Prudential Relationship Index 2017 | Apa skor anda?

Friday, April 13, 2018

Assalamualaikum. Jarang sebenarnya Ayue nak bercerita tentang hal peribadi Ayue dalam blog ni. Tapi sebab nak share dengan anda tentang Prudential Relationship Index 2017 (PRI), Ayue share juga lah untuk kebaikan bersama. Indeks ni sebenarnya bertujuan untuk memahami keadaan hubungan di seluruh Asia, di Kemboja, China, Hong Kong, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam dan Malaysia. Menarik bunyinya kan. Yela, masa ni lah nak tau apa yang menguatkan hubungan anda dan apa pula yang melemahkannya. Skor sebanyak 100 di PRI menunjukkan hubungan asas seseorang itu memberikan 100% seperti yang mereka mahukan dalam hubungan itu.


2017 merupakan tahun kedua Indeks Hubungan Prudential (PRI) dilancarkan dan Indeks Hubungan Prudential 2017 bagi Malaysia adalah 68/100. Ini bermakna, secara puratanya hubungan asas manusia memenuhi 68% daripada keperluan yang mereka ingini. Jatuh 3 mata daripada skor Malaysia pada 2016 (71/100) dan Malaysia berada di kedudukan ke-6 daripada 9 buah negara di Asia. Kenapa agaknya Malaysia jatuh satu tangga daripada tahun lepas? Makin ramai yang mempunyai masalah dalam hubungan mereka kah.


Persoalan Ayue adalah, adakah anda berpuas hati dengan hubungan yang anda sedang jalinkan sekarang? Sejujurnya, Ayue sendiri tak sangka yang hubungan Ayue dengan suami Ayue boleh sampai ke tahap ini. Disebalik muka Qisti yang garang (memang garang pun), dia seorang yang penyayang dan sangat mementingkan keluarga. Itu sebenarnya yang membuatkan Ayue cair dengan dia ni. Haha. Tipu lah kalau Ayue kata hubungan kami tiada pasang surutnya. Kadang-kadang benda kecil pun kami boleh bergaduh. Kelakarkan? Padahal benda remeh je.

Ramai yang tak tau sebenarnya yang Ayue berhenti kerja semata-mata untuk jaga anak sendiri. Dari mengandung lagi kami suami isteri dah bincang tentang nursery untuk kami hantar anak kami sementara Ayue dan suami bekerja. Tapi tiada satu pun yang memuaskan hati. Lagipun kos untuk hantar anak ke nursery boleh tahan mahalnya terutama untuk baby yang baru lahir. Akhirnya suami izinkan Ayue berhenti kerja dan duduk dirumah untuk jaga anak sendiri. Bukan mudah ya untuk buat keputusan ni sebab ia melibatkan kewangan keluarga. Malah 37% pasangan di Malaysia berkata mereka paling banyak bertengkar mengenai wang. Tapi demi anak, kami berdua gigihkan juga.


Anda boleh tengok video ni sebagai salah satu contoh.


Kalau dulu masa duduk berdua boleh beli barang sesuka hati, order sana, order sini, sekarang kena fikir dua kali dulu supaya tak membazir. Duit tu boleh guna untuk beli barang keperluan anak pula kan. Lagipun bila Ayue berhenti, banyak yang kami dapat jimat terutama duit minyak dan duit makan di luar. Memang lah terasa bezanya bila Ayue bekerja dan ada income sendiri dengan jadi surirumah ni. Tapi kami suami isteri percaya yang rezeki anak tu sentiasa ada. Tak pernah lagi kami putus makanan. Semuanya cukup serba serbi untuk keluarga kecil kami.


Sekarang Ayue dapat tumpu sepenuhnya pada suami dan anak Ayue. Ayue risau juga sebab 35% pasangan Malaysia berkata mereka bertengkar kerana kurang perhatian. Tapi syukur alhamdulillah, impian Ayue untuk lihat anak membesar depan mata termakbul. Penat memang penat sebab Ayue masih lagi tulis blog sebagai side income untuk bantu suami apa yang patut, tapi Ayue happy bila setiap tumbesaran anak berlaku depan mata Ayue. Tambahan pula Qaayed memang seorang anak yang senang dijaga, tidak banyak ragam dan sangat aktif. Lagi mudah kerja Ayue.


Cuma Ayue kesian dengan suami yang kena kerja keras untuk kami anak beranak. Banyak masanya habis di tempat kerja. Jadi bila ada masa bersama keluarga, Ayue selalu pesan ketepikan semua gadget untuk beri lebih banyak masa bersama anak. Sebab tu lah Qaayed rapat dengan ayah dia. Ayue kalau boleh nak elakkan daripada menjadi salah satu daripada 34% pasangan di Malaysia yang terlalu banyak masa dibazirkan di telefon atau komputer.

Bukan tu je, 38% pasangan Malaysia merasakan mereka terpaksa bertanding dengan telefon pasangan mereka. Kesian kan? Suami atau isteri ada didepan mata, tapi masing-masing sibuk dengan telefon. Rasa macam mereka lebih sayangkan telefon daripada pasangan masing-masing. Ayue selalu sangat nampak situasi macam ni di kedai makan. Paling kesian bila mereka ada anak-anak. Allah, kesiannya tengok anak mereka macam kena bersaing dengan telefon untuk dapatkan perhatian. Moga kami suami isteri dijauhkan dari menjadi ibubapa yang macam tu. Kesian dekat Qaayed nanti.


Anda kalau ada masalah keluarga, cuba lah buat pasangan anda ketawa kerana ketawa adalah kunci untuk membina hubungan yang lebih baik, Seramai 63% rakyat Malaysia bersetuju bahawa keupayaan untuk membuatkan seseorang ketawa atau tersenyum adalah antara ciri-ciri yang paling penting bagi seseorang pasangan. Jadi buatkan pasangan anda ketawa. Bahagiakan lah mereka. InsyaAllah rumah tangga anda kekal berseri.


Lepas baca PRI ni, Ayue teringin juga untuk tau berapa agaknya skor Ayue untuk PRI ni. Lepas jawap soalan kuiz, ini adalah keputusannya. Hari-hari kami adalah hari Honeymoon! Haha. Ayue cuma jawap dengan jujur semua soalan yang diajukan. Tak sangka keputusannya #Kemanisan. Mungkin sebab Qisti dah pun sempurna di mata Ayue. Cewah, ni kalau dia baca apa Ayue tulis ni, kantoi lah. Hehe. Anda pun cuba lah ambil kuiz ni. Senang je soalannya. Nanti share dengan Ayue apa resultnya ya.





xoxo,

post signature

You Might Also Like

1 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page