Rawat bintik hitam dengan NUViT Dermal White Series

28 September 2018

Assalamulaikum. Minggu lepas Ayue baru saja pindah dari Shah Alam ke Sepang sebab suami Ayue kerja di Sepang. Jadi dekat sikit lah perjalanan dia nak ke tempat kerja tu. Ayue pun ikut sajalah, cuma yang masalahnya, Sepang ni panas. Lagi-lagi kawasan rumah Ayue tu dekat dengan pantai, lagi lah panas jadinya. Ayue pula tahun depan nak masuk umur 32 tahun, dark spots pun dah mula muncul tanpa segan silu.

Untuk anda yang tidak tahu, dark spots ni muncul bila kita terdedah dengan cahaya matahari yang berlebihan. Kulit kita akan mengeluarkan melanin akibat dari sinaran UV. Lagi lama kita terdedah dengan cahaya matahari, lagi banyak lah melanin yang akan terhasil. Benda ni lah yang menyebabkan tona kulit kita tak sekata, malah dark spots dan jeragat pun akan muncul dengan jayanya. Sebab tu pentingnya penggunaaan sunscreen dalam regime skincare harian kita tau.


Ayue memilih untuk mencuba Siri NUViT Dermal White kerana ia direka khas untuk mencerahkan kulit, memperbaiki kulit yang tidak sekata dan mengurangkan bintik-bintik hitam dengan menggunakan 5 bahan utama yang dipanggil B-Trans5™. Ia berfungsi untuk mengurangkan pengeluaran melanin yang berlebihan. Malah kesan pencerahannya dapat dilihat seawal 3 hari dan mampu menghilangkan bintik hitam dalam masa 14 hari. B-Trans5™ ni juga adalah tanpa alkohol dan tidak allergic.

5 bahan utama B-Trans5™ adalah:
  • Asid Tranexamic - Mengurangkan aktiviti tyrosinase
  • Daisy Flower Extract - Mengurangkan pengeluaran melanin
  • Vitamin E - Pembaikan kulit dan antioksidan
  • Vitamin B3 - Mengelakkan pemindahan melanin
  • Vitamin C - Mengurangkan melanin

Siri NUViT Dermal White ni mempunyai 3 produk iaitu Brightening Spot Correcting Serum, Brightening Essence Fluid dan Brightening Spot Corrector. Dengan 3 langkah mudah, iaitu Spot, Entire dan Enhance, ia mampu mengawal jerawat dan depigmentasi.



SPOT - Brightening Spot Correcting Serum
Ia adalah agen depigmentasi yang memberi fokus kepada kawasan yang anda ingin rawat. Ia membantu mengurangkan pengeluaran melanin dan mencerahkan kawasan yang bermasalah. Ia juga dapat membantu dalam pengurangan bintik hitam, jeragat, sunburn dan mencerahkan kulit. Tekstur Brightening Spot Correcting Serum ini tidak melekit, ringan, mudah meresap, segar dan berbau harum bunga. Sesuai untuk semua jenis kulit.




Cara penggunaan :
Sapu ke kawasan bermasalah selepas mencuci muka. Dua kali sehari.



Harga :
NUVIT Dermal White Brightening Spot Correcting Serum (15ml)
RM69.90


ENTIRE -Brightening Essence Fluid
Ia berfungsi untuk menyeimbangkan tona kulit, mencerahkan kulit, dan membuat kulit menjadi lebih glowing. Mengandungi Dermal Rx® SRC, metabolizer keratinocy yang dapat mencerahkan kulit dengan cepat. Teksturnya seperti gel, sangat ringan, cepat meresap dan tidak meninggalkan kesan melekit pada kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit.



Cara penggunaan :
Sapukan pada keseluruhan muka dan leher selepas mencuci muka untuk pencerahan yang sekata. Siang dan malam, dua kali sehari.




Harga :
NUVIT Dermal White Brightening Essence Fluid (30ml)
RM76.90


ENHANCE - Brightening Spot Corrector
Krim ni fokus kepada dark spots atau sun spots dengan kesan yang dapat dilihat dengan cepat. Ia dapat mengurangkan bintik hitam, melindungi kulit dari sinar UV dan mempunyai kesan antioksidan yang kuat boleh menjadikan kulit lebih halus dan sempurna. Menariknya, ia dapat memperbaiki kulit yang tidak sekata dengan serta-merta dan memberi kesan glowing. Teksturnya pula lebih pekat dan agak melekit. Jadi sedikit saja penggunaan sudah memadai.




