Resepi Kerabu Kacang Botol Sedap dan Mudah

23 January 2019

Assalamualaikum. Kerabu kacang botol ni tak semua orang suka. Yang suka makan ulam macam Ayue je suka kerabu ni betul tak? Tapi percayalah, kerabu ni memang sedap sangat-sangat sampai semangkuk ni pun Ayue boleh habiskan seorang. Tapi sebab makan kat rumah mertua, kena lah control sikit kan. Haha. Resepi asal ni pun resepi mertua Ayue juga, Ayue ciplak resepi dia je. Nanti masa bulan ramadan teringin nak makan kerabu kacang botol, boleh lah buat sendiri dah. Tak payah nak beli kat bazaar ramadan yang belum tentu sedap tu. Huhu.


Resepi Kerabu Kacang Botol ni guna santan. Ada juga versi yang guna kelapa, tapi Ayue lebih suka versi yang guna santan ni sebab lagi sedap berlemak gitu, takda rasa hampas kelapa. Isi dalam dia pun boleh tukar ikut selera masing-masing. Nak guna kerang ke, lala ke, sotong ke, udang ke, semua boleh lah. Janji sedap.



Untuk resepi yang ini mertua Ayue guna lala sebab kebetulan Ayue memang bawa lala fresh dari rumah Ayue masa datang rumah mertua ni. Jadi dah alang-alang fresh tu kan, kita masak terus lah baru sedap. Okey, dah jom masak!



Resepi Kerabu Kacang Botol Sedap dan Mudah

Bahan-bahan

  • Cili Besar - 2 tangkai 
  • Cili Padi - 5 tangkai 
  • Belacan bakar - 1 inci
  • Asam jawa - 1 sudu kecil (Paste asam jawa adabi)
  • Kerisik - 1 sudu besar
  • Santan - 1/2 cawan
  • Gula - sedikit
  • Garam - sedikit 
  • Kacang Botol - 10 tangkai
  • Bawang besar - 1 biji
  • Bunga Kantan - 1 tangkai
  • Lala/Udang/Kerang/Sotong - secukupnya, ikut selera masing-masing



Cara masak

  1. Rebus lala hingga masak, kopek buang kulit, ketepikan.
  2. Tumbuk cili besar, cili padi dan belacan, kemudian masukkan dalam mangkuk.
  3. Campurkan asam jawa, kerisik, santan, gaul rata.
  4. Perasakan dengan gula dan garam.
  5. Hiris nipis kacang botol, bawang besar dan bunga kantan.
  6. Campurkan ke dalam mangkuk tadi.
  7. Masukkan lala. Gaul rata. Siap!





Mudah je kalau buat kerabu ni. hiris-hiris siap. Nak lagi pedas tambah je cili padi tu ha. Mak Ayue panggil sayur malas sebab tak payah masak. Hehe. Campur itu ini dah siap. Sedap pula tu. Pembuka selera masa nak buka puasa. Kalau rajin nak buat masa sahur pun boleh juga.

Ayue ni kalau nama kerabu tu, memang favourite Ayue lah. Favourite kerabu anda apa pula?



xoxo,

post signature

(Updated 2020) Link FREE SAMPLES untuk baby dan ibu mengandung

21 January 2019

Assalamualaikum. Ayue ingat lagi masa Ayue mengandung Qaayed dulu, macam-macam benda nak beli. Yelah, anak pertama lah katakan. Excitednya lain macam. Tapi Ayue baca tips-tips mommy yang dah ada pengalaman, masing-masing advise untuk Ayue test dulu free sample yang ada dekat Malaysia ni, kalau produk tu ok dengan baby, baru beli produk tu tanpa was-was. Baby ni masa lahir semuanya nampak comel, tapi rambut je sama hitam bak kata orang tua, kulit lain-lain. Haha. Yang bestnya, FREE SAMPLES ni tak payah susah-sudah nak keluar rumah cari pun. Isi je form online, tup-tup terus sampai depan rumah.





Wyeth S-26 bagi samples besar macam ni terus. Best kan?

Ada baby jenis kulit sensitif. Perut sensitif. Yang jenis kulit kebal tu hentam pakai apa pun semuanya ok. Yang sensitif ni macam mana? Takkan kejap-kejap nak beli pampers, tak sesuai kena tukar lain. Tu baru pampers, kalau susu? Mak aih, pening dibuatnya. Sebab tu bagusnya FREE SAMPLES ni. Tujuan dia untuk mommies macam Ayue ni cuba pelbagai pilihan yang ada untuk baby. Bila dah dapat yang sesuai, baru beli yang besar terus. Baby happy, tak meragam, ibu pun happy tak stress. Ye tak?








Qaayed dulu Ayue apply macam-macam FREE SAMPLES. Diapers, susu, baby food pun ada jugak cuma Ayue takda bagi baby food pun kat Qaayed sebab menu Qaayed memang Ayue masak hari-hari. So samples baby food tu Ayue bagi dekat adik Ayue.





Eh bukan barang baby je tau. Susu ibu mengandung pun bole dapat FREE SAMPLES. Haa, ni pun sama waktu dengannya. Kena yang jenis macam Ayue, jenis tak suka susu tepung. Jenuh lah nak beli macam-macam susu tepung materna tu nak minum. Semua yang Ayue cuba semua nya Ayue muntah balik ok. Takda yang sesuai. Last-last cuba Similac baru kena dengan tekak ni. Kan dah jimat kat situ? Satu tin susu materna bukan murah ya. Kalau tak boleh minum nak bagi kat siapa pulak? Membazir dah.

