Cara Hilangkan Selsema Bayi Dengan Teknik Urutan

15 March 2018

Assalamualaikum. Mimpi ngeri setiap ibu bapa adalah bila anak-anak mereka tidak sihat. Yela, risaukan anak yang sakit, badan pula mesti tidak cukup rehat menjaga anak yang meragam. Terutama bayi yang masih kecil berumur bawah 2 tahun, sebarang ubat-ubatan adalah tidak digalakkan. Jadi apa alternatif untuk ibubapa macam Ayue ni perlu buat bila anak diserang sakit yang sering dialami oleh bayi iaitu selsema dan batuk? Kalau Ayue, selain dari amalkan cara tradisional, Ayue sapukan juga minyak terapi bayi dari Narinar untuk bantu kurangkan selsema dan batuk Qaayed.

Kenapa Narinar? Sebab NARINAR adalah minyak Terapi Bayi Pertama di Malaysia yang menggunakan 100% bahan semulajadi dari pati tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan. InsyaAllah dengan teknik terapi urutan atau sentuhan, akan dapat melegakan penyakit seperti selesema, batuk, kembung dan lain-lain lagi terutamanya kepada bayi.


Narinar mempunyai 3 pilihan produk iaitu :
  • NARINAR FT (FLUtheraphy)
  • NARINAR TT (Tummy Therapy)
  • NARINAR ST (Sleep Therapy)

Ayue ada kesemua minyak terapi Narinar ni sebab Ayue rasa ketiga-tiga produk ni penting dan sangat berguna untuk pelbagai situasi. Mari Ayue kongsikan dengan anda pengalaman Ayue sendiri menggunakan minyak terapi Narinar ni.




NARINAR FT (FLUtheraphy)

Tiga minggu lepas, Qaayed pertama kali kena selsema. Mungkin kerana nak tumbuh gigi. Nasib baik dia tidak demam dan batuk. Hanya selsema. Jadi Ayue cuba petua hilangkan selsema bayi dari mak Ayue iaitu buat stim bawang putih, minyak bawang putih dan buat percussion. Masa ni Ayue belum lagi jumpa Narinar FLUTherapy. Jadi Ayue hanya buat amalan tradisional ni untuk bantu Qaayed hilangkan selsema. Makan masa seminggu juga untuk Qaayed baik dari selsema. Cuma kahaknya masih ada. Biasalah, Kahakkan memang liat sikit nak hilang.


Bila Ayue dapat tahu tentang Narinar FLUTherapy ni, Ayue cuba pula pada Qaayed menggunakan teknik urutan betul. Alhamdulillah, kahaknya makin berkurang dan Ayue dapat lihat dia makin lena tidur tanpa gangguan kahak.



Narinar FLUTherapy diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu gabungan minyak pati asli seperti Lavender, Lemon dan Pudina. Malah turut mengandungi Gam Arab yang membantu untuk melonggarkan kahak. Untuk pengetahuan anda, Lavender sangat baik untuk melegakan saluran sistem pernafasan yang bengkak akibat daripada selsema dan batuk yang berpanjangan. Pudina pula dapat membantu melegakan masalah pernafasan dengan aroma yang menyegarkan. Manakala Pati Lemon pula bertindak untuk melawan penyakit.


Cara menggunakan Narinar FT ni mudah saja.

Jika bayi anda demam selsema/batuk:

  • Titiskan dua hingga empat titis Narinar FLUTherapy di apak kaki menggunakan teknik Vitaflex, dada dan belakang badan. Calit nipis di hidung jika tersumbat.
  • Ulang setiap 15 hingga 30 minit untuk 2 jam. Selepas selsema atau batuk berkurang, jarakkan kekerapan. Narinar FLUTherapy perlu disapu dengan kerap kerana ia diperbuat daripada pati tumbuh-tumbuhan yang mudah meresap oleh tubuh.
  • Lakukan urutan lembut di zon-T wajah bayi. 
  • Lakukan teknik urutan Vitaflex memfokuskan pada poin sinus dan paru-paru. 
  • Lakukan teknik tepukan percussion/cupping untuk melonggarkan kahak dan lendir.


Jika bayi demam:

  • Lakukan teknik yang sama seperti bayi selsema/batuk.
  • Titiskan satu hingga dua Narinar FLUTherapy di pelipat kaki dan tangan.
  • Titiskan dua hingga empat Narinar FLUTherapy di sepanjang tulang belakang.


Urutan pada bayi ni sebenarnya sangat bagus. Bukan saja dapat membantu legakan sakit pada bayi, malah dapat membantu dalam tumbesarannya juga. Ayue sendiri memang membuat urutan pada badan Qaayed setiap kali lepas mandi. Tapi urutan yang berbeza lah. Nanti Ayue akan cerita dalam lain entry ya.


NARINAR ST (Sleep Therapy)

Qaayed seorang bayi yang sangat aktif dan suka bermain. Masalahnya, di rumah dia hanya bermain dengan Ayue saja sebab Ayue jaga Qaayed sendiri di rumah. Tidak hantar pada taska. Jadi dia tiada kawan. Bila hujung minggu, selalunya kami akan bawa Qaayed ke rumah mertua Ayue untuk dia jumpa dengan sepupu dia yang lain. Sebabkan terlalu seronok, dia tak nak tidur. Dia nak main saja walaupun badan dia penat dan mengantuk. Sampai satu tahap bila dia dah tak tahan sangat, dia akan buat perangai dan meragam sebab terlalu penat sampai tak boleh tidur. Bayi kalau terlalu penat akan sukar untuk tidur. Jadi masa ni lah gunanya Narinar Sleep Therapy ni. Ia berfungsi untuk menenangkan bayi dan mendapatkan tidur yang berkualiti.


