Cara atasi masalah perut kembung bayi

30 November 2017

Assalamualaikum. Semua ibu bapa mesti nak yang terbaik untuk anak mereka termasuk lah Ayue. Terutama tentang produk penjagaan bayi. Maklum lah, tak semua bayi kulitnya sesuai dengan pelbagai produk yang ditawarkan di pasaran. Kulit bayi ni sangat sensitif tau. Salah produk, habis satu badan bayi merah-merah nanti.

Bukan tu saja, bayi juga senang kena kembung perut. Si ibu tak boleh salah makan ya. Kalau tak kesian pada bayi anda. Alhamdulillah, sejak dari lahir memang Qaayed jarang kembung perut. Rasa baru sekali. Itupun masa pantang. Masa tu perut Ayue kosong, dan Ayue menyusukan Qaayed. Terus kembung perut dia. Cuak juga Ayue masa tu, maklum lah, pertama kali anak kembung. Nasib baik berpantang di rumah mak. Mak lah yang ambil krim dan sapukan pada perut Qaayed sambil buat urutan. Tak sampai beberapa minit Qaayed dah tak meragam dah. Alhamdulillah.


Jadi untuk anda yang nak tau Ayue guna krim apa dari Qaayed lahir sampai lah sekarang, haa, Ayue guna Baby Herbal Cream dari Tropika. Serious bagus sangat krim ni. Tak melekit, mudah meresap dan guna sedikit saja dan memadai. Bau dia pun best. Dah berjam-jam pun masih ada bau lagi. Lepas mandi memang wajib Ayue sapukan pada dada, perut dan belakang badan Qaayed supaya dia selesa sepanjang hari dan waktu tidur.

Qaayed 3 bulan

Sebenarnya krim ni kakak ipar Ayue yang recommend. Dia pakai lama dah. Sekarang anak dah tiga orang. Tapi dah toddler lah. Kalau ada tanda-tanda nak selsema ke, batuk ke, kakak ipar Ayue mesti cepat-cepat sapu krim ni supaya sakit tu tak lekat. Alhamdulillah memang mujarab. Jarang dah diorang kena selsema batuk sejak guna krim herba Tropika ni. Lagipun memang dekat FB group ibu-ibu mengandung tu sakan promote krim ni. Bagus katanya. Wajib ada dalam list keperluan baby. Ayue pun apa lagi, wajib beli lah. Hehe.

Yang bestnya, produk keluaran Tropika ni 100 % organik dan bebas daripada bahan kimia & Steroid. Jadi takda lah Ayue risau sangat nak amalkan pada Qaayed. Lagipun bukan setakat selsema batuk saja, untuk lelah, kahak, hidung tersumbat dan kembung perut pun boleh juga. Bagus kan?

Qaayed 1 bulan

Antara fungsi & kebaikan Tropika Herba Cream adalah :
  • Tidak panas 
  • Mudah meresap serta tak meleleh atau melekit bila kita sapu
  • Berfungsi untuk mengurangkan masalah batuk & selsema 
  • Membantu menghilangkan wheezing dan kahak bayi
  • Sesuai untuk bayi yang ada kulit sensitif seperti ekzema, gigit nyamuk/serangga.
  • Kandungan bahan yang 100% halal
  • Kelulusan KKM

Selain dari Krim Herbal, Ayue ada juga Natural Bubble Wash dan Baby Hair & Body Oil. Untuk Natural Bubble Wash, Ayue pilih Lavender sebab wangi sangat. Sedap je baunya. Takda lah sampai menyakitkan hidung. Sesuai untuk baby sebab kandungannya tidak memedihkan mata baby, melembabkan dan boleh dipakai oleh baby yang mempunyai masalah kulit kering ataupun sensitif.