Cara penggunaan : 
Sapu pada dark sports area, dua kali sehari siang dan malam.



Harga : 
NUVIT Dermal White Brightening Spot Corrector (15ml)
RM59.90

Bawah ni Ayue senaraikan panduan yang boleh anda ikut supaya anda tahu produk yang mana sesuai dengan anda mengikut jenis masalah kulit. Untuk anda yang ingin menggunakan ketiga-tiga produk ini, anda boleh guna dengan turutan produk berikut :
Brightening Spot Correcting Serum → Brightening Essence Fluid → Brightening Spot Corrector




Untuk maklumat lanjut, boleh layari:

Website : http://www.nuvit.com.my
Instagram :@nuvitmy
Facebook : Nuvit.Malaysia


xoxo,

post signature

Review | Mary Kay At Play Matte Liquid Lip Color

26 September 2018

Assalamualaikum. Dah berkurun rasanya Ayue tak share tentang produk kecantikkan dekat blog Ayue ni. Maklumlah, makin sibuk dengan anak. Tapi untuk produk Mary Kay yang terbaru ini, memang Ayue excited sangat share dengan anda sebab Ayue gerenti anda mesti suka punya lah. Baru-baru ni Mary Kay ada mengeluarkan produk kosmetik baru iaitu Mary Kay At Play Matte Liquid Lip Color.


Kalau dilihat dari segi packaging, pada Ayue packaging Mary Kay At Play ni memang sangat simple. Takda tanda warna dekat luar kotak, hanya label warna. Jadi anda kena tengok betul-betul. Rekabentuk botol liquidnya pun sederhana. Tapi mudah nak lihat warnanya sebab keseluruhan botol botol nampak lipstick tu warna apa. Takpa lah, yang penting isi dalam nya kan?


Mary Kay At Play Matte Liquid Lip Color ni ada 6 warna semuanya. Keenam-enam warna ni sesuai untuk dipakai seharian tak kira pagi atau malam. Jadi anda tak payah cari lip color lain dah. Haha. Ayue dah cuba semua warna tau dan seriously, Ayue suka gila! Bukan saja warnanya yang cantik, tapi sebab bibir Ayue yang kering dan selalu terkopek ni pun nampak lembab dan tak kering macam selalu.




Untuk orang yang bibir kering, nak pakai liquid lipstick jenis matte finish adalah sesuatu yang nightmare sebabnya bibir mesti nampak lagi kering, pecah-pecah, dan tak smooth. Lagi kita touch uplagi buruk jadinya kan? Kena wipe bersihkan dulu, apply lain baru nampak cantik. Tapi Mary Kay At Play Matte Liquid Lip Colour ni tak macam tu sebab ia mempunyai flexible coverage dengan matte finish tanpa membuatkan bibir kita nampak kering.

Bukan tu je, lipstick At Play ni juga mampu mengawal minyak dan sinar selama 8jam tau. Selalunya anda yang mempunyai masalah bibir kering mesti sapu lipbalm dulu sebelum apply lipstick, betul? Kadang-kadang lipstick matte tu pun dah tak nampak matte sangat dah sebab lipbalm tadi dah macam oily bersilau-silau. Tapi dengan Mary Kay At Play ni tak tau. Even Ayue dah pakai lipbalm, elok je kejadian matte nya dia bibir Ayue ni haa.


Paling Ayue suka adalah bila pakai lipstick ni, Ayue rasa macam tak pakai lipstick pula sebab aduhai, terasa ringan sangat di bibir Ayue ni. Ayue hanya apply nipis saja pun dah memadai. Elok je dia serap kat bibir Ayue ni. Matte lipstick yang lain selalunya akan buat bibir Ayue rasa tebal tau. Dah lah cepat kering, tebal pula. Sebab tu Ayue suka betul dengan Mary Kay At Play Matte Liquid Lip Colour ni.

Lipstick Mary Kay At Play ni juga telah diuji secara dermalogoly dan klinikal untuk menguji kerengsaan kulit dan alergi. Ia juga Non-Comedogenic (tidak menyumbatkan liang pori), sesuai untuk kulit sensitif, fragrance free dan oil free.

