Zaria RED by Zarra Sinar Puteri

Tuesday, January 27, 2015


Assalamualaikum awak~




Rasanya da lebih dari sebulan da saya start pakai Set Zaria RED dari Zarra ni..hasil dia memang memberangsangkan..mulanya agak takut sebab yelah, kulit saya agak sensitif menjak-menjak ni.lagi pulak nak cuba produk baru..lagi lah takut kan?

Tapi alhamdulillah..sepanjang penggunaan Set Zaria RED dari Zarra ni, takda sebarang masalah pun pada kulit saya...malah yang bintik-bintik halus tu da mula kurang..cuma satu je, bila "hormon" itu menjelma..memang tak dapat nak buat apa..haha..tetap akan naik walau sebutir jerawat..ngada betol.

Produk ni masih baru lagi di pasaran..mungkin ada diantara awak yang belum tau..tapi takpa..meh saya nak jelas kan satu per satu langkah penggunaan set ni ya..


Zaria RED - Set Penjagaan harian 4 dalam 1


Harga : RM120.00  RM78.00 (Promo)


Langkah 1 : Pembersih (Cleanser) 



Pembersih 80ml

Membersih, menyegar dan mencerah. Sesuai untuk semua jenis kulit.



Cara Guna :

Goncang botol sebelum guna. Tuang gel pembersih pada hujung jari dan urut keseluruh muka dan leher dengan lembut. Bilas dengan air.


Langkah 2 : Penyegar (Toner)



Penyegar 60 ml

Menyaman dan menyegarkan kulit. Memelihara dan membuatkan kulit lebih sihat.



Cara guna :

Lap muka dan seterusnya pakai Penyegar. Tidak perlu pakai kapas muka semasa menggunakan Penyegar kerana ia dalam botol jenis spray. Hanya sembur rata pada wajah dan ditepuk-­‐tepuk perlahan dengan hujung jari sehingga menyerap. Untuk kesan terbaik gunakan setiap hari sebagai rutin kecantikan.


Langkah 3 : Krim Pelembap Siang (Day Cream)


Day Cream (Krim Siang) 10g

Mencegah kulit kering, melindung wajah daripada sinaran UV dan mengekalkan kelembapan dan kesegaran kulit wajah sepanjang hari.



Cara Guna :

Sapu rata krim ke seluruh kulit muka dan leher sebelum menggunakan mekap. Untuk kesan terbaik gunakan setiap hari pada waktu siang sebagai krim pelembap dan pelindung


Langkah 4 : Krim Pelembap Malam (Night Cream)


Krim Malam 10g

Meremaja, membina elastin dan kekenyalan kulit. Memperbaharui pertumbuhan sel kulit dan mengekalkan kelembapan kulit muka sepanjang malam.


Cara guna :
Pada sebelah malam pula selepas cuci muka dengan Pembersih dan Penyegar, Letak krim pada hujung jari dan sapu rata ke seluruh kulit muka. Urut lembut pada gerakan arah keluar dan ke atas. Untuk kesan terbaik gunakan setiap malam dimana ia bertindak sebagai krim pelembap dan juga membantu merawat masalah seperti jerawat. 

Tips : Disyorkan sapu lebih sedikit Krim Malam pada bahagian jerawat supaya ia cepat mengecut.



Okey. Itu adalah set yang basic..kalau awak nak tambahan, awak boleh dapatkan Set Anti Penuaan untuk kekalkan awet muda awak tu. Ada 2 produk iaitu Zarra BB Krim dan Zarra Masker Kolagen. Kedua-dua produk ni mempuyai kolagen tau..bukan dari rumpai laut...tapi dari ekstrak jagung :)




ZARRA Krim BB ++ Kolagen


Krim BB ++ Kolagen 10ml
Harga : RM38.00


Krim BB sebagai alas bedak/mekap. Memberi tona kulit yang sekata dan menjadikan wajah selembut kulit bayi dan kelihatan awet muda.


Cara Guna :
Tuang krim secukupnya pada bahagian atas tangan. Gunakan hujung jari dan letak sebanyak lima dot pada hidung, dagu, dua pipi dan dahi. Ratakan sapuan dengan perlahan sehingga melitupi seluruh muka dan leher.



Zarra Masker Kolagen


Harga : RM45 (10 pek/kotak) / RM5 (1 pek)

Masker ini juga membantu menjadikan kulit lebih cerah, menghaluskan, melembabkan, dan menjadikan kulit lebih berseri. Tiada lagi kedut dan garis halus mahupun wajah yang kusam.


Cara Guna :
Buka paket dan sapu rata masker ke seluruh wajah dan leher. Elakkan sapuan pada bahagian mata dan bibir. Pakai sebelum tidur dan biarkan pada wajah semalaman. Cuci masker pada wajah pada keesokannya selepas bangun daripada tidur. Boleh digunakan setiap malam atau selang sehari.


* Harga dipaparkan adalah harga pasaran sekarang dan tertakluk kepada perubahan harga dan promosi terkini.



Ketahui lah wahai awak, ke empat-empat produk yang ada dalam Set Zaria RED ni semuanya wangi! Sangat wangi..langsung takda rasa pening kepala lepas pakai..tambah-tambah yang krim malam tu..time nak tido pakai, rasa nyaman je..tido lena sebab bau wangi dia lembut :)

Lepas sebulan, mesti lah da nampak kesan kan? Ni ha..

Taraaa..suka pakai BB Krim Kolagen dia sebab kurang berminyak dan sesari dengan kulit :)
Awak boleh tengok sendiri kulit wajah saya da mula kurang bintik-bintik kan? Pastu kurang berminyak...suka sangat! hehe..
Dan yang paling penting, produk ni ada kelulusan KKM tau..


Awak nak cuba jugak? Boleh je..Set ni boleh didapati di kedai-­‐kedai,toko-­‐toko jamu, kiosk-­‐kiosk jamu di hypermarket dan supermarket, farmasi terpilih..atau cepat-cepat jengah laman web Zarra ok?

Atau awak nak order dengan saya terus pun boleh..takda masalah :)
Boleh pm saya di FB ye?



Untuk keterangan lanjut:

Instagram : @zarra.my
Toll free : 1-300-22-7622
SMS/Whatsapp/Wechat : 012-622 9970 / 019-344 7788 / 013-997 9970
Email : zarra.myinfo@gmail.com
Hashtag : #ZarraSinarPuteri




"Semarak Cinta Zarra Sinar Puteri"





Ps: Zarra Sinar Puteri merupakan Penaja Platinum bagi ABPBH 2014 tahun ni..kot-kot la dapat pergi ABHBP tu kan best? hahah :p




xoxo,

post signature

You Might Also Like

4 comments

  1. tak pernah try lagi produk ni.heheh

    ReplyDelete
  2. peh peh femes betul ah kak ayu sekarang..
    jgn lupa qila eh <3
    kikiki
    btw piwitt <3333
    and yes zarra ni mcm tempting je ish

    ReplyDelete
  3. Nice product review!
    Hebat juga produk ni ya ala ala qu puteh hehehe

    ReplyDelete
  4. Da la da cantik , femes pula. Makin cantik meletopppp la dia pasni. :P

    ReplyDelete

Youtube Channel

Blog List

Blog Archive