Moist Diane Hair Care Mampu buat rambut saya lembut!

Saturday, February 28, 2015

Assalamualaikum~

Saya percaya, ramai antara awak yang bertudung ni mempunyai masalah sama macam saya. Kulit rambut tidak sihat, kelemumur, rambut gugur, rambut keras, macam-macam lagi lah. Betol tak? Saya faham sebab saya pun ada mengalami masalah yang sama. Terutama sekali masalah rambut keras kedegang tu.

Sumber : Google

Saya tidak faham kenapa dan bagaimana rambut saya mempunyai masalah macam tu. Pelbagai jenis shampoo da saya cuba, tapi hasil dia tetap sama. Mungkin ada la yang lembut sikit, tapi tidak betol-betol lembut. Disebabkan saya bertudung, jadi saya kurang ambil perhatian sangat dengan masalah ni.

Sumber : Google

Mesti awak rasa stress kan tiap kali lepas basuh rambut, masa rambut still basah, elok je cantik tersusun, jatuh ke bawah. Tapi, bila da kering, hamek kau macam baru lepas kena elektrik. Haha. Tambah-tambah masa shampoo, mesti awak tonyoh-tonyoh rambut tu sampai dia berselirat kan? Lepas tu masa nak sikat jadi macam mana? Horror. Tak sanggup nak cakap. Kalau yang ada masalah rambut gugur. Masa ni lah rambut tu akan gugur 200% dari biasa. Serious.

Sebenarnya saya sedang pakai satu shampoo yang da bertahun saya guna. Tak teringin nak tukar pun sebab saya suka bau shampoo tu. Macam yang saya cakap tadi, disebabkan saya bertudung, masalah rambut keras tu tak menjejaskan saya pun.



Sampai la saya hadir ke majlis pelancaran Moist Diane Hair Care. The Edge Hair Studio di Grand Millennium Hotel, saya diperkenalkan dengan shampoo premium dari Japan yang berasaskan minyak. Ada 8 jenis bahan yang terdapat dalam Moist Diane ni, antaranya :

Moroccan Argan Oil
Baobab Oil
Cupuacu Butter
Virgin Prune Oil
Lupine Oil
Andiroba Oil
Mango Seed Oil
Marula Oil

Cuci rambut di The Edge Hair Studio

Ada Argan oil tau! Argan oil tersangat lah bagus untuk muka. Dan sekarang ni saya dapat tau yang ia juga bagus untuk rambut. Kenapa?
Sebab Argan Oil dari Morocco ni mempunyai keupayaan untuk membersih secara mendalam, memelihara dan hydrate semula rambut setiap kali basuhan. Dengan berkonsepkan Oil Shampoo menjadikan Moist Diane berada didalam kategori Luxurious RARE sebab Moist Diane mempunyai kualiti yang setanding shampoo di salon, tetapi dengan harga retail. 

Tertarik kan? Ye, saya tau sebab saya sendiri teruja nak cuba Oil Shampoo ni :) 
Buat masa sekarang, hanya ada 3 jenis shampoo dari Moist Diane di pasaran Malaysia iaitu :


Moist Diane : Moist & Shine

Moist & Shine : Repairs damaged hair remarkably from the core with moisture ingredients. Leads to smoother, brighter hair
Sesuai untuk mereka yang inginkan rambut lebih lembut.


Harga : RM29.90 sebotol

New Generation Hybrid Rare : Argan Oil
Synergy Rare Oil : Cupuacu. Mango Seed Oil
PhytoCellTech Ingredient : Apple Stem Cell
Scalp & Hair Vitamin Ingredients : Vitamin B
Scalp & Hair Protein Ingredients : Amino Acid + Black Pearl, Jellyfish Collagen
Scalp & Hair Repair Ingredients : Complex Technology/ Rice Extract


Moist Diane : Volume & Scalp

Volume & Scalp : Recuperates damage scalp without any burden on skin. Rebuilds weakening barrier and moisture function of scalp
Harga : RM29.90 sebotol

Sesuai untuk mereka yang mempunyai kerosakan kulit kepala. Ia dapat menguatkan semula rambut yang lemah dan mengembalikan kelembapan kulit kepala.