Bukan tu je, Qaayed ni satu perangai dia bila naik kereta, dia tak suka kereta berhenti. Kalau berhenti dia akan mengamuk. Pening ayah dia tak tahu nak buat macam mana sebab bila dekat traffic light, takkan nak langgar pula kan. Jadi Ayue pun sapu lah Narinar ST ni untuk kurangkan tantrumnya tu. Anda kalau ada anak yang suka tantrum dengan pasaraya bila tak dapat mainan tu, boleh cuba Narinar ST ni juga sebab ia menenangkan. Memang lah tidak on the spot hilang tantrumnya, kita kena pandai kawal anak juga, tapi insyaAllah akan lebih mudah bila adanya minyak terapi ni. Ayue dah guna dan memang berkesan pada Qaayed. Alhamdulillah.


Malah, ayah Qaayed bila balik kerja penat-penat, kepala pening pun Ayue sapukan juga Narinar ST ni supaya dia dapat tidur dengan lena. Narinar Sleep Therapy merupakan gabungan 100% pati semula jadi dari ekstrak Lavender, Epal Hijau, Oren, Bunga Chamomile dan Bidara. Aroma epal hijau dalam Narinar ST ini mampu melegakan pening kepala yang kronik dan menyeimbangkan emosi. Nampak tak banyak kegunaannya. Satu keluarga boleh guna.


Cara nak guna Narinar ST ni mudah saja.

Jika bayi alami simptom awal susah tidur:
  • Titiskan 1-2 titis Narinar ST di tangan 
  • Sapukan di titik nadi pergelangan tangan dan juga belakang telinga
  • Urut lembut di bahagian tengkuk
  • Sapukan juga di bahagian tapak kaki

NARINAR TT (Tummy Therapy)

Ini pula kejadian yang baru saja berlaku dua hari lepas. Qaayed sekarang dah mula makan makanan pejal. Anak pertama, mesti lah Ayue teruja nak cuba pelbagai makanan untuk diberikan pada Qaayed. Untuk bulan pertama Ayue selang seli kan sayur dengan buah sahaja. Ayue dah cuba brokoli, avocado dan epal. Bila Ayue cuba labu, Qaayed makan macam biasa. Sentiasa berselera. Tapi belah malam dia mula meragam. Bangun berkali-kali dan merengek nak dipeluk. Mungkin perutnya kembung sebab labu kan berangin. Nampak sangat dia tidak selesa dan berpeluh-peluh.


Ini pertama kali jadi dan Ayue tak fikir benda lain. Ayue terus ambil Narinar Tummy Therapy dan urut perut Qaayed. Nasib baik Ayue pernah tengok video cara urutan untuk bayi kembung perut sebelum ni. Jadi takda terkial-kial nak urut bila dalam keadaan cemas macam tu. Alhamdulillah lepas beberapa minit, dia mula tenang dan kembali tidur hingga esoknya. Pagi tu dia berak selambak! Lega Ayue. Memang betullah perut dia tak selesa.

Narinar Tummy Therapy mempunyai gabungan 100% pati semula jadi dari ekstrak serai wangi dan aloe vera. Serai wangi akan melegakan sistem pencernaan bayi dan anda di samping sesuai digunakan untuk melindungi kulit dari gigitan serangga. Manakala aloe vera pula kaya dengan antioksida yang mampu melegakan sembelit.


Cara menggunakan Narinar TT mudah saja.

Jika bayi sakit/kembung perut:
  • Titiskan dua hingga empat Narinar TT di perut. Urut lembut.
  • Sembelit: Titiskan dua hingga empat Narinar TT dan urut lembut perut membulat dengan pusingan arah jam.
  • Cirit-birit: Titiskan dua hingga empat Narinar TT dan urut lembut perut membulat dengan pusingan lawan arah jam.
  • Lakukan teknik pusingan sun & moon untuk melegakan perut yang cepat. 

Pada Ayue, sangat berbaloi untuk anda ada minyak terapi dari Narinar ni jika anda mempunyai bayi dibawah umur 2 tahun kerana bila mereka selsema, batu dan tidak selesa, anda boleh gunakan saja minyak terapi ni tanpa ubat-ubatan lain. Anda tidak perlu risau untuk gunakan pada bayi anda kerana tiga siri ujian penyelidikan bersama UPM juga Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) telah dibuat bagi memastikan tahap keselamatannya. Kelulusan KKM juga telah diperolehi dan terbukti selamat untuk digunakan oleh bayi, kanak-kanak dan orang dewasa.


Jika anda mahu lihat teknik-teknik urutan yang betul untuk Terapi Urutan Untuk Kembung Perut & Sembelit Bayi, Terapi Urutan Untuk Legakan Selsema & Batuk, Terapi Urutan Untuk Bayi Tenang & Lena Tidur, anda boleh lihat disini. (Masukkan email anda dahulu ya).

Video Tutorial Terapi : Sentuhan Ibu

Harga sebotol Narinar (10ml) adalah RM59. Tapi, jika anda beli set Narinar Essential Baby Therapy Kit (T-Series) yang mempunyai Narinar FT, TT dan juga ST, lebih berbaloi kerana harganya cuma RM159. Dapat jimat banyak.


Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh hubungi :-

Website : www.narinar.com
Facebook : Narinar Malaysia - Terapi Bayi
Instagram : Narinar Malaysia



xoxo,

post signature

Join the conversation!

  1. Anak2 akk pun dah baik dr selsema pakai narinar FT je..tak perlu ubt lg 😉

    ReplyDelete
  2. kalo baby best nak urut2 dia.. qeisya sempat urut tang perut dan tapak kaki jer.. tu pun kejap dia dah bangun nak jalan.. so far berkesan cepat jer kering selsema tu

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.