Antara warna yang ada dalam koleksi Mary Kay At Play Matte Liquid Lip Colour ni adalah Taupe That, Pink It Over, Pink Shock, Neon Nectarine, Red Siren dan Vivid Violet. Yang mana satu menjadi pujaan hati anda? Hehe.



Dalam keenam-enam warna ni, of course lah Ayue ada yang favourite kan. Selalunya Ayue akan pilih nude colour atau warna-warna yang selamat dipakai untuk setiap masa. Tapi kali ni, selain dari warna yang macam tu, Ayue suka pula warna merah-merah. Sebab Ayue rasa macam sesuai pula dengan kulit Ayue ni? Haha. Warna-warna ni semua sangat sesuai dengan apa jua tona kulit sebenarnya. Itu yang warna merah pun Ayue rasa cantik dengan kulit Ayue ni. Anda rasa yang warna mana nampak sesuai dengan Ayue? Ayue suka Taupe That untuk siang hari dengan Red Siren untuk malamnya!



Sekarang nak pakai lipstick tak risau lagi dah. Sap sap soi je siap. Tak payah nak touch up lama-lama. Texturenya pun sangat lembut, senang nak apply. Tahan lama pula tu even Ayue dah hentam macam-macam. Of course lah warna dia akan fade sikit. Tapi still, tak hilang. Tetap maintain berlipstick. Setakat ni Ayue hanya apply sekali saja. Tak payah nak reapply lagi bila keluar sebab lipstick ni tahan lama.


Haa, mesti anda dah tak sabar nak tahu harga lipstick ni kan? Kalau Ayue beritahu mesti anda tak percaya sebab murah sangat kalau nak dibandingkan dengan kualiti yang diberi. Harga sebotol Mary Kay At Play Matte Liquid Lip Colour (6.5g) ni hanya RM39 saja. Boleh beli dekat mana-mana Beauty Consultant Mary Kay. Jadi takda lagi alasan untuk anda beli produk-produk fake dekat luar sana yang boleh membahayakan kesihatan anda. Beli saja lipstick Mary Kay ni. Dijamin selamat dan sangat berkualiti. Puas hati lah beli.


Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi Mary Kay Independent Beauty Consultant 03-77117500 atau layari :

Umee Bottle Review | Botol Susu Anti Kolik

17 September 2018

Assalamualaikum. Colic atau kembung perut adalah nama yang diberikan apabila keadaan bayi anda menangis untuk lebih lama daripada 3 jam setiap hari, lebih daripada 3 hari seminggu. Sepanjang Qaayed membesar ni, so far baru 2 kali dia kembung perut, itu pun sebab salah makan. Ayue cuba makanan baru dekat dia and dia tak serasi dengan labu . Tapi ada juga baby yang kembung perut sebab menyusu kan?

Sebab tu Ayue selalu titik berat kan botol apa yang Qaayed pakai supaya tak jadi hal kembung perut. Penat tau melayan kerenah anak yang kembung perut ni, semua benda tak kena, menangis saja. Nak buat kerja lain pun tak senang hati tengok anak menangis. Betul tak? Malah salah satu benda penting yang Ayue sibuk study masa nak jadi ibu dulu adalah jenis botol susu dan putingnya. Yela, lain anak lain citarasanya. Sebagai ibu, Ayue mestilah nak yang terbaik untuk Qaayed.


Dah berbulan dah sebenarnya Qaayed pakai botol brand Umee ni. pertama kali pakai je memamg Qaayed dah jatuh hati. Mungkin sebab botolnya jenis wide neck. Qaayed sejak dari lahir memang dah pakai wide neck botol. Jenis puting yang lebar, sebab tu agaknya dia cepat serasi dengan botol Umee ni dan takda masalah langsung nak hisap susu.

Gift set yang Ayue dapat ni dari baby newborn (0+ bulan) lagi dah boleh guna sampai lah stage 3 (6-12bulan). Tapi kalau jenis baby yang macam Qaayed, dia jenis tak suka puting lubang besar. Even dah setahun ni dia masih guna lubang size S sebab bila Ayue bagi size M, dia cepat tersedak and reject botol susu. Trust me, bottle strike is not fun! baby tak nak minum susu guna botol tau. Kesian dia. Takpa lah pakai size S pun janji dia minum susu habis dan kenyang tak tersedak.


