People's Choice Award 2015 Guardian

Tuesday, April 07, 2015

Sejak 14 tahun lepas, People's Choice Award Guardian di adakan dan tahun ni ia kembali dengan pelbagai lagi hadiah yang menarik dan hebat.


Pada tahun ini, peserta People's Choice Award 2015 Guardian berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM50,000 termasuk Pakej Perjalanan ke Australia sebagai Hadiah Utama. Pada tahun ini juga, Guardian telah memperkenalkan Teens Choice Award (Anugerah Pilihan Remaja) untuk mengiktiraf trend yang semakin meningkat di kalangan remaja.


"Sejak dimulakan 14 tahun lalu, People's Choice Award Guardian semakin berkembang dan semakin popular di kalangan pengguna dari tahun ke tahun. Platform ini bukan sahaja membantu pelanggan kami melibatkan diri mereka, ia juga membantu rakan niaga dan pemilik jenama untuk kekal relevan kepada kehendak penggunan yangs entiasa berubah" - Pengurus Jualan Guardian, Cik Adeline Wong


Pada hari kami diperkenalkan dengan award yang bakal diadakan oleh Guardian tu, kami telah melakukan beberapa aktiviti yang sangat menarik. Antaranya Blogger Challenge. 


Kami perlu menyelesaikan 16 task di dalam Guardian secepat mungkin untuk mendapatkan puzzle bagi setiap task. Kemudian susun puzzle yang diberikan.


Berpeluh-peluh okey. Cari puzzle tersembunyi dalam Guardian ni. Padahal 16 je pun. Siap kena selfie dengan maskot LINE lagi. Nasib baik Cony, James, Brown dengan ni comel. Hehe.


Blogger Miriam, Sarah dan Rane yang menang Blogger Challenge ni. Pantas betol diorang ni. Sekejap je dah jumpa semua. Saya yang terkial-kial tak jumpa last puzzle. 


Okey. Berbalik pada award tadi. Ada 3 peraduan kesemuanya. Bermula dari 4 April 2015 hingga 28 April 2015.



1. Undi dan Menang People's Choice Award


Hadiah yang ditawarkan:
1 x Hadiah Utama : Pakej Perjalanan ke Australia (RM10,000)
10 x Hadiah Pertama : Kad Hadiah Petronas (RM1,000)
20 x Hadiah Kedua : BAucer Hadiah Guardian (RM300)
30 x Hadiah Guardian (RM100)
50 Hadiah Saguhati : Baucer Hadiah Guardian bernilai RM50

Cara : Beli barangan di Guardian, tiada jumlah pembelian minimum. Undi dan isi borang bercetak atau vote secara online di www.facebook.com/guardianmalaysia . Simpan reesit untuk pengesahan pemenang dan tuntutan hadiah.



2. Kategori Teens Choice Award ( berumur 13-19 tahun )


Hadiah yang ditawarkan:
1 x Hadiah Utama : MacBook Air 13-inci (RM3,499)
2 x Hadiah Pertama : IPhone 6 (RM2,549)
1 x Hadiah Kedua : PlayStation 4 (RM1,549)

Cara : Tiada pembelian kenakan. Isi borang bercetak atau vote secara online di www.facebook.com/guardianmalaysia


Terdapat 60 kategori penyertaan dan hampir 300 produk yang dipertandingkan dalam People's Choice Award dan Teen Choice Award yang terdiri daripada produk penjagaan rambut, penjagaan muka, penjagaan diri, kosmetik, kecantikan, kebersihan, suplemen dan perubatan, produk ibu dan anak, konfeksi dan barangan rumah dan aksesori.



3. LINE Camera Selfie


Hadiah yang ditawarkan:
1 x Hadiah Utama : IPhone 6 (RM2,549)
1 x Hadiah Pertama : Canon Powershoot (RM999)
10 x Hadiah Kedua : Guardian e-voucher bernilai RM100 setiap satu
100 x Hadiah Saguhati : Patung LINE bernilai RM60 setiap satu

Cara : Download apps LINE Selfie Camera. Selfie dengan produk yang dicalonkan yang dibeli di stor atau secara online.




Saya tak sabar nak join contest ni. Mana lah tau ada rezeki menang kan? Australia tu oi!! Haha. 

Untuk maklumat lanjut tentang contest, layari :



xoxo,

post signature

You Might Also Like

3 comments

  1. sampai masa selfie dgn Brown, muka dia monyok...kalau kena tepuk dahi tu jangan tya kenapa la kan...hahahaha

    macam best je MacBook...eh, teens je eh? :P

    ReplyDelete
  2. yoohoo.. amboi ayue.. cutenye dgn mascot LINE!

    xoxo
    Miriam
    www,miriammerrygoround.com

    ReplyDelete

Youtube Channel

Blog List

Blog Archive