Mayfair Bodyline Treatment + GiveAway !!

Monday, August 25, 2014

[Sponsored Post]


Salam awak!

Menjak-menjak lepas raya ni..ramai sangat yang tegur berat badan saya naik! Makin mokmok! Mana tak nya, raya hari tu saya hentam je makan semua benda. Berminyak ke..berlemak ke..semua saya bedal..Mak la ni..masak sedap sangat..err...salahkan mak pulak ek..haha! Masa tu perkataan “DIET” hilang kejap dari kamus hidup..nak exercise lepas raya? Alasan standard dari saya, “Busy sangatlah! Takda masa~ “ Hmmm..

So hari tu, masa dapat invite untuk ke Mayfair Bodyline Treatment, saya macam.......yeay!! Memang sangat-sangatlah diperlukan..boleh manjakan diri sebab penat masa raya pun tak habis lagi kan.

Bertempat di Mayfair Bodyline, Beauty Hall Pavilion.


Untuk awak yang tidak tau, Mayfair Bodyline ni sudah berpengalaman selama 29 tahun dalam bidang kecantikkan dan kelangsingan dan mempunyai 31 cawangan di seluruh Malaysia.

Sampai saya di sana, saya kena isi boring pertanyaan ni dulu. Tujuannya untuk mereka tau keadaan badan kita ni macam mana..ada allergy ke..takde ke..semua ada dalam tu J

Kemudian saya dipanggil oleh pakar perunding mereka untuk diberi penerangan tentang keadaan wajah saya.

Tengok tu..4 kotak besar dalam skrin tu adalah keadaan kulit saya sekarang. Sangat kering dan tidak sihat. L

Selesai tentang wajah, saya diberi penerangan tentang badan pula. Kalau tadi kulit saya kering dan tidak sihat, untuk badan pula lagi lah kan..mokmok sangat dah ni oiii~

Tak sanggup sebenarnya nak timbang..huhu..tapi nak buat rawatan kan..kena la tau berat badan saya berapa..and please, jangan tanya berapa okey?! Hahah

Berdasar analisis pakar perunding Mayfair Bodyline tadi, mereka menawarkan  saya membuat 4 rawatan..3 rawatan badan, dan 1 rawatan muka..yeay!!

haa, ni la tempat saya diberi rawatan muka dan badan. Sangat selesa. Siap ada muzik yang sangat menenangkan jiwa sampai saya hampir-hampir terlelap tau!

Ini pula robe, pakaian saya sepanjang rawatan tu nanti J


Untuk badan, rawatan pertama saya ialah SimMaster!


Mayfair SlimMaster ni merupakan teknologi pelansingan terkini yang mengaplikasikan tekanan positif dan negative untuk menjana gelembung mikro bagi memecahkan sel-sel lemak dengan selamat, invasive dan tidak memancarkan sinaran bahaya yang boleh memberikan kesan sampingan kelak.

Ciri-ciri istimewa SlimMaster:
·         Detoksifikasi
·         Menghapuskan lemak degil
·         Menggalakkan Metabolisme
·         Menghapuskan selulit
·         Bersamaan Liposuction lemak sebanyak 125gm

Ni adalah mesin SlimMaster yang mereka gunakan untuk rawatan ini. Apa yang menariknya, 1 sesi SlimMaster ni bersamaan dengan 125mg Liposuction lemak tau! Ohsem gila kan?

Semasa rawatan ini, awak akan dengar satu bunyi dimana hanya awak sahaja yang akan dengar walaupun pakar rawatan Mayfair tu ada kat sebelah awak! Bunyi tu adalah ultra-bunyi yang mencipta dan menjana mikro-buih yang melanggar permukaan sel-sel lemak untuk memecahkan lemak . Kemudian ia diserap oleh sistem limfa dan sistem perparitan yang akan disingkirkan daripada badan. Rawatan ini juga merangsang badan untuk meningkatkan rembesan enzim LPL yang menguraikan asid lemak menjadi tenaga.

Untuk bagi awak lebih faham tentang SlimMaster ni, saya sertakan video bagaimana SlimMaster ni boleh memecahkan lemak dengan hanya 5 minit!


Lepas dari rawatan SlimMaster ni..seriously, saya memang nampak perubahan ketara yang berlaku pada badan saya. Lemak-lemak yang dulu keras je sekeling perut tu jadi lembik. Itu maksudnya lemak-lemak saya da pecah dan mengecil! Yeay!  Nak tepek gambar before and after macam tak sesuai plak kan? Hahah :p


Rawatan kedua pula adalah CLA Chili Slimming
CLA Chili Slimming merupakan salah satu rawatan Mayfair yang sangat berkesan dan Mayfair adalah salah satu  syarikat yang pertama di Malaysia yang memulakan rawatan ini dalam industri pelangsingan badan.

Mayfair Chili Krim ini mengandungi intipati CLA - capsicum yang diekstrak  dari benih cili. Ia berkesan dan serta-merta merangsang penguraian dan perkumuhan lemak badan. Chili Krim ini turut  membantu peningkatkan peredaran darah dan saliran limfa.

Semasa rawatan ini, Chili Krim ni disapukan ke seluruh badan saya dan kemudian saya dibalut dengan plastic wrap!

Seterusnya rawatan ketiga. HEAT Circulation.
Lepas dibalut dengan plastic wrap tadi, saya dibalut pula dengan heat blanket. Heat blanket ini membantu dalam melegakan otot, meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan pembendungan cecair.

