Dapatkan RM500 percuma dengan menabung RM500 di SSPN1M

Tuesday, March 27, 2018

Assalamualaikum. Sebagai ibubapa, Ayue dan suami sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak kami. Selain daripada menyediakan medical card, kami juga bercadang untuk menyediakan simpanan pendidikan untuk Qaayed. Tapi nak pilih simpanan pendidikan yang mana satu? Haa, Ayue dengan suami dah sepakat untuk ambil simpanan dan pelaburan di SSPN1M.


Pernah dengar tak? Ayue pun sejak dah ada anak ni baru nak ambil tahu tentang ni semua. Takpa, biar Ayue share dengan anda apa yang Ayue tahu ok. Untuk pengetahuan anda, SSPN1M merupakan satu skim yang direka khas oleh PTPTN bagi membolehkan ibubapa menyimpan untuk pendidikan tinggi anak-anak mereka. SSPN1M terdiri daripada:
  • SSPN1M-i yang dahulunya dikenali sebagai SSPN-i dan 
  • SSPN1M-i Plus yang dahulunya dikenali sebagai SSPN-i Plus
Skim yang ditawarkan adalah patuh Syariah yang menggunakan konsep "Wakalah Bil Istithmar" di mana ibubapa (pendeposit) melantik PTPTN untuk menguruskan deposit mereka bagi tujuan pelaburan. Jadi mulai sekarang, Ayue dan suami kena lah menyimpan sedikit demi sedikit di SSPN1M supaya bila sampai masanya, Qaayed boleh guna duit tu untuk melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi.

Untuk ibubapa baru macam Ayue dan Qisti, mungkin ada yang belum tahu yang mulai 1 Januari 2012, para pelajar yang ingin memohon pinjaman pendidikan bagi membiayai pengajian mereka di Politeknik, IPTA atau IPTS adalah DIWAJIBKAN mempunyai akaun SSPN1M-i dengan simpanan minima sepertimana yang ditetapkan oleh PTPTN. Yela, pada ibubapa yang mampu untuk menyimpan, mungkin tidak perlu untuk membuat permohonan pinjaman pendidikan untuk anak mereka sambung belajar. Tapi pada yang perlu, anda wajib mempunyai akaun SSPN1M-i ni ok supaya mudah untuk anda membuat pinjaman pendidikan kelak.


Apa yang menarik perhatian Ayue dengan SSPN1M ni adalah, dalam bajet 2018, kerajaan telah memperkenalkan insentif Geran Sepadan RM500 (GS500) iaitu mulai 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2018, peruntukan sebanyak RM500 seorang secara percuma akan diberikan kepada 500,000 pelajar yang terawal yang layak untuk skim SSPN1M ni. Bukan semua orang layak ya. (Tertakluk kepada peruntukan RM250 juta atau 500,000 akaun terawal).


Syarat untuk layak menerima RM500 ini adalah penerima manfaat mestilah berumur 7 hingga 12 tahun atau sedang belajar di sekolah rendah pada tahun 2018. Untuk ibubapa yang ingin mendapatkan RM500 percuma ni, anda perlu membuat simpanan bersih sekurang-kurangnya RM500.00 dalam produk yang sama di dalam tahun 2018, dan pada hujung bulan yang sama, kerajaan akan masukkan pula RM500 percuma tu secara automatik. Tiada permohonan lain yang perlu dibuat. Mudahkan? Insentif ini hanya boleh dikeluarkan apabila umur anak-anak mencecah 18 tahun ya.


Tapi untuk tahun 2018 ni, Qaayed masih belum layak untuk terima GS500 tu sebab Qaayed baru berusia 6 bulan. Tapi takpa, Ayue tetap akan buka akaun SSPN1M untuk Qaayed supaya senang di kemudian hari. Manalah tahu ada rezeki lain nanti masa zaman Qaayed belajar pula, siapa tahu kan? Nak sambung belajar zaman sekarang ni bukan sikit-sikit duit nak pakai tau. Jadi kena lah menabung dari sekarang supaya tiada masalah bila anak-anak nak sambung belajar. Kalau boleh Ayue nak Qaayed bebas dari berhutang dengan PTPTN untuk melanjutkan pelajaran dia nanti. InsyaAllah.


Bukan tu je, jika anda menyimpan dalam akaun SSPN1M-i untuk manfaat anak, anda akan diberi pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan SSPN1M-i sehingga maksima RM6,000.00 setahun. Malah anda dan anak anda juga akan mendapat perlindungan daripada takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1000 ke atas. Macam-macam lagi lah. Banyak betul faedahnya bila menyimpan dalam SSPN1M ni kan. Tak salah lah keputusan Ayue dan suami untuk menabung di sini.

Jika anda nak buka juga akaun SSPN1M untuk anak, anda boleh terus ke kaunter cawangan PTPTN atau melalui ejen-ejen sah yang dilantik. Anda juga boleh buka akaun secara online dengan melayari laman web PTPTN, www.ptptn.gov.my atau https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline.

Untuk maklumat lanjut mengenai SSPN1M ini, anda boleh layari laman web www.sspn1m.com



xoxo,

You Might Also Like

1 comments

  1. Wow, macam bonus yang bagus ni. Boleh belanja atas barang keperluan bayi.

    eratuku

    ReplyDelete

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page