Manakala untuk Baby Hair & Body Oil, yang ini pun wajib juga Ayue sapukan pada rambut Qaayed dari di dalam pantang sampai lah sekarang ni. Tiap kali lepas mandi mesti Ayue sapu dekat rambut dia. Dari rambut dia secoet, sampai dah lah banyak sikit sekarang ni. Minyak ni diperbuat daripada minyak kelapa dara berkualiti tinggi dan bahan-bahan semulajadi yang lain untuk melindungi dan menghidrat kulit. Bukan tu je, kalau baby ada ruam pada badan atau ruam lampin, boleh juga sapukan minyak ni. Sebab tu lah ia sesuai untuk semua jenis kulit termasuk mereka yang mempunyai kulit sensitif dan ekzema.



Pendek kata semua produk dari Tropika ni best-best belaka lah. Rugi tau kalau tak cuba. Untuk sebarang pembelian atau maklumat lanjut, boleh layari :
Facebook: https://business.facebook.com/TropikaHQ
Website: http://www.tropikabeauty.com.my
Instagram: https://www.instagram.com/tropikahq



xoxo,

post signature

Pacific West | Best Cook is at Home Cooking Show

29 November 2017

Assalamualaikum. Ayue kalau bab masak-masak ni memang suka betul. Dari dulu lagi Ayue suka join program masak-masak. Kalau ada pertandingan masak pun Ayue suka join sebab banyak benda yang Ayue boleh belajar. Tapi kali ni bukan Ayue yang masak tau, tapi selebriti chef yang masak di Pacific West Best Cook is at Home Cooking Show di Tefal Carnival Sale.


Anda biasa dengar jenama Pacific West? Kalau tak biasa tu, cuba tengok balik packaging dekat bawah ni. Mesti anda kenal punya. Haa, kenal tak? Banyak pasaraya yang jual tau. Bukan saja di Malaysia malah di lebih 20 negara lain juga yang menjual produk dari Pacific West. Ayue sendiri memang tak lepas beli Calamari Ring setiap bulan sebab Calamari dia sangat lembut dan sedap. Buat lauk lagi lah sedap.



Di karnival ni booth Pacific West ada membuat perlbagai promosi dan free gift untuk mengunjung yang hadir. Jangan lupa dapatkan combo deal mereka okey. Seriously sangat berbaloi. Murah kot! Sambil-sambil tu boleh juga cuci mata dengan barangan Tefal yang ada tu. Pun murah-murah juga berbanding dengan harga di luar. Dah nama pun karnival sale kan. Hehe.




Baru-baru ini, Pacific West melancarkan formula Cheezy Fish Fillets yang baru diperbaharui. Haish, sebut je cheese dah meleleh dah air liur ni. Semenjak lepas bersalin ni pantang dengar cheese, mesti teringin nak makan. Bukan saja orang dewasa, kanak-kanak pun suka dengan cheese ni kan. Sebab tu Pacific West perbaharui formula Cheezy Fish Fillets ni supaya jadi lebih sedap.



Bersempena dengan Karnival Tefal, Pacific West telah bekerjasama dengan Tefal, pemimpin inovatif di dapur dan peralatan rumah untuk menganjurkan “Best Cook Is At Home” Cook Show pada 26 November yang lepas di Shah Alam Convention Centre.

Macam yang Ayue cakap tadi, produk dari Pacific West ni bukan saja boleh digoreng, dibakar dalam oven malah boleh juga dibuat lauk. Semasa cook show tu, Chef Leong ada berkongsi resepi baru Cheezy Fish Fillets yang sangat mudah untuk dijadikan lunch box ataupun take away. Yela, kan ada yang kata susah nak masak dekat rumah? Ambil masa yang lama dah leceh. Ni ha Chef Leong tunjuk terus cara-cara mudah nak sediakan makanan dari rumah.

Trio Canape Cheezy Fish Fillets

Cheezy Fish Wholemeal Bread Pocket

Cheezy Fish, Caesar Salad and Cajun Crisp Onion Flower

Selain Chef Leong, chef selebriti yang turut hadir untuk berkongsi resepi adalah Chef Bryan dari Yum Yum Publications dan Dr Ezani, pemenang Master Chef Malaysia. Chef Bryan telah menyediakan Oriental Spring Roll dengan Tempura Fish Fillets dan Pickles dengan Spicy Garlic Calamari Rings. Manakala Dr Ezani menyediakan Pacific West Black Pepper Tempura Fish Fillets dan Pacific West Salt and Pepper Squids. 

