Elizabeth Tan, Duta baru Magic RED by Zarra Sinar Puteri

Sunday, March 01, 2015

Assalamualaikum~




24 February 2015,  saya hadir ke Majlis Pelancaran Magic RED by Zarra Sinar Puteri di Lim Kok Wing Universiti dimana Elizabeth Tan diperkenalkan sebagai duta produk baru itu. Sebelum ni saya pernah bercerita tentang Zaria RED, set penjagaan harian 4 dalam 1 yang terdiri daripada cleanser, toner, krim siang dan krim malam. Kali ni, saya nak perkenalkan dekat awak produk 4 dalam 1 jugak, tapi dalam satu produk sahaja iaitu Pencuci Wajah Magic RED. Hebat kan? 




Siapa yang tak nak kulit gebu bersih tanpa sebarang cela. Saya pun teringin juga. Ada yang sanggup habis ribuan ribu ringgit semata-mata untuk dapatkan kulit yang cantik dan putih. Tapi tak kesemuanya memberikan hasil yang diimpikan. Membazir.



Magic RED, pencuci wajah terbaru dari rangkaian produk Zarra Sinar Puteri bukan saja mencuci wajah dengan lebih mendalam dan sempurna, malah ia diformulasi dengan 4 kebaikan iaitu membersih, menyegar, melembab dan mencerahkan kulit wajah sekali gus. 

Dengan teknologi NANO, ia dapat mengesan dan memperbaiki masalah pada kulit wajah dengan tepat dan berkesan. Kandungan dalam MagicRED ni pula hanya berasaskan tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan gred terbaik seperti buah badam, avokado dan citrus.

Bagi saya, satu produk yang mempunyai kebaikan 4 dalam 1 ni sangat lah bagus dan menjimatkan. Mana tak nya, dalam satu masa awak boleh membersih, menyegar, melembut dan memutih sekali gus. Jimat masa kan? Malah jimat duit sebab tak perlu nak beli toner dan moisturizer lagi da. 



Duta produk ni pula, Elizabeth Tan dipilih kerana selari dengan sasaran produk ini iaitu golongan remaja dan awal 20-an. Malah, gandingan ini adalah sangat serasi sebab kedua-dua nama ni sedang meningkat naik dalam industri masing-masing. Lagu "Knock Knock" tu favorite saya tau. :)



Pencuci Wajah MagicRED by Zarra Sinar Puteri ni akan ada dipasaran tak lama lagi dengan harga yang murah. Apa yang bestnya, produk Zarra ni bukan saja boleh didapatkan di pasaraya besar, tapi di farmasi dan kedai-kedai runcit pun boleh. Motif utamanya adalah untuk membolehkan produk Zarra ni digunakan oleh kesemua golongan. Mesti ada diantara awak yang tak sabar nak cuba kan? Nanti saya akan update harga dia ya?

Update :

Harga Magic RED by Zarra Sinar Puteri : RM14.50

Selain tu awak boleh beli direct je dengan saya atau pun secara online di sini :




Kempen promosi MagicRED dan memperkenalkan Elizabeth Tan selaku duta produk akan dijalankan secara agresif sepanjang roadshows ABPBH 2014 mulai March ni. Haa, ni la peluang awak untuk dapatkan produk MagicRED khas dari Elizabeth Tan. Hehe. Pergi terjah roadshow tu nanti tau :)







Oh ye, untuk pengguna tegar produk Zarra, awak da jadi Ahli VIP ke belom? 
Kalau belom, sila lah daftar sebagai Ahli VIP Zarra Sinar Puteri ya sebab ada pelbagai kelebihan dan keistimewaan yang ditawarkan tau.

Antaranya :
- Promosi & tawaran sehingga 40%
- Hadiah istimewa sempena hari lahir
- Tips & info kecantikan daripada pengasas Zarra itu sendiri iaitu Datin Zamzarina Zambri
- Berpeluang mengikuti pelbagai aktiviti eksklusif seperti hi-tea, makan malam, aktiviti outdoor dan melancong

Best kan? Daftar cepat-cepat okey?


Cara daftar dia senang je. Taip

REG <jarak> ZARRA <jarak> Nama

dan SMS ke 32838

Settle :)





Ramai tak peminat Elizabeth Tan? Jom tengok video lagu terbaru dari Elizabeth Tan, berjudul MagicRED. Lizzy rap tau :)





Untuk maklumat lanjut, boleh layari :

Instagram : @zarra.my
Toll free : 1-300-22-7622
SMS/Whatsapp/Wechat : 012-622 9970 / 019-344 7788 / 013-997 9970
Email : zarra.myinfo@gmail.com
Hashtag : #ZarraSinarPuteri


"Macam Zarra Jeee~"


xoxo,


post signature

You Might Also Like

3 comments

Youtube Channel

Blog Archive