Thematic Feast at One Destination One Unique Price at Charcoal, The Saujana Hotel

Tuesday, March 03, 2015

Assalamualaikum~


Amboi tajuk. Kemain panjang lagi kan. Tapi itulah dia keunikan yang ada dekat Charcoal, The Saujana Hotel ni hingga mereka berjaya menerima anugerah di MIGF 2014 baru-baru ni. Kalau awak teringin nak makan masakan Nyanya ataupun Char Grill BBQ, boleh la datang ke Charcoal ni.


Dengan kedudukan yang sangat strategik, iaitu 30 minit dari pusat bandar Kuala Lumpur, 35 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan hanya 5 minit dari Subang Skypark, menmberikan keselesaan di tengah-tengah 160 hektar taman tropika ni.

Masa mula-mula masuk je Charcoal ni, saya impress dengan deco yang diketengahkan. Nampak tenang dan sangat stress-free. 






Lepas tu saya terpandang grill bbq di tengah-tengah restoran Charcoal ni. Serious tak sabar nak cuba masakan yang disediakan sebab bau dia pun da menyelerakan.






Kalau awak tak suka makan bbq di dalam aircond, boleh je duduk di bahagian luar Charcoal ni. Lagi best, baru betol feeling kan? Tapi hari tu kami ditempatkan didalam bilik ni. Bilik yang sangat romantik pencahayaan dia. Kalau dinner dengan kekasih hati sure best gila.






Ada 3 malam yang bertema.

Nyanya Peranakan : Khamis malam
Seafood : Jumaat malam
BBQ : Sabtu malam


Tema Nyonya Peranakan

Dimasak oleh Chef Auntie Belle, seorang Portuguese sejati dari Melaka dengan masakannya Duck Soup with Salted Vegetables, Curry Laksa, Pineapple Prawn Curry, Chicken Devil Curry, Ketam Goreng Halia (Fried Crab with Ginger), Chap Chai (Vegetables and Beancurd) and Butter Prawns with Oats.

Tema Seafood

Malam dimana seafood dimasak dan di grill diatas arang dengan menu yang pelbagai. Antara menu yang di highlight kan adalah Flower Crab, Australian Oysters, Tiger Prawns, Slipper Lobster Tails, Salmon Steaks, Sea Bass, Green Lip Mussels, Gem Fish, Squid, Snapper Fillet, Clams and Cockles.


Tema BBQ

Kalau awak seorang yang gemarkan chargrill BBQ, memang haruslah datang hari Sabtu ni sebab menu yang disediakan sangat menyelerakan seperti Beef Sirloin Steak, Roast Beef Ribeye, Tandoori Chicken, Lamb Leg Steaks, Chicken/Lamb Satay, Koftas, Duck Breast, Stingray Fish, Squid, Seabass Fillet, Snapper, Corn on the Cob and Baked Sweet Potato Wedges.

Dan ini yang dihidangkan kepadan kami malam tu.







Terliur tak? Fuhh, saya sendiri lapar bila tengok gambar-gambar ni semua :P

Apa yang membuatkan Charcoal ni unik adalah masa saya makan malam disana, saya dapat tengok fashion show! Haa, jangan terkejut. Sebab memang ada model yang akan jalan disebelah awak memperagakan pakaian mereka :) Rare kan?


Credit : mieranadhirah.com

Credit : mieranadhirah.com

Credit : mieranadhirah.com


Saya datang hari Jumaat, dengan tema seafood. Seronok gila sebab seafood dia fresh and sedap pulak tu. Tengah sedap-sedap makan, tiba-tiba fashion show start. Teruja kejap bila tengok model-model ni. Cantik betol diorang ni tau. Eksklusif Fashion Show dari iKarrtini memang betol-betol buat saya stress sedap geram tengok design baju dia yang cantik-cantik tu. Kalau dapat beli sepasang untuk mak, sepasang untuk saya, fuhhh. Sure vogue habis kitorang masa raya nanti. Hahah.





OPENING HOURS:

6.00am – 11.00pm (daily)


Priced: RM 99 ++ Adult / RM 49.50++ Child

Saturday & Sunday 12.00pm – 3.30pm (brunch)
Friday & Saturday 6.30pm – 10.30pm (dinner)


Breakfast buffet (6am – 10.30am daily)

A la carte available daily Buffet Breakfast Adult – RM 58++
** daily lunch and dinner A la carte also available

Untuk maklumat lanjut, sila layari :


Call: 03- 7843 1234 ext 6122





xoxo,


post signature

You Might Also Like

3 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page