 1 april 2018 tau. Ada banyak sangat promosi yang anda tak boleh lepaskan. Ayue macam biasa lah, pantang dengar baby fair ni, pantas je jari nak klik itu ini. Lagi-lagi kalau Lazada yang buat.


Nak tau kenapa? Sebabnya, masa Big Baby Fair ni lah barang-barang baby akan jadi murah gila-gila. Bukan sikit-sikit murahnya. Macam kali ni, selain daripada tawaran eksklusif, Lazada tawarkan sehingga 80% diskaun untuk pelbagai produk baby yang terbaru. fuh, 80% kot? Mana jari ni tak gedik je nak klik "Add to Cart"? Haha.

Lagipun senang kan? Tak payah nak bersesak-sesak pergi tempat lain.  Sambil-sambil main dengan anak boleh shopping. Tup-tup barang sampai rumah terus. Penat pun tak. Bila dah ada anak kecil sekarang ni memang susah nak ke mana-mana. Lagi-lagi tempat yang ramai orang. Bahaya kan. Qaayed pula sekarang tengah fasa merangkak. Mana reti nak duduk diam. Nak bergerak je kerjanya. Jawapnya shopping dari rumah je la.

Untuk Big Baby Fair kali ni, Ayue dah aim beberapa item dari jenama-jenama besar dan boleh dipercayai. Antaranya Drypers dan Fisher Price. Drypers memang tiap kali baby fair Ayue akan beli siap-siap stok banyak-banyak. Senang tak payah nak angkut pampers besar-besar tu. Beli dekat Lazada diorang terus hantar sampai depan rumah. Murah pula tu. Tapi bukan Drypers je, ada juga jenama pampers lain yang buat promosi macam PetPet, MamyPoko, Huggies, dan lain-lain. Ada 19 jenama produk penjagaan bayi antarabangsa yang terlibat dalam Big Baby Fair Lazada kali ni.

Ayue aim jenama Fisher Price pula sebab nak cari mainan Qaayed. Biasalah, bila dah jadi mak ni, benda lain takda, asyik nak shopping barang anak je. Qaayed pula jenis yang cepat bosan, kena lah Ayue sediakan mainan lebih sikit bagi dia tak boring. Boleh tukar-tukar main nanti. Jenama Fisher Price pula memang dah terkenal dengan produknya yang berkualiti. Boleh lah Ayue beli tanpa was-was.

Bukan tu je, bila anda shopping di Lazada pada Big Baby Fair kali ni, anda akan dapat FREE shipping, Tawaran Combo, Baucer, Panduan Bersalin dan Jaminan Susu Formula. Maklumlah, sekarang kan banyak betul susu formula yang tiruan. Sana sini viral tentang susu formula tiruan ni. Takda hati perut betul manusia yang buat susu formula tiruan tu. Baby yang minum, apa lah dosa diorang tu. Tak pasal-pasal baby dapat sakit. Haish, geram betul Ayue. Takpa, anda boleh beli dekat Lazada je kalau was-was ok.

Cepat tau, Big Baby Fair Lazada ni tinggal 2 hari je lagi. Hari ni dengan esok. Jangan lepaskan peluang pula. Untuk tawaran eksklusif kepada pengikut media sosial Lazada, ikuti hashtags khas: #BigBabyCandyLand dan #BigBabyFair.

Happy shopping!




xoxo,

post signature

Join the conversation!

  1. sama beli pampers kat qeisya buat stok mlm dan jalan hehehe..

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.