New Generation Hybrid Rare : Argan Oil
Synergy Rare Oil : Marula Oil. Lupine Oil
PhytoCellTech Ingredient : Alp Rose Stem Cell
Scalp & Hair Vitamin Ingredients : Vitamin P. Vitamin H. Coenzyma Q10
Scalp & Hair Protein Ingredients : Collagen. Silk
Scalp & Hair Moisture Ingredient s : Aldavine. Deep Seaweed
Scalp & Hair Repair Ingredients : New Generation Phyto Peptide
Ion Complex Technology/ Rice Extract


Moist Diane : Extra Damage Repair

Extra Damage Repair : Repairs damaged hair by delivering nourishing moisture deep into the hair. Improves and replaces lost moisture inside hair and seals in the water to keep hair hydrated. Repair ingredients lead to moisture-rich, bright and shiny hair
Harga : RM31.90 sebotol

Sesuai untuk mereka yang mempunyai rambut yang rosak. Ia dapat memperbaiki rambut yang rosak dengan memberi kelembapan jauh ke dalam rambut dan menyimpan air di dalam rambut supaya rambut kekal hydrated.

Next Generation Hybrid Rare Oil : Cactus oil + Argan Oil
Synergy Rare Oil Ingredient : Cupuasu butter, Mango Seed Oil
PhytoCellTech Ingredient : Apple Stem Cells + Alp Rose Stem Cell
Extra Damage Release : Vitamin
Extra Damage Release : Nanokeratin + live keratin + honeytin amino acid + Black Pearl
Moisture Ingredient : G Hyluronic Acid (3 Types of hyaluronic acid), Jelly Fish Collagen
Scalp & hair Repair Ingredients : Phytopeptide Ion Complex Technology, Rice Extract



Antara ketiga-tiga jenis ni, saya da cuba yang Moist & Shine. Percaya atau tidak, rambut saya yang keras kedegang tu terus lembut selembut nya hanya selepas satu (1) cucian!! Seriously saya tak sangka Oil Shampoo ni sehebat ini. Kalau dulu saya selalu tengok iklan TV yang rambut model tu lulus lembut, tersusun teratur, jatuh elok je kan lepas shampoo. Tapi bila saya cuba, result dia tidak seperti yang diiklan kan. 


Sumber : Google

Dengan Moist Diane rambut saya jadi macam dalam TV tu! Whoa. Happy gila weyh. Mana tak nya, tak pernah saya bayang kan rambut saya boleh kembali terurus walaupun lepas seharian pakai tudung. Yela, pakai tudung mesti ikat rambut kuat-kuat. Pastu bila buka, rambut jadi ikal. Betol tak? Tapi lepas pakai shampoo ni, rambut saya elok je straight balik!!

Kalau awak nak tau, salah satu sebab yang buat saya suka sangat dengan Moist Diane ni adalah sebab shampoo ni silicon free dan greaseless walaupun dia berkonsepkan Oil Shampoo. Selalu awak lepas shampoo, pakai conditioner mesti rasa macam melekit-lekit, rasa tak berapa selesa sebab contidioner tu macam ada lagi dekat rambut kan? Tapi Moist Diane ni tak. langsung takda rasa melekit ke apa. Terbaik lah.

Tak percaya? Takpa, awak cuba beli dan rasa sendiri keajaiban shampoo ni. Mesti awak pun jadi macam saya. Simpan terus shampoo lama and start pakai Moist Diane. Hehe.





Awak boleh dapatkan di mana-mana Watson yang ada dalam Malaysia ni ok? Botol dia cantik sebab kristal clear. Yang jernih tu shampoo dan yang macam susu tu conditioner. Kalau nak beli haruslah beli dua-dua kan. Baru dapat kesan yang maksimum :)




Selamat melembutkan rambut :)



xoxo,

post signature

You Might Also Like

6 comments

  1. Banyak nyaa dia gi launchinggg!

    ReplyDelete
  2. Wahhh, bestnya.. Nak cuba pakai Diane la plak lepas ni :)

    ReplyDelete
  3. Perghh ! Macam best !!!

    p.s : oii event banyak banyak tu passing la sikit. :P

    ReplyDelete
  4. hai awak , kita nak tanya . Kalau utk rambut gugur & kelemumur sesuai yang mana satu ye ? heee :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy ada mslh yg sama jgk. sy guna yg moist & shine. :)

      Delete

Youtube Channel

Blog List

Blog Archive