So untuk membantu semua mommies yang singgah blog Ayue ni, Ayue senaraikan dah semua link produk FREE SAMPLES untuk baby dan ibu mengandung yang Ayue pernah apply dan dapat produk untuk anda pula cuba. Moga-moga dapatlah permudahkan urusan anda macam mana Ayue dulu. Cuma, kalau ada link yang tak tak valid, broken, atau habis stock, boleh comment dekat bawah ye. Nanti Ayue cuba cari link yang lain.


FREE SAMPLES barangan baby (Formula milk/Susu formula)




FREE SAMPLES barangan baby (Diapers)



FREE SAMPLES ibu mengandung (Susu Materna)




Ok, ni je so far links yang aktif dan up-to-date (2020). InsyaAllah Ayue akan update time to time ya.

Note : Free samples ni biasanya perlukan anda untuk daftar sebagai ahli club dan lain-lain. Ada yang tak perlu. Lain company lain requirement dia. Isi je ok? And biasanya akan ambil masa 2 hingga 6 minggu untuk free samples tu sampai ke alamat yang anda berikan. So mommies, cepat-cepat apply tau!

Disclaimer : Ayue fully support breastfeeding. Entry ni untuk mommies yang tak bernasib baik macam Ayue untuk cari susu yang sesuai dan terbaik untuk anak tersayang. InsyaAllah.

Moga bermanfaat.



xoxo,

post signature

TEMA DAN TREND WARNA 2019 / 2020

04 January 2019

Assalamualaikum. Tahun ni lambat sikit Ayue update Tema dan Trend warna 2019/2020 sebab terleka dengan kehidupan seharian. Menjak-menjak jadi mak ni birthday sendiri pun boleh lupa. Hehe. Tapi jangan risau, Ayue tetap akan update sebab Ayue tau blog Ayue ni menjadi rujukan bakal pengantin untuk mencari warna tema sejak 6 tahun lepas. Alhamdulillah. Tahun 2019 ni warna tema dia menarik sebab color of the year untuk tahun 2019 adalah Living Coral. Haa, dah boleh dah lah tempah baju raya sedondon tahun ni kan?


Aduh, cantik pula warna Living Coral ni. Macam warna oren kemerahan yang fresh dan hidup!. Tahun 2019 ni suami dah pesan awal-awal supaya tempah baju raya siap-siap sebab nak sedondon. Tak nak jadi macam tahun lepas, berposak kami turun naik mall semata-mata nak cari baju yang sama warna. Maklum lah, dah ada anak ni sindrom sedondon tu kuat semacam. Haha. Cuma masalahnya raya haji tahun lepas kami dah pakai warna oren. Raya Aidlfitri ni nak pakai Living Coral pula ke? Hmm. Takpa, ada masa lagi nak fikir ni. Ayue fokus untuk bagi ilham untuk wedding anda dulu ok?


Okey, macam tahun-tahun sebelum ni, Ayue memang suka update color of the year untuk rujukan B2B (Bride to be) di luar sana. Yela, senang nak cari tema warna untuk perkahwinan anda kan. Biasanya kalau warna Living Coral ni, warna yang sepadan dengan dia adalah tona hijau dan turquoise atau aqua supaya wedding nampak happy, cheeky dan fresh. Untuk wedding yang elegan, mungkin boleh gabungkan dengan warna putih. champagne, dark navy atau grey.

Baca : Tema dan Trend Warna 2018/2019

Tema warna perkahwinan 2019

Living Coral











Pakar dari Pantone telah memilih Living Coral sebagai tema warna 2019. Aduh, cantik betul lah. Kalau tahun 2018 Ultra Violet nampak kelam , tahun 2019 ni nampak ceria. Gabungkan saja dengan warna pilihan anda, pasti majlis perkahwinan anda nampak sangat cantik.

Tapi jangan risau, kalau anda tidak berkenan dengan warna Living Coral, ni Ayue ada senaraikan Top 10 warna untuk tahun 2019 yang lain untuk rujukan anda.


Tema dan Trend Warna 2019/2020

Tak suka wedding satu warna je? Takpa, Pantone siap senaraikan lagi color apa yang sesuai dengan Top 11 color 2019 ni.



1) Fiesta PANTONE 17-1564





2) Jester Red PANTONE 19-1862




3) Turmeric PANTONE 15-1264





4) Pink Peacock PANTONE 18-2045





5) Pepper Stem PANTONE 17-0542





6) Aspen Gold PANTONE 13-0850




7) Princess Blue PANTONE 19-4150





8) Toffee PANTONE 18-1031 





9) Mango Mojito PANTONE 15-0960




10) Terrarium Moss PANTONE 18-0416





11) Sweet Lilac PANTONE 14-2808




Haa, rambang mata terus kan? Hehe. Takpa, Perlahan-lahan pilih ok? Bersanding sekali je, kena lah rancang betul-betul supaya tak menyesal kemudian hari. 

Have fun choosing your best colour ladies~

Info and picture credit to Pantone


xoxo,

post signature
© AYUE IDRIS • www.ayueidris.com