Butterfly Beauty Challenge : Shizens Lip Tattoo

Sunday, January 11, 2015

Assalamualaikum awak~

Ingat lagi kisah Beauty box yang saya dapat masa Butterfly Christmas Dinner hari tu? Haa, kali ni saya nak review salah satu daripada 10 produk yang ada kat dalam tu..hehe...


Produk pertama jadi mangsa review adalah Shizens Lip Tattoo. Sejujurnya, saya memang tak pernah dengar pun nama Shizens ni. Maklum lah, saya bukan orang yang jenis bermekap dan pandai mekap, Jadi, bila dapat Lip Tattoo ni, saya jadi tak sabar nak cuba sebab Shizens Lip Tattoo ni merupakan star produk dari Shizens. Huishhh, apa yang best sangat sampai boleh jadi star produk tu kan?

Okey.



Shizens Lip Tattoo

"Lip Tattoo adds a spread of moisture to relieve the formation of fine lines. It helps to lighten dark pigmented lip and gradually turn them into rosy tones.


Haa..Lip Tatto ni boleh buat bibir awak jadi merah pink-pink gitu..hebat tak hebat..hehe.



Cuba awak perhatikan, Lip Tattoo ni colour dia putih kan? Jangan pelik pulak sebab dia memang colour putih. Bila awak apply ke bibir..baru colour putih tu akan transform jadi warna pink! Itu lah kelebihan Lip Tattoo ni..ia merubah mengikut warna darah..Bukan tu je, rasa moisture tu akan buat bibir awak kurang garis-garis halus. :)


Sepanjang saya pakai Lip Tattoo ni, apa yang saya boleh simpulkan ialah..bila pakai, bibir saya memang akan jadi pink..cantik sangat sebab nampak natural..ecece..dan, tak macam lip gloss or lip balm lain, saya takda rasa melekit ke apa..cuma ada rasa masin-masin sikit bila kena lidah..dan yang paling penting, takda rasa macam pakai apa-apa pun dekat bibir ni. Sesuai sangat untuk orang yang tak gemar mekap macam saya..hehe.

Tak sabar nak cuba lah tu kan? Okey..ini info dia.

Shizens Lip Tattoo

Harga : RM168
Kuantiti : 8ml


Boleh pergi ke kiosk Shizens di pasaraya tertentu. Klik sini untuk tengok kat pasaraya mana ada..Semalam saya nampak ada dekat One Utama..hehe..baru perasan :p

Iye...saya tau..harga dia tak lah affordable sangat kan? Saya pun fikir dua tiga kali jugak ni kalau nak beli..hehe..tapi, percayalah, memang tak rugi pun beli sebab totally worth it! Saya suka pakai :) 
Nak cantik punya pasal, RM168 tu pejam mata je lah...hahah!


Untuk info lanjut, boleh jengah web mereka ya :


Facebook:


Website :






xoxo,

post signature

You Might Also Like

12 comments

  1. Bestnyaaa pakai make up mahal mahal ni hihi. Nak jugak pls kak Ayue bagilah surprise box kat Nad hahaha

    ReplyDelete
  2. Batuk kita tengok harga tapi nampak macam best sangat :D

    ReplyDelete
  3. Cantik!!!!! But too pricey for me alahai thanks kak ayuuuu tapi nak gakkkkkkkk hihi

    ReplyDelete
  4. hoi la rege dia....makan sireh jela nak kasi pink pink merah :P

    ReplyDelete
  5. Ade try tdi kat sogo..then nyesal lak xbeli...but too pricey 😢

    ReplyDelete
  6. Ade try tdi kat sogo..then nyesal lak xbeli...but too pricey 😢

    ReplyDelete

Youtube Channel

Blog List

Blog Archive