Resepi Sup Kuah Tomyam Steamboat Paling Mudah

13 June 2018

Assalamualaikum. Ayue dengan family memang suka makan steamboat. Kebetulan haritu Ayue ada nampak Pensonic Stimbot & BBQ 2-Dalam-1, terus grab lah apa lagi. Dapat steamboat dan bbq dalam satu masa pula tu. Bagus sangat lah sebab Ayue suka steamboat, suami suka bbq. Dah jadi isteri ni kena bijak, baru lah senang nak cadangkan beli perkakas apa-apa dekat suami. Haha.



Yang best nya, ia sebenarnya mesra Paleo. Dah alang-alang bulan ramadan ni, boleh kami makan steamboat dan bbq sekali sebagai menu berbuka puasa. Bosan juga kalau asyik makan nasi kan? Sesekali tukar selera apa salahnya. Nak lagi meriah, suami ajak bersteamboat bbq dekat rumah mertua pula. Wah, lagi meriah lah jawapnya. Bila makan ramai-ramai lagi seronok kan.

Ayue pun apa lagi, terus pergi cari segala bahan-bahan untuk steamboat ni. Untuk steamboat, Ayue beli pelbagai jenis bebola dan tofu. Untuk bbq pula Ayue beli daging, udang dan kerang. Aduh kerang, sedapnya! Kuah steamboatnya pula Ayue cadang nak buat kuah tomyam je sebab yang nak makan semuanya orang besar, takda kanak-kanak, jadi buat kuah tomyam je senang.


Nak buat kuah tomyam steamboat ni mudah je sebenarnya. Tak perlu nak serabut dengan macam-macam perencah. Resepi pun ada macam-macam jenis. Tapi Ayue lebih suka yang simple dan mudah tapi sedap. Bulan puasa ni, tak larat nak duduk lama-lama dekat dapur, Jadi Ayue buat resepi simple je lah untuk steamboat kami tu. Yang penting, sedap. Sampai licin lah kuah tomyam tu dikerjakan. Baru betul-betul puas hati makan kan. Kat bawah ni Ayue share dengan anda resepi sup kuah tomyam untuk steamboat.



Resepi sup tomyam steamboat

Bahan-bahan
  • 2 paket pes tomyam 
  • 1 buku kiub tomyam
  • 1 biji bawang besar - dikisar
  • 3 ulas bawang putih - dikisar
  • 3 batang serai - diketuk
  • 3 helai daun limau purut
  • Garam secukup rasa

Haa, mudahkan bahan-bahannya Tapi percayalah, memang sedap di makan dengan bahan-bahan steamboat yang lain. Untuk kuah steamboat ni, Ayue lebih suka buat cair sedikit berbanding kuah tomyam yang kita selalu makan dengan nasi tu. Tapi walaupun cair, rasanya tetap umpphh tau.



Cara-cara masak

  1. Didihkan air di dalam periuk
  2. Masukkan bahan kisar, serai dan daun limau purut
  3. Masukkan pes tomyam dan kiub tomyam
  4. Tentukan tahap kepekatan kuah
  5. Perasakan dengan garam
  6. Siap

Allahukbar, mudahnya! Sekejap je dah siap kuahnya. Bahan-bahan steamboat yang lain pun Ayue dah siap sedia letak dalam pinggan. Ayue beli dekat pasaraya depan rumah ni je. Beli terus steamboat kit, didalamnya dah siap campur macam-macam bahan untuk steamboat. Kalau ada benda nak tambah baru cari yang lain.


Untuk bbq pula, udang Ayue tak perap sebab lagi suka makan macam tu saja bila dimasak dengan butter. Tapi untuk daging, Ayue perap dengan lada hitam dan sedikit garam. Ini pun resepi mudah tapi sedap juga ni. Kalau anda rajin, boleh perap sekali dengan sos blackpepper dan sos tomato.





Suami Ayue suka betul dengan Pensonic Stimbot & BBQ 2 in 1 ni. Mudah nak guna. Temperature control untuk steamboat dan bbq pula diasingkan, jadi takda lah kejap-kejap nak adjust suhunya. Ayue pula puas hati sebab ruang steamboatnya besar, macam-macam boleh dimasak sekali gus. Suhunya pula cepat tinggi tau. Sekejap je Ayue letak sup tomyam, dah mendidih dah.                                                                                                   



Selamat berjamu selera!



xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.