Salted Egg Yolk BPTFF

S&P with Tiga Rasa Sauce

Tempura Fish Fillet and Mixed Vege Spring Rolls

Appetizing Crispy Calamari with Pickles

Memang nampak sedap-sedap semuanya. Cuma sayang Ayue tak sempat nak rasa menu-menu yang disediakan. Nasib baik pihak Pacific West ada menyediakan salinan resepi untuk kami, boleh lah Ayue cuba sendiri nanti resepi-resepi tu di rumah.  Kadang-kadang jemu juga asyik resepi yang sama je kan? Sesekali tukar menu apa salahnya. Lagipun makanan laut dari Pacific West sedap-sedap belaka. Maka jadi sedap lah menu anda nanti tu.




Ramai yang fikir masak di rumah ni leceh. Banyak masa terbuang dan memenatkan. Tapi untuk suri rumah macam Ayue, hari-hari kena masak supaya suami dan anak-anak dapat rasa air tangan Ayue ni. Bukannya susah pun masak dirumah. Tapi orang selalu fikir masak di rumah ni menyusahkan, penat, lepas masak kena kemas lagi, lebih baik beli saja diluarkan. Habis cerita. Betulkan?

Haa, salah tu. Memasak boleh menjadi mudah dan menjimatkan masa dengan bahan, resipi dan alat memasak yang betul. Produk dari Pacific West ni hanya ambil masa beberapa minit saja untuk siap masak tau. Ada yang boleh masak menggunakan fryer, ada juga yang menggunakan oven. Paling penting, produk mereka adalah HALAL. Jadi takda alasan lagi dah kalau anda malas masak di rumah tau.

Kalau anda ingin dapatkan produk Pacific West ni, ia boleh didapati di semua kedai runcit utama di Malaysia seperti Cold Storage, Sam Groceria, AEON, AEON Big, Tesco, Giant, Sunshine, Grocer Village dan banyak lagi.

Dari 15 November 2017 hingga 15 Januari 2018, Pacific West bekerjasama dengan Holiday Tours & Travel Sdn Bhd (Pejabat Pulau Pinang) sedang mengadakan pertandingan 'Win Your Dream Holiday'. Rebut peluang untuk melihat Australia Barat, Perth (4D3N) atau Bali (4D3N) dengan membeli sekurang-kurangnya satu (1) produk Pacific West.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pacific Careline di 1800 888 389 atau log masuk ke laman web rasmi www.pacificwestfoods.com dan laman Facebook www.fb.com/PacificWest.my




xoxo,

post signature

3 Sebab Utama Pigeon Newborn Pure Perlu untuk Bayi Anda

28 November 2017

Assamualaikum. Being a mom, mesti lah semua benda nak yang terbaik untuk anaknya kan. Sama lah Ayue pun. Sebelum bergelar ibu lagi dah macam-macam research yang Ayue buat, baca fakta sana sini untuk lengkapkan diri dengan ilmu menjadi ibu bapa. Bukan setakat tu je, ada juga Ayue ambil kira petua dan nasihat dari mereka yang berpengalaman terutama tentang penjagaan kulit bayi dan penyusuan.


Sejak dari Ayue hadir ke pelancaran Pigeon Newborn Pure tahun lepas, memang Ayue dah teringin sangat nak pakai produk Newborn Pure ni sebab Ayue sendiri dah baca kelebihan rangkaian Pigeon Newborn Pure terhadap kulit bayi terutama yang baru lahir. Kulit bayi yang baru lahir sangat lembut dan lembap tetapi sangat nipis. Jadi mereka perlukan penjagaan yang rapi. Mana tidak nya, persekitaran berada di dalam rahim ibu dan diluar sangat berbeza, ada bayi yang kulit nya sampai mengalami masalah enzema. Kesian kan?