So gift ni memang sesuai untuk diberi sebagai hadiah untuk kawan-kawan yang ada baby baru tu sebab dalam dia ada set siap-siap dah untuk baby pakai dari lahir. Dalam set ni ada :

  • 2 x 260ml bottle with Stage 2 Nipple
  • 2 x 160ml bottle with Stage 1 Nipple
  • 1 x Stage 3 Teat
  • 1 x Stage X Cut Teat
  • 1 x Insulated Cover 160ml
  • 1 x Insulated Cover 260ml
  • 1 x Capsule Formula Dispenser





Nampak tak, lengkap semua kan. Sehari Qaayed akan pakai 6 botol. Ayue memang jenis suka pakai botol banyak. And semua dia paling suka bila Ayue bagi botol susu Umee ni. Untuk permulaan boleh bagi botol size 160ml dulu. Bila Qaayed dah makin besar, Ayue bagi pula botol 260ml. Ayue pula memang suka sebab kapasiti botol ni besar berbanding botol lain. 9oz terus boleh buat. And yang bestnya, set ni didatangkan sekali dengan insulated cover dimana suhu susu dalam botol tu akan tahan lebih lama. Bagus sangat untuk baby yang jenis nak minum susu suam je macam Qaayed tu. Huhu. Dia paling pantang susu sejuk, memang dia taknak. Bila ada insulated cover ni, lega lah sikit Ayue.



Umee bottle ni diperbuat daripada PPSU. Warna dia macam grey. Mudah untuk ibu-ibu lihat bila nak buat susu dan berbentuk ergonomik. Qaayed takda masalah langsung nak pegang botol sendiri even dengan insulated cover tu. Cuma, masa mula-mula guna Umee bottle ni, Ayue kekok sikit sebab dia ada lebih part berbanding botol biasa. Ada tambahan ring anti colic air vent. Benda ni lah yang membantu untuk mengelakkan baby kena kolik. Menarikkan sebab anti colic sistemnya adalah pada botol, bukan pada puting.



Reka bentuk air vent yang unik ni membolehkan udara memasuki botol dan mengurangkan gejala kolik malah dapat membantu baby untuk mengawal aliran cecair yang dihisap. Part ni kena basuh elok-elok tau untuk elak leaking dan incase ring ni dah tak boleh guna, anda boleh beli dekat link yang Ayue letak dekat bawah ni.


Untuk puting pula, dalam gift set ni ada semua size puting termasuk stage X. Jadi anda boleh lah cuba semua size puting bila baby makin membesar. Formula Dispenser dia pun smart sangat bentuknya. Senang nak tuang susu dan senang nak basuh juga. Ada 3 bahagian susu yang boleh diisi.


Apa yang Ayue perasan bila guna Umee bottle ni, Qaayed akan hisap sampai ke titisan akhir berbanding botol lain sebab selalunya Qaayed mesti tinggalkan sikit susu dalam botol dia. Lebih kurang 1oz macam ni. Ayue pun tak pasti kenapa. Bila suruh habiskan dia taknak. Tapi bila Ayue buat susu kurang 1 oz pula, dia marah sebab tak cukup. Pening kepala dibuatnya. Sebab tu bila dia minum guna Umee bottle, Ayue suka sebab habis licin each and everytime.




Oh ya, kalau anda ada nampak botol jenama Joovy Boob dari US, jangan terkejut pula bila tengok botol tu sebiji macam Umee. Ia adalah botol yang sama, cuma branding berlainan. Jangan ingat fake pula tau. Anda bole baca review mommy lain yang pernah gunakan botol Joovy Boob ni.


Lagi satu yang Ayue nak recommed untuk anda beli adalah U-COOL Straw Cup ni. Seriously memang berbaloi sangat sebab Qaayed suka minum air masak dari straw cup ni. Mungkin sebab bentuk botolnya macam penguin, comel sangat  kan.




Senang nak pegang, senang nak sedut air, mudah dibasuh, dan yang paling penting, bentuk dia sangat menarik perhatian baby untuk dipegang dan minum. Mudah nak ajar anak minum air masak lepas ni. Berkenan tak? Cepat beli ok?




Untuk maklumat lanjut dan pembelian, boleh layari :
https://www.koopers.co/category/brand/umee/


xoxo,

post signature
© AYUE IDRIS • www.ayueidris.com