Mother's Day Miracle Night With Dato' Siti Nurhaliza

Monday, March 23, 2015

Assalamualaikum~

Saya memang peminat No.1 Dato' Siti Nurhaliza. Saya membesar dengan lagu-lagu beliau. Dari zaman hingusan lagi, sampai lah ke zaman nak jadi isteri orang ni, tiap kali ke karaoke, lagu Siti memang takkan miss. Salah satu favorite lagu saya adalah lagu 'Airmata Ibu' dari Siti Nurhaliza. Feel lagu tu lain macam, boleh menangis dibuatnya.

Tak lama lagi kita nak sambut Hari Ibu kan. Sempena Hari Ibu yang akan disambut pada bulan May nanti, Siti Nurhaliza akan membuat satu persembahan 'Mother's Day Miracle Night With Dato' Siti Nurhaliza' yang dibawakan secara eksklusif oleh OMGFest Ventures pada 15 May 2015 bertempat di Dewan Kristal TM Convention Centre, Menara Telekom, Bangsar. 



Persembahan kali ni berbeza dengan persembahan Siti yang sebelum ni kerana Siti akan membuat kejutan untuk kesemua peminatnya yang hadir pada malam itu nanti. Nak tahu apa dia? Haa, Siti akan memilih seorang ibu untuk sama-sama naik ke pentas, masak satu menu istimewa dan suapkan ke ibu bertuah tersebut. 

Siapakah yang akan Siti pilih nanti? Apa kriteria yang akan Siti pilih sebagai ibu bertuah? Menu apa yang akan Siti masak pada malam persembahan itu? Kesemuanya masih lagi rahsia. Kalau beritahu sekarang, bukan kejutan lah namanya kan? Hehe. Menariknya, Siti juga akan memberikan ibu bertuah itu satu hadiah istimewa yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Alahai, bertuah nya jadi IBU. 

Press Conference Mother's Day Miracle Night With Dato' Siti Nurhaliza

Press Conference Mother's Day Miracle Night With Dato' Siti Nurhaliza

Siti juga akan menjemput seorang artis lelaki untuk sama-sama berganding menyerikan majlis tersebut. Identiti artis lelaki ini masih lagi dirahsiakan. Pendek kata, semuanya surprise lah! Penganjur majlis, OMGFest Ventures juga akan menjemput seramai 20 orang anak yatim dari Pusat jagaan Budaya Harapan untuk sama-sama meraikan Hari Ibu bersama Siti Nurhaliza. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya mereka tidak berasa kesunyian nanti. Persembahan selama hampir sejam itu akan diiringi oleh pengarah muzik tersohor, Aubrey Suwito.

Siti Nurhaliza berbicara mengenai ibunya, Puan Siti Salmah Bachik

Saya pasti Siti juga teruja untuk membuat persembahan ini kerana kali terakhir Siti membuat persembahan sempena Hari Ibu adalah 3 tahun lepas. Malah, Hari Ibu juga merupakan hari yang sangat istimewa bagi Siti kerana beliau sangat menyanjungi ibunya. Bila ditanya apakah sifat-sifat ibu Siti, Siti menjawab:

Puan Siti Salmah Bachik, ibu Siti Nurhaliza adalah seorang yang:
  1. Penyabar
  2. Cute
  3. Mempunyai suara paling sedap
  4. Masak paling sedap di dunia
  5. Ibu paling tabah
  6. Cantik dan comel di mata Siti
  7. Tegas
  8. Kongsi zodiak yang sama
  9. Menteri kewangan yang hebat dirumah
  10. Suka tersenyum

Ternyata Siti mewarisi hampir kesemua sifat-sifat ibunya kan? Apabila berpeluang bersemuka dengan Siti Nurhaliza, saya juga menyifatkan Siti ni seorang yang sangat lemah lembut dan sangat menjaga tata tertibnya :)


Okey.

Dari tadi, saya bercerita tentang 'Mother's Day Miracle Night With Dato' Siti Nurhaliza' ni. Mesti awak tertanya-tanya bagaimana nak dapatkan tiket persembahan itu kan? Awak boleh dapatkan tiket persembahan melalui www.redtix.airasia.com atau hubungi pihak OMGFest Ventures di talian 03-89573348.

Tiket-tiket berharga dari RM399, RM599, RM799 dan RM999.

Berita baik!! Untuk awak yang membeli tiket berharga RM999, awak berpeluang untuk sesi 'Meet and Greet' bersama Siti tau! Borak lah sepuas mungkin, selfie lah sebanyak mungkin. Dengan syarat, beli tiket harga RM999 tu ya? Hehe.


Info majlis:

'Mother's Day Miracle Night With Dato' Siti Nurhaliza'
15 May 2015
Dewan Kristal TM Convention Centre, Menara Telekom, Bangsar
Bermula 8pm


Untuk info lanjut boleh didapati di laman OMGFEST2014 :




xoxo,

post signature

You Might Also Like

3 comments

  1. Huaaa nak pergi bulan 5 tu. Tapi tak tahu ada xcuti ke tak sebab tengah praktikal. Hurmm. Jeles tengok.

    ReplyDelete
  2. bestnya dapat jumpa siti...^_^

    ReplyDelete

Youtube Channel

Blog Archive