Menu baru di Boat Noodle | Berjaya Times Square

Thursday, April 02, 2015

Assalamualaikum~

Walaupun dah setahun Restoran Boat Noodle ni menapak di Malaysia, saya belum sempat lagi pergi rasa menu-menu yang ada di sana. Dari apa yang saya dengar, noodle yang dihidangkan memang terbaik lah. Rasa macam betul-betul duduk di Thailand pula. Hehe.


Baru-baru ni, Boat Noodle telah memperkenalkan menu baru mereka. Okey, kali ni memang saya takkan lepas kan peluang. Dah la makanan Thai ni memang favorite saya. Menariknya, menu baru yang diperkenalkan bukan lah dari noodle saja. Haa, menarikkan. Saya cuba menu baru ni di Boat Noodle cawangan Berjaya Times Square.


Senarai menu di Boat Noodle

Menu baru yang terdapat di Boat Noodle adalah:


Thai Popeye's Tempura

Thai Popeye's Tempura | Harga RM 6.90

Kangkung yang di goreng rangup dan dimakan dengan "Soot-Yot" dip. "Soot-Yot" ni bermaksud awesome dalam bahasa Thai.

Sesuai dengan namanya, memang awesome sangat rasa dia! Dimakan panas-panas, rangup, macam makan keropok tau. Kunyah-kunyah, tak sedar pun da habis. Kami siap order lagi sekali. Hehe. Sesuai lah untuk vegetarian tu.



Yun Mama

Yun Mama | Harga : RM 8.50

Mi Segera Thai klasik yang dilitupi dengan beberapa keping sosej ayam, stik ketam dan greenies

Komen saya :
Awak yang suka makan mi segera tu confirm akan jatuh cinta dengan menu ni. Sangat pedas dan sedap okey.



Yum Woon Sen

Yum Woon Sen | Harga : RM 13.00

Hidangan yang wajib dicuba untuk penggemar makanan laut dan yang berani mengambil makanan pedas. Dihiasi dengan udang dan stik ketam. Woon Sen atau lebih dikenali sebagai soohun sememangnya dihidangkan untuk memberi "extra kick flavors" kepada pengunjung.

Komen saya ;
Kalau ke kedai makanan Thai, salah satu favorite saya adalah kerabu soo hun. jadi bila Boat Noodle pun ada mengeluarkan menu ini versi mereka, sememangnya menjadi favorite saya juga! Sambil tulis ni pun kecur liur dibuatnya. Ditambah pula dengan cherry tomato, marvelous!



Yum Meatball

Yum Meatball | Harga : RM 8.90

Menu yang simple, bebola daging tapi sedap.

Komen saya:
Sesuai untuk keluarga yang datang bersama anak kecil yang tidak makan pedas, boleh la order menu ni.



Boat Noodle Sangkaya

Boat Noodle Sangkaya (source)

Sesuai untuk Brunch, Tea time, dan juga sebagai pencuci mulut selepas makan. Boat Noodle Sangkaya bermaksud 'kastad', ia merupakan hidangan bersama roti kukus dan 'sangkaya' buatan sendiri.



Bangkok Omelet with "Sood Yut"

Bangkok Omelet with "Sood Yut" | Harga : RM 11.90

Menu yang sesuai untuk mereka yang lapar. Menu yang sangat mengeyangkan.

Komen saya :
Nampak macam nasi goreng pataya kan? Tapi sedap sangat tau. bila dimakan dengan Sood Yut tu, peh! Awesome.



Kra-Pow Chicken Rice

Kra-Pow Chicken Rice | Harga RM : 11.90

Kra Paw dalam bahasa Thai bermaksud Daun selasih Thai. Merupakan salah satu makanan yang biasa di tepi jalan Thailand yang sentiasa menjadi kegemaran orang ramai.

Komen saya :
Sejujurnya, masa saya rasa je menu ni, terus terbeliak mata saya ni. Ayam cincang yang sedap dan pedas. Macam nasi paprik. Kena betul lah dengan selera tekak saya ni. menu yang sememang nya akan saya repeat bila datang sini lagi.


Selain dari menu makanan, Boat Noodle juga mempelbagaikan lagi minuman mereka. Ice-Blended Green Tea yang pekat dan berkrim serta Ice-Blended Coconut yang menyegarkan.

Ice-Blended Green Tea | Harga : RM 8.90
& Thai Ice Tea | Harga : RM 6.90
Ice-Blended Coconut | Harga : RM 8.90

Ice-Blended Green Tea, favorite saya. Tak tahu la berapa banyak kali saya repeat order minuman ni hari tu. Memang kalah la ice-blended green tea restoran lain. Sedap gila ooo. Saya bungkus 3 bawa balik rumah. Hehe. Sedap punya pasal. Tapi bukan Green Tea saja yang sedap. Thai Tea Ice mereka pun sedap. Awak wajib cuba okey minuman ni semua sebab saya pasti awak mesti cakap yang minuman ni lagi power dari tempat lain :)

Oh ye, kalau awak singgah di Boat Noodle, jangan lupa menu Chicken Wings ni ye. Walaupun rasanya agak masin, tapi kepak yang kecil-kecil ni bila makan, feel tau. Rasa rempah semua cukup. Layan je. Hehe. 

Chicken Wings | Harga : RM 4.90

Dan satu-satu nya pencuci mulut yang ada di Boat Noodle adalah Ka Num Tuay. Orang melayu panggil Tepung Pelita. Memang macam tepung pelita, tapi lain sikit rasa dia, maklumlah, versi Thai kan. 1 set bermaksud 2 mangkuk kecil tu ye.

Ka Num Tuay (1 set = 2pcs) | Harga : RM 1.00


Untuk awak yang teringin nak cuba menu-menu baru Boat Noodle ni, boleh pergi ke sembilan (9) cawangan Boat Noodle seluruh Malaysia.


Boat Noodles cawangan Berjaya Times Square



Cawangan Boat Noodle

  1. Empire Damansara, G03a, Heritage Lane
  2. The School at Jaya One, P2, Same floor as Cold Storage
  3. Ikon Cheras, G Floor 
  4. Berjaya Times Square, Level 2
  5. Publika, Block C5, Level G3, Lot 30a
  6. Sutera Mall, Johor Bahru, L2-550C
  7. Gamuda Walk, Kota Kemuning
  8. Klang Parade, 5th Floor
  9. D'Pulze Cyberjaya







Untuk maklumat lanjut tentang Boat Noodle, boleh layari :




xoxo,

post signature

You Might Also Like

7 comments

  1. terliur tengok. sedapnyaaa lahai

    ReplyDelete
  2. banyak gila menu baru dia..huhuhu...tak ajak kitaaaa nehhhh~

    ReplyDelete
  3. Teringin nak pergi sini jugak...tapi jauh sangat la...hukhuk

    ReplyDelete
  4. tak pernah makan di sini.. tq sharing .. jemput join giveaway by Norzi Beautilicious House di http://norzibeautilicioushouse.blogspot.com/2015/03/norzi-beautilicious-house-giveaway-2015_17.html terima kasih

    ReplyDelete
  5. So nice... rugi I tak pergi but since I help post... I curi gambar Ayue... tapi dah credit... harap maaf dan maklum... hehehe www.mieranadhirah.com

    ReplyDelete
  6. rugi tak pergi hari itu... tapi Miera post jugak bagi pihak boat noodle dan ambik gambar Ayue.... harap maklum dan harap maaf... hehehe ..Credit sudah di beri... www.mieranadhirah.com

    ReplyDelete
  7. Ya Allah tengok pun dah rasa sedap :)

    ReplyDelete

Youtube Channel

Blog Archive