Kleenex Facial Tissue Skincare | Tisu Untuk Wajah Anda

Thursday, March 15, 2018

Assalamualaikum. Ayue selalu cerita yang sejak dari mengandung lagi kulit Ayue jadi kering semacam. Kering yang sampai gatal kadang-kadang kulit muka ni. Ingatkan hormon masa mengandung je, tapi Qaayed dah 6 bulan dah, kulit Ayue masih lagi macam ni. Nasib baik kulit Ayue tak menggelupas. Kalau menggelupas memang menangis lah Ayue.

Bila gatal tu datang, kebarangkalian untuk Ayue pegang muka adalah sangat tinggi. Rumah Ayue pula betul-betul tepi highway. Habuk jangan cakap lah, baru sehari dah nampak macam habuk rumah tinggal sebulan. Berdebu sana sini. Walaupun Ayue surirumah sepenuh masa, tidak menggunakan mekap seharian, tapi Ayue tetap rasa yang kulit muka Ayue penuh dengan kotoran akibat daripada habuk yang terlampau ni.

Bukan tu je, Qaayed pula sekarang ni dapat perangai baru, suka pegang muka Ayue dengan jari dia yang penuh air liur tu. Budak nak tumbuh gigi, memang mulut nak masuk jari je kerjanya. Bertambah kotor lah jadinya muka Ayue ni. Semua kotoran-kotoran ni sangat tidak baik untuk kulit muka Ayue yang memang dah bermasalah ni. Takkan 24jam nak cuci muka kan? Lap dengan tisu je lah jawapnya.

Anda tahu tak yang sehari anda pegang muka anda lebih daripada 350 kali! Ya, 350 kali. Banyakkan? Ayue rasa Ayue lebih daripada tu. Pegang muka tanpa sedar. Nak masak terpegang muka, nak menyapu terpegang muka, rambut kena kipas pun pegang muka lagi. Haish, banyak sungguh lah muka ni kena kotoran. Lap dengan tisu biasa macam takda apa-apa manfaat pun. Jadi Ayue pun nak cuba lah tisu terbaru dari Kleenex ni. Kleenex Facial Tissue Skincare.




Kleenex Facial Tissue Skincare

Kleenex ni memang dah terkenal dengan tisunya yang berkualiti. Tapi apa yang bestnya tentang Kleenex Facial Tissue Skincare ni? Haa, Kleenex Facial Tissue Skincare ni adalah tisu yang paling lembut sekali. Bukan tu je, tisu ni siap ada Shea Butter dan Vitamin E ekstrak didalamnya. Bagus kan? Bukan tisu sebarangan tau sebab ianya menggunakan 100% Virgin Fiber dan telah pun diuji secara dermatologi.


Untuk pengetahun anda, Shea butter sangat terkenal dengan manfaatnya yang sangat baik untuk kecantikan kulit. Ia mampu mempertahankan kelembaban kulit dan memjadikan kulit kelihatan lebih cantik. Manakala untuk Vitamin E pula, ia dapat membantu wajah untuk kelihatan awet muda dan membuatkan kulit kelihatan lebih cantik.


Apa yang menarik perhatian Ayue adalah walaupun tisu ni lembut gila bila sapu pada muka, tapi ia mempunyai 3 lapisan sebenarnya. Tisu biasa yang ada 2 lapisan pun Ayue terasa macam keras sikit dah. Ini 3 lapis, tapi masih lembut? Wah! Tisu Kleenex yang terbaru dengan Shea Butter dan Vitamin E ni akan memberikan rasa yang sangat lembut pada kulit. Dengan 3 lapis kelembutan dan 100% Virgin Fiber, Kleenex akan memberikan anda dan keluarga anda pengalaman yang lebih lembut dan lancar.Jadi lepas ni no more kotoran dekat muka. Yay!

Kalau anda berminat nak beli, anda boleh beli Kleenex Facial Tissue Skincare di Lazada sekarang. Dengan harga RM16.90, anda akan dapat 4 kotak dengan 80 helai tisu didalamnya.






xoxo,

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page