Nivea Men Triple Shield Challenge

Thursday, April 16, 2015

Bulan Januari lepas, saya ada menghadiri satu Majlis Pelancaran Nivea Men Triple Shield yang diadakan di Zebra Square, KL. Majlis itu adalah untuk memperkenalkan duta produk Nivea Cool Kick dan melancarkan pertandingan Triple Shield Challenge yang berlangsung dari Januari hingga April 2015.





Kali ini, saya dijemput sekali lagi untuk ke mengetahui siapakah pemenang pertandingan  Nivea Men Cool Kick - Triple Shield Challenge itu.


Untuk pengetahuan anda, Nivea Men Cool Kick adalah produk inovasi untuk memberi perlindungan daripada peluh, bakteria & bau badan terhadap lelaki. Inovasi ini mengandungi formula penjagaan yang sejuk supaya dapat memberi kesan penyejukkan yang maksima dan rasa selesa di bawah ketiak untuk mencegah pengumpulan peluh yang bertindak balas terhadap bakteria yang menyebabkan bau badan walaupun semasa cuaca panas.


Nivea Men Cool Kick Triple Shield Challenge merupakan sebuah kempen yang direka sebagai satu bentuk cabaran kepada golongan lelaki sama ada dalam bentuk digital atau di medan pertempuran sebenar (ground battle) bermula dari Januari hingga April 2015.


Acara kemuncak cabaran ini adalah di mana 2 pasukan terbaik akan mempamerkan kemahiran mereka bertahan terhadap ancaman tiga kali ganda daripada peluh, bakteria dan bau badan. Nivea Men telah memutuskan untuk menjadikan permainan ini sebagai kempen tahunan.

Permainan ini memerlukan 2 pasukan dengan 3 ahli setiap satunya menyerang dengan menggunakan 3 biji bola yang mewakili, ancaman peluh, bakteria dan bau badan. Manakala Triple Shield pula adalah sebagai bentuk pertahanan. Di akhir permainan, pasukan yang berjaya mempertahankan diri dari 3 ancaman tersebut akan memenangi pertandingan ini.

Cabaran ini telah disertai oleh para pengguna secara digital dan cabaran di medan pertempuran. Secara digital adalah menerusi permainan dalam talian Triple Shield yang boleh diakses di laman Facebook NIVEA MEN MALAYSIA www.apps.facebook.com/tripleshield/ di mana hadiah bernilai RM80,000 untuk dimenangi.


Manakala cabaran di medan pertempuran sebenar telah menerima sebanyak 217 pasukan yang mendaftar dari 10 March hingga 9 April. Pertandingan pusingan akhir akan berlangsung di Blue Concourse, Sunway Pyramid untuk merebut hadiah bernilai RM50,000. Sebanyak 64 pasukan akhir bertanding di pusingan penyingkiran pada 11 April dan sebanyak 32 pasukan yang akan mara ke semi-final yang akan diadakan pada 12 April. 16 pasukan teratas dari semi -final akan bertanding untuk ke Top 8 yang melayakkan mereka ke pertandingan Grand Finale dan memenangi 3 hadiah utama.

Hadiah utama untuk pertandingan Triple Shield Challenge ini bernilai RM10,000, manakala hadiah kedua bernilai RM5,000 dan ketiga bernilai RM3,000. Kesemua pemenang juga akan membawa pulang produk Nivea bernilai RM500.

Semasa pertandingan Grand Finale, 12 orang yang bertuah dari pihak media jua diberi peluang untuk mencuba pertandingan Triple Challenge ini melalui perlawanan persahabatan. Saya merupakan salah seorang daripada yang bertuah itu. Hehe.


Kami semua telah menerima jemputan eksklusif untuk merasai pengalaman menjadi juruterbang dan bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur selama 1 hari. Manakala pasukan yang menang akan menerima hamper bernilai RM300 dan voucher NIKE bernilai RM100. Tak sabar rasanya nak jadi juruterbang. nanti saya akan kongsikan pengalaman saya di blog ini ya.


Pasukan saya, Team Girl Kick berlawan dengan Team Lady Boss. Manakala Team 3M akan berlawan dengan Team Juara. Perlawanan di antara pihak media ini telah dimenangi oleh Team 3M.



Ini merupakan pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. Lama rasanya tidak bertanding secara terbuka begini. Seingat saya kali terakhir adalah masa saya masih belajar di universiti dulu. Terima kasih Nivea for the best experience ever!

Untuk maklumat lanjut tentang Nivea, sila layari :




"It Starts With You"



xoxo,


post signature

You Might Also Like

3 comments

  1. goodies semua dapat kat abg sally...sengeh setahun tau muka dia -_-

    ReplyDelete
  2. woaaah bestnyaaa.. dapat macam2.. pengalaman tu yang mahal..

    ReplyDelete
  3. Wah.. bestnya Ayue dapat bersiar-siar n rasa pengalaman jadi juruterbang... rugi plak tak join hari tu.. :)

    ReplyDelete

Youtube Channel

Blog Archive