Yang bestnya, lepas pakai heat blanket ni, saya keluar banyak sangat peluh tanpa sedar dan heat blanket ni takde la panas mana walaupun saya dibalut dengan chilli krim tadi. Saya sempat lelap sekejap masa rawatan ketiga ni selama 30 minit..hehe..nampak sangat tak betapa selesanya saya..sampai terlelap..melampau betol.. :p

Lepas dari SlimMaster yang memecahkan lemak tu, pakai pula Chili Krim, dan kemudian heat blanket..memang lagi ketara la kan perubahan yang saya nampak..badan pun rasa ringan dan selesa je..Okey, selesai rawatan untuk badan..kita ke rawatan muka pulak..yeay!

Saya diberi rawatan Medijet-Face untuk rawatan muka sebab kulit saya kering.

Rawatan ini menggunakan konsep mesoterapi tetapi tanpa jarum! Ia menggunakan teknik suntikan gelombang elektrik yang boleh mengembangkan 650 – 800 liang mikro dalam masa 2 saat! Ia membolehkan kulit membawa 99% nutrient yang dikehendaki ke lapisan basal dan disimpan selama 72 jam.

Manfaat Medijet-Face
·         Memperbaiki tekstur kulit serta warna kulit yang tidak sekata
·         Megurangkan garis-gari halus, penuaan kulit
·         Memperbaiki jerawat, parut kulit sensitive
·         Mengurangkan pigmentasi, perubahan warna kulit
·         Memperbaiki kulit kering, kulit berminyak
·         Mengurangkan selulit
·         Bosom stimulation


Ni pula adalah mesin Medijet-Face tu ye. Masa rawatan ni, saya rasa kulit muka saya macam bergegar..hehe..dan last, mereka pakaikan saya mask untuk menambahkan nutrient dan melegakan kulit saya lepas gegar-gegar tadi J

Yang bestnya, Medijet-Face ni boleh menampakkan kesan walaupun pada rawatan pertama.

Haaa, nampak tak perubahan sebelum dan selepas saya menggunakan Medijet-Face ni? Ketara kan?
Selepas, eye-bag saya berkurangan..pipi saya makin naik dan gebu..dan paling penting saya dapat rasa kulit saya lembab..tak kering lagi~  J

Gambar-gambar ni semua takde filter ye..tujuan saya adalah untuk awak tengok sendiri kesan sebenar selepas saya menerima rawatan dari Mayfair Bodyline ni J

Ni la dia orang yang tahan melayan kerenah saya sepanjang rawatan tadi..hehe

Dan ni pula adalah sebahagian dari pakar perunding Mayfair Bodyline yang sangat professional dan ramah. Saya tak rasa kekok langsung masa berada di sini J

Untuk awak yang teringin nak cuba rawatan di Mayfair ni. Ada FREE Trial sehingga bulan September 2014 nanti ye. Jangan lepaskan peluang tau.

Dan, bukan itu saja. Mayfair juga sedang membuat promosi dimana awak boleh pilih 5 rawatan di atas dengan hanya RM29!!  Rugi oiii kalau tak cuba. Its time to start loving yourself J

Terima kasih Mayfair Bodyline untuk perkhidmatan yang terbaik ni. Untuk awak, da tiba masanya untuk awak manjakan diri awak pula. Pergi saja ke Mayfair, mereka akan guide awak dari awal hingga habis untuk capai impian awak tu ha okey?

Dan berita baik untuk awak..


GIVEAWAY!!

Awak nak tak rawatan percuma dari Mayfair Bodyline ni? Kalau nak, awak hanya perlu beritahu saya kenapa awak patut dapat rawatan percuma ni. 10 jawapan yang kreatif dan mencuit hati saya akan menerima hadiah rawatan percuma ni ye? Jangan risau dekat mana nak dapatkan rawatan percuma ni..Mayfair kan ada 31 cawangan di seluruh Malaysia. Awak boleh pergi yang mana yang terdekat ye.


oh ye, jangan lupa letakkan sekali blog url dan email awak ye? Supaya senang saya nak contact awak nanti J

untuk maklumat lanjut, sila layari:


Mayfair Bodyline, pakar pelangsingan yang anda boleh percayai!



xoxo,


post signature

Sponsored post by Mayfair Bodyline

You Might Also Like

7 comments

  1. Nmpk menarik OK lya nak join nnt hhee

    ReplyDelete
  2. Untung ar untung ar sponsored post lagi. Ekekekeke. :P

    ReplyDelete
  3. Dulu pernah dapat kupon free mayfair. Tapi tak pernah guna. Teringin gak nak buat. Sbb ana tak pernah buat rawatan2 kecantikan cenni. Hihi. Btw jelas sgt muka akak before and after. :D

    ReplyDelete
  4. syoknya... Dengan ini Azwar try join giveaway kak ayue ye. Kenapa awak patut dapat rawatan percuma ini?

    Jawapannya : Saya patut dapat rawatan percuma ini disebabkan dah lama sangat tak manjakan tubuh badan sendiri. Disebabkan jarang bersenam, lemak pun meningkat dengan jayanya sekali. Tambahan pula, cawangan mayfair ini pula ada dekat Klang. Kira berbaloi sangat kalau dapat pergi. :)

    ReplyDelete
  5. lupa satu benda..

    link blog: http://miss-azwarsyuhada.blogspot.com
    email: azwa_gem94@yahoo.com

    ReplyDelete
  6. Ya Allah,pas baca entry ni,makin tak sabar gakkkkkkkkkkkkkkk nak merasa !!!!!!!

    ReplyDelete
  7. as salam cik ayue..
    lama x singgah cni..
    harap hari cik Ayue baik-baik saje..

    inshaAllah next time cik gee cuba mayfair pulak ye!!!
    heee!!

    ReplyDelete

Youtube Channel