Sebab tu Ayue suka dengan set Pigeon Newborn Pure ni. Ia mengandungi dwi lapisan perlindungan iaitu Natulayer dan memberi keselesaan untuk kulit halus bayi yang baru lahir. Natulayer menawarkan dua lapisan perlindungan dan pelembapan yang baik kerana ia menyerupai Vernix, lapisan pelembap khas untuk kulit bayi yang baru lahir. Ia juga mengandungi Ceramide yang membantu mengekalkan kulit lembut, terhidrat dan terpelihara.

Ayue sangat tertarik dengan Natulayer yang ada dalam Newborn Pure ni. Produk lain takda ya. Hanya dalam Newborn Pure. Kalau anda perasan, kadang-kadang bayi yang baru lahir ada satu lapisan putih pada kulitnya. Haa, lapisan tu lah Vernix. Lapisan yang sangat penting untuk bayi.

Antara produk yang ada dalam rangkain Pigeon Newborn Pure ni adalah
  • Purifying Body Wash
  • Nourishing Shampoo
  • Moisturizing Lotion
  • Calming Oil
  • Protective Cream



Sebelum cuba apa-apa produk pada baby Ayue, memang Ayue akan study dulu kebaikan dia. Tiga benda yang buat Ayue tertarik pada Pigeon Newborn Pure ni adalah :
  1. Selamat kerana telah melalui kawalan kualiti yang ketat.
  2. Premium kualiti.
  3. Pilihan pertama ibu-ibu

Jenama Pigeon memang sangat terkenal dikalangan ibu bapa kerana telah lebih 40 tahun berpengalaman dan mempunyai kredibiliti dalam teknologi penjagaan kulit untuk bayi yang baru lahir. Menariknya produk Pigeon ini telah diuji oleh Dematollogically bagi memastikan penggunaan yang selamat pada semua jenis kulit. Ia bebas dari Paraben, formaldehid dan juga Alkohol yang membolehkan kegatalan pada kulit bayi.

Kan banyak produk bayi yang ada dipasaran sekarang. Murah memang lah murah, tapi tidak dijamin kualitinya. Kulit bayi sangat sensitif, jangan risiko kan bayi anda ok? Lebih baik anda beli produk yang dijamin kualitinya dan selamat digunakan. 

Bau Newborn Pure ni sangat lembut dan sesuai dengan bau bayi yang baru lahir. Bau bayi kan menenangkan? Best je bila cium bayi yang baru lahir kan. Macam baby Ayue ni. Tambah pula dengan bau dari Newborn Pure ni, lagi lah wangi berganda. Tak pernah puas cium dia tau. Dari wangi-wangi sampai comotlah Ayue kerja kan. Hehe.

Setiap hari Ayue akan mandikan Qaayed dengan body wash dan shampoo. Even rambut dia secoet pun, tetap shampoo juga mengalahkan rambut ibu dia yang lebat ni. Hehe. Bau body wash dengan shampoo ni, kalau tak pakai lotion pun bau dia tahan hingga petang tau. Punya syok bau.

Lepas mandi pula Ayue akan pakaikan lotion dan calming oil. Kalau ada ruam-ruam pula Ayue akan sapukan protective cream pada tempat ruam tu. Mudha je cara nak gunanya. Bila dah jadi rutin harian, sekejap je rasanya nak apply semua produk-produk ni pada baby anda. Cuma satu nasihat Ayue, setiap produk yang anda nak gunakan pada bayi anda pertama kali, sapukan sedikit dulu dan tengok kesannya selepas beberapa jam. Kalau tiada allergy atau radang, baru lah guna pada keseluruhan badan ya. Maklum lah, kulit bayi ni memang sensitif sangat. Tak salah ambil langkah berjaga-jaga kan.

Selain dari Newborn Pure, Pigeon juga ada beberapa produk lain yang menarik perhatian Ayue antara wet tissue, storage bottle, liquid cleanser dan macam-macam lagi. Liquid cleanser tu memang banyak Ayue beli sebab Ayue suka guna untuk basuh botol-botol dan breastpump part. Paling Ayue suka adalah botol pigeon.






Sebelum baby lahir lagi Ayue dah survey dan tanya ramai ibu-ibu tentang botol susu dan puting yang sesuai untuk newborn, Ramai sangat yang suggest suruh Ayue beli Pigeon with SofTouch Peristaltic PLUS Nipple bottle. Ayue pun beli lah dan memang terbukti, baby Ayue memang suka botol tu. Ayue ada juga cuba dua tiga jenis puting jenama lain, tapi baby Ayue tetap nak guna puting Pigeon.


Menariknya, pertama kali Ayue cuba masukkan ke dalam mulut dia, baby Ayue terus dah pandai hisap tau. Seolah-olah dia sedang hisap nipple ibunya. Bagus kan. Patut lah ramai sangat yang suggest suruh Ayue beli botol ni. Untuk anda yang tidak tahu, SofTouch Peristaltic PLUS Nipple bottle adalah 100% silikon, super lembut dan fleksibel untuk membolehkan pergerakan lidah bayi yang semula jadi dan licin. Tak percaya, cuba lah.

Sekarang ni Pigeon ada keluarkan Disney Softouch Nursing Bottle yang baru. Comel sangat okey. Siap ada gambar Mickey dan Minnie lagi. Available untuk botol 160ml dan 240ml. Ayue dah ada sebotol yang 160ml. Cantik sangat Ayue suka. Yela, botol Pigeon yang lain kan warna putih saja. Sesekali ada warna lain macam syok juga kan. Disney pula tu. Hehe.



Selain dari drinking bottle, rangkain Disney ni ada juga Mag Mag Straw Cup, dan Calming Soothers. Baby Ayue belum boleh guna straw cup, jadi Ayue cuma ada soother.


Kadang-kadang bila baby asyi menangis sampai Ayue tak boleh nak buat satu kerja pun, Ayue akan bagi soother ni pada dia untuk menenangkan. Memang sifat semulajadi bayi akan tenang bila dapat soother. Menariknya Pigeon Disney Claming Soothers ni, ia dibuat daripada silikon kelas paling lembut dan dibentuk untuk benar-benar sesuai dengan mulut bayi.

Antara ciri-ciri lain adalah:
  • Dibangunkan dengan kerjasama Pediatrik doktor gigi di Jepun
  • Berbentuk unik untuk mengurangkan kesan pada pertumbuhan gigi 
  • Diperbuat daripada silikon kelas paling lembut
  • Mempunyai menstabilkan psikologi dan kesan menenangkan pada bayi
  • Terdapat 3 saiz untuk disesuaikan dengan pembangunan umur bayi : S (0+ bulan), M (3+ bulan), L (6+ bulan).

Ada dua karakter yang ada boleh pilih iaitu Mickey dan Minnie. Ayue punya tentulah Mickey sebab baby Ayue boy. Comel kan? Anda kalau nak juga cepat-cepat pergi beli ok? 

Produk Pigeon boleh didapati di Parkson, Isetan, Lazada , Shopee and Motherhood.


Untuk maklumat lanjut tentang Pigeon, boleh layari:



xoxo,

post signature

Menang Perodua Axia dengan FPX & Win!

23 November 2017

Assalamualaikum. Semenjak dah jadi ibu ni, masa banyak dihabiskan di rumah dengan anak je. Belum pernah lagi Ayue keluar berdua dengan anak. Belum berani. Hehe. Jadi kalau nak beli apa-apa, semuanya kena tunggu suami. Suami pula hujung minggu baru cuti. Alahai, jenuh lah nak tunggu kan. Dah la hujung tahun ni banyak sale. Tapi takpa lah, Ayue lagi suka shopping online, mudah dan lagi berbaloi terutama bila website yang Ayue nak beli tu ada peraduan.

Sambil-sambil shopping, sambil berpeluang untuk menang hadiah. Kan best tu? Anda pernah dengar tentang FPX online Payment? Ayue pun baru tahu sebenarnya tentang FPX online Payment? ni. Jadi Ayue nak share dengan anda supaya anda mudah faham.

Dengan menggunakan FPX online payment, pengguna boleh membuat pembayaran menggunakan akaun semasa atau akaun simpanan masing-masing. FPX membolehkan pengguna membuat pembelian dengan mudah di retail website dan online stores mereka tanpa perlu mendaftar apa-apa.



Haa, bila anda shopping online, kaedah pembayaran yang anda bayar melalui bank secara online tu lah dia. Perasan tak? Jadi sempena dengan Lazada Online Revolution sale yang berlangsung daripada 11.11 dan akan berakhir 12.12 ni, FPX dan MOLPay ada buat contest FPX&Win! untuk anda yang menggunakan FPX sebagai cara pembayaran pembelian online di website Lazada mahupun apps Lazada. 

Nak tahu apa hadiahnya? Perodua Axia, iPhone 8 Plus dan beberapa lagi hadiah yang best gila. Anda hanya perlu hanya shopping di Lazada dengan pembelian minimum RM30 dan bayar menggunakan kaedah bayaran FPX dari 6 November hingga 3 Disember 2017. Ni yang buat Ayue suka shopping online di Lazada tau.

Cara-cara menyertai Kempen FPX & Win!
Hanya 4 langkah mudah untuk menyertai Kempen FPX & Win! ini.

1. Shopping di Lazada melalui website Lazada atau apps Lazada.
2. Pilih Online Banking (FPX) untuk pembayaran.
3. Ambil gambar FPX dalam cara yang paling kreatif & upload di Facebook/Instagram.
4. Nyatakan kenapa FPX adalah pilihan pembayaran anda (masukkan order number & #FPXMOLPayLazada)
5. Post anda mestilah public.


Mudah je kan? Kalau anda tak faham tentang pembayaran melalui FPX ni, meh Ayue share cara-cara pembayarannya ya?


Cara pembayaran di apps Lazada

  1. Add to cart
  2. Proceed to checkout
  3. Place your order
  4. Pilih Online Banking (FPX) dan pilihlah Online Banking anda. Bank yang menyertai program FPX pada masa ini adalah Bank Islam, CIMB Bank, Hong Leong Bank, Maybank, Public Bank dan RHB Bank.
  5. Buat pembayaran





Terma dan Syarat FPX & Win!

Untuk menyertai Daily prize & Weekend Special Campaign


  • MINIMUM RM30 mesti dibelanjakan semasa membeli-belah di www.lazada.com.my atau aplikasi Lazada menggunakan saluran Perbankan Dalam Talian (FPX) SAHAJA dalam tempoh kempen.
  • Peserta MESTI memuat naik foto kreatif mereka di Facebook / Instagram dan kapsyen mengapa FPX adalah pembayaran pilihan mereka
  • Peserta MESTI memasukkan nombor pesanan dalam kapsyen.
  • Peserta MESTI memuatkan pos mereka pada hari pembelian untuk layak menyertai peraduan ini. Mereka yang memuat naik lewat dari hari pembelian mereka tidak akan dilayan.
  • Peserta MESTI meletakkan hashtag #FPXMOLPayLazada dan pos pastikan akaun di set sebagai Public

Hanya sah untuk pembelian dari 6 November hingga 3 Disember 2017

Untuk maklumat lanjut mengenai terma dan syarat sila layari https://www.molpay.com/fpxmolpaylazada


Paling penting jangan lupa isi borang di https://www.molpay.com/fpxmolpaylazada/?registered=true dan jangan lupa sertakan resit sebagai bukti pembayaran. Kalau anda masih tak faham lagi tentang kempen ni, boleh tengok video dibawah ni ya.


Ayue sendiri dah join contest ni tau. Beli baju si kecik tu, haruslah gambar dia yang dipertaruhkan. Moga ada rezeki kami. Amennn.




Senarai hadiah kempen FPX & Win!

Grand Prize
1 Unit Perodua Axia



Weekend Special Prize
11 – 12 November 2017: Samsung Galaxy S8
18 – 19 November 2017: Lenovo Yoga 520
25 – 26 November 2017: iPad Pro 12.9 inches
2 – 3 December 2017: iPhone 7



Daily Prize
28 Units RM111 Lazada Shopping Voucher


Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari :
Website: https://www.molpay.com/fpxmolpaylazada/



xoxo,

© AYUE IDRIS • www.